Sharing is caring

Day 7: Insadong & Gangnam

Pagi ni cuaca hujan. So nak tak nak terpaksalah kami meredah. Nasib baik tak berapa lebat. So sementara menunggu hujan teduh, kami lunch dulu di sebuah restoran di Myeongdong. Dalam pada hujan tu, sempat juga aku membeli sehelai muffler yang berharga 10,000 won. Barulah feeling winter sikit. Hahaha.

Di Insadong takde buat apa pun. Just jalan-jalan mencuci mata tanpa arah tujuan. But first tu, kami try aiskrim dengan cone yang bengkok tu. Sesuatu sangat!!! Dulu nampak takde intention pun nak beli, but then ni dah depan mata, try je la kan? Walaupun cuaca sejuk gile. Sebatang tu harganya kalau tak silap 1,000 won. Tak sedap mana pun aiskrimnya. Cuma unik je la. Lepas tu continue lagi jalan, shopping baju sehelai dua, and then singgah membeli kkultarae atau Korean Honey Candy yang famous tu. Ingat nak beli satu je, tapi bila dah oppa tu dok puji kami semua handsome, terus sambar 3 kotak! Menjadi sangat kan strategy mulut manis dia? Hahaha.

Selepas puas berjalan-jalan di Insadong, kami ke Gangnam pula. Kat sini pun kami tak buat apa. Just lepak kat Twosome Coffee sambil merehatkan diri melihat Gangnam dan penghuninya. And then sebelum balik Myeongdong, kami singgah di Eight Seconds membeli beberapa helai baju. Tengah sale katanya.

On the way balik ke Myeongdong, train memang lengang. Ye lah, Chinese New Year Eve. Esoknya tu public holiday, so kedai pun banyak yang dah tutup. But Myeongdong tetap meriah seperti biasa.

Untuk dinner, kami pergi ke sebuah restoran yang lain nak try menu yang berbeza sikit. Nama kedainya aku tak ingat la pulak, but Firr dengan Erol order tuna and cheese fried rice kalau tak silap, and I just had kimchi kimbab. Boleh lah walaupun tekak sebenarnya nak makan galchi jorim! Hehe. Sebelum balik tu kami merayap seperti biasa kat Myeongdong. Ternampak pulak orang jual crepe. Apa lagi, terus la beli kan. Firr order Banana Nutella dan aku ngan Erol beli Strawberry Nutella. Mengunyahlah kami rezeki Allah ni sepanjang jalan pulang ke guesthouse.

Day 8: Itaewon & Hongdae (Hongik University Street)

Hari ni adalah cuti umum di South Korea iaitu Chinese New Year. So, kedai-kedai banyak yang tutup. But hari ni kami ke Itaewon dan Hongdae.

Itaewon seperti yang sedia maklum merupakan kawasan tumpuan para pelancong Muslim sebab di sini banyak terdapat kedai makan halal dan yang paling utama di sini terletaknya Masjid Itaewon. Since dah sampai sini, so aku bawa diorang ni makan di Kervan Turkish Restaurant. Last time aku pernah makan di sini dan makanannya boleh tahan sedap. Aku dengan Erol order nasi dengan kebab ayam (sama cam dulu gak! haha) dan Firr order pizza. Try gak order ayran, Turkish yogurt drink. Masam gile but katanya bagus untuk kesihatan, maka teguk je lah.

Selesai lunch, singgah sebentar di Masjid Itaewon sebelum pergi ke next destination iaitu Hongdae/Hongik University Street.

Hongdae-ap (the area in front of Hongik University) is a neighborhood known for its youthful and romantic ambience, underground cultures, and freedom of self-expression. Unique cafes, cozy galleries, accessory stores, fashion shops, live cafés and clubs, art markets, and gourmet eateries make this a popular hang-out for locals in their 20s and 30s and a fascinating place to walk around.

Last time, aku tak terfikir nak pergi ke sini. Nasib baiklah Firr bawa. Memang meriah kat sini dengan kedai pakaian aksesori dan sebagainya. Bak kata orang, heaven untuk South Korean streetwear. Di sini penuh dengan warga muda yang majoritinya aku rasa adalah penuntut Hongik University selain daripada para pelancong. So kepada penggemar Korean fashion, bolehlah datang ke sini. Confirm rambang mata. Oh! By the way, kat bawah ni adalah one of the public toilets yang ada kat area ni. Meriah dengan graffiti, luar dan dalam. Kreatif diorang ni. And selalunya public toilet kat Seoul ni bersih, but this one cam hauk! Pening kepala aku masuk.

