Sharing is caring

Day 5: Itaewon – Lotte World

Aktiviti pada hari ke-5 ni pula adalah pergi ke Lotte World selepas mengisi perut di Itaewon. Dah kenyang baru la boleh nak berjalan kan? 😛

Halal Food @Itaewon

Kalau nak mencari makanan halal di South Korea ni memang tak susah sebab di area Itaewon banyak terdapat restoran-restoran Middle East/India/Turkey. Pilih je la. Tapi sayang, kalau la ada restoran yang menyediakan Korean food yang halal (selain Middle East food yang dah selalu dibedal kat Malaysia) sure aku melonjak kegembiraan!!! Tapi so far tak jumpa pun. Expats pun ramai kat area ni termasuklah Malaysians dan Indonesians.

Kat sini kami lunch di Kervan Traditional Turkish Restaurant. Memula nak try makan kat Pasha – Turkish Kebab, but cancel sebab menu kat Kervan nampak lebih sedap. Aku order lunch setnya yang berharga 8,900 won yang terdiri daripada soup + salad + main dish + Turkish bread + tea. Untuk main dish aku pilih beef kofta. Alhamdulillah, sedap, mengenyangkan dan ekonomi!

Mine – Beef Kofta

Lepas kenyang, kami pusing-pusing kejap kat Itaewon ni. Nak membeli-belah pun cam tak menarik sangat. This one Korean guy yang kami jumpa masa dok mencari Hard Rock Cafe pun bagitau siang kat area ni tak berapa sangat. But if malam memang happening sebab sini banyak bars & clubs. So saper kaki ronggeng tu memang sesuai la datang ke sini pada waktu malam. Oh! By the way, Hard Rock Cafe kat sini sudah tidak wujud lagi ya…

Lotte World

Kami bergerak ke Lotte World ni selepas lunch kat Itaewon. Sampai kat sini lebih kurang 3.15 petang dengan menaiki subway, berhenti di Jamsil Station. Memang sengaja datang lewat sikit untuk beli pas masuk selepas pukul 4.00 petang.

Lotte World Indoor Theme Park

Lotte World adalah merupakan merupakan antara recreational/amusement park yang terkenal di South Korea, selain daripada Everland dan lain-lain lagi. Kiranya macam Genting Highlands Theme Park tapi lebih besar. Indoor theme parknya adalah yang terbesar di dunia mengikut Guiness Record. Selain daripada theme park, di sini pun ada shopping mall, hotel, wayang dan sebagainya. Kami sempat pusing-pusing sekejap kat dalam mall tapi tak beli apa pun. Kecuali si Kerul yang membeli cap (design yang takde kat Malaysia katanya). 

Tiket masuk ke sini selepas pukul 4.00 petang adalah 23,000 won (lebih kurang RM65.00), slightly murah dari harga tiket biasa. Kami spent lebih kurang 3 jam lebih kat dalam ni. Tak main game sangat pun, kecuali Kerul yang naik merry-go-round. Sedeyh!!! Hahaha..

Kat sini kami boleh tersplit sekejap. Aku, Ajie ngan Kerul jenuh mencari yang lagi tiga, rupanya derang ni dah kat luar area Magic Island happy-happy snap gambar. Hampeh tul!!! Hahaha.. Di Magic Island ni pun banyak game/ride yang kita boleh naik. Tapi nak beraturnya memang la panjang. Bebudak sekolah Kpop ni memang balik sekolah kerjanya datang sini kot. Bersepah-sepah derang ngan uniform sekolah. Tapi sebelum keluar dari Magic Island ni kami sempat masuk booth yang kecik untuk snap pic ramai-ramai. Punyalah macam takde kat KL bendalah tu kan? Bersesak-sesak, memekak macam tak pernah tengok gayanya! Hahaha.. Padahal ada je bilik lagi besar kat sebelah tu untuk group photo! Mesti budak Korea yang jaga tu ingat kami ni baru keluar dari hutan.. Hahaha.

Magic Island
Dari terang sampai gelap kat sini
Indoor theme park di waktu malam
Ini lah dia “hot air balloon” ride yang kami naik
3D show
Huru-hara masa nak ambil gambar dalam nih!!!

Selepas menghabiskan masa di Magic Island, kami masuk semula ke indoor theme park. Aku, Azz, Ajie ngan Kerul try naik “hot air balloon” ride kat sini. Gayat memula sebab tinggi kot naiknya. Tapi at least naik jugak la kan.. daripada si Bai yang gayat tak nak naik tu. Hehehe. Nasib baik Eric ada dok teman dia kat bawah. Lepas habis ride ni, kami pegi tengok 3D show. Okay la.. sebab first experience. Lepas tu ada pula Kpop Show kat Garden Stage yang menampilkan persembahan musical serta cover dance lagu-lagu popular artis Kpop antaranya Girls’s Generation, Big Bang, 2NE1, SuJu dan Psy’s Gangnam Style of coz! Menarik dan happening shownya serta boleh mencuci mata. Lebih menarik, those performers bukannya Korean pun, majoriti mat/minah saleh. Dan sebelum balik sempat la juga aku beli souvenir yang orang pesan untuk dibawa balik 😀

Gangnam Style y’all!!!
Puas berjimba. tiba masa untuk pulang…


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.