Sebelum balik ke hotel, singgah sekejap dekat H&M kat situ yang kebetulan ada clearance sale. Rembat la sehelai dua baju dan sepasang kasut yang kalau aku convert berharga RM9.90!

Sampai di Myeongdong, kami dinner di Chicken Dakgalbi. Malam ni penuh gile pula manusia. But nasib baik ada seat. Selesai makan, balik sekejap ke bilik sebab Erol dan Firr nak keluar semula ke Myeongdong untuk ambil gambar guna DSLR. Baru malam ni nak guna. Sebabnya aku malas nak bawak. Besar dan berat. Guna S4 sudah. Ikutkan hati biji mata aku dah layu dah, but ikut je la. Diorang sibuk bergambar dan aku pergi melepak kat Holly Coffee. Tak larat nak jalan. Hahaha. Balik bilik, rehatkan diri dan kaki sebab esok last day kat sini sebelum lusa pagi tu flight balik KL. So, esok plannya ke Nami Island. Sambung later.

“All the time in the world can’t erase my memories. A person you bury in your heart, you can never forget.” ~ Winter Sonata

Day 9: Nami Island

Hari ini adalah second last day kami di South Korea. Ya ampun… sedihnya masa ni bila mengingatkan esok pagi kami dah nak balik. Makanya, pagi ni kami bangun awal memandangkan train ke Gapyeong adalah pada jam 10 lebih. So, by 9.30 kami dah bergerak naik subway ke Cheongnyangni Station. Perjalanan menaiki ITX dari Cheongnyangni ke Gapyeong lebih kurang 45 minit dan tiket kalau tak silap berharga 4,000 won sehala.

Sampai di Gapyeong, kami mengambil cab ke jetty untuk ke Nami Island. Harga cab yang menggunakan meter tu lebih kurang 3,000 won. So, sampai sana, beli entrance ticket (8,000 won seorang) dan beratur menunggu untuk naik boat. Cuaca masa ni punyalah sejuk! Nasib baiklah pakai baju tebal sikit.

Sampai je Nami Island, mata dah terpandang water fountain yang dah membeku. Wah! Menarik. Pemandangan kat sini sangat berbeza kalau dibandingkan masa aku datang time autumn dulu. Sana sini air membeku dengan saki baki salji, so bila nak berjalan tu kena hati-hati sikit sebab licin. Ice kan. Hai… kalaulah datang masa ni tengah salji penuh kan best. Takde rezeki.. next winter pulak lah. Hahaha.

Masa berjalan nak masuk ke dalam, terpandang pulak bendera Malaysia dan South Korea berkibar sebelah-menyebelah. Apa lagi. Terus posing kat situ. Ye lah, masing-masing feeling mix kan? Posing pun posing jugak. Tapi sejuknya bukan main lagi. Nasib baiklah kat situ ada disediakan beberapa unggun api untuk pengunjung memanaskan diri.

So, mission yang pertama ialah mencari makanan sebab perut dah lapar. Jadi, kami terus pergi ke satu-satunya kedai makan yang ada logo halal di Nami Island ni. Pekena apa lagi.. dosirak lah, iaitu nasi yang dicampur tuna dan cheese dan kemudian bila nak makan kita kena goncang kuat-kuat untuk mixkan bahan-bahan tersebut. Rasanya biasa je. Tapi like I said, suasana tu yang membuatkannya berbeza.

Selesai makan, kami mula berjalan mengelilingi pulau. Just walk. Tak naik pun basikal. Aku tak sure rent bicycle ada ke tak masa tu, but one thing for sure kalau berbasikal pun cam bahaya sebab permukaan jalan kat sini licin sebab saki-baki salji. Berjalan slow-slow dalam cuaca sejuk memang relax. Scenery totally different. Kalau dulu masa autumn barisan pokoknya penuh dengan daun-daun yang menguning, sekarang ni time winter semuanya togel. Puas la berposing sana sini, lagi-lagi la Erol. Setiap penjuru tak dilepaskannya untuk bergambar. Layankan je la.. hahaha.

Kami berjalan sampai ke belakang, melalui laluan kayu di pinggir pulau. Kagum bila nampak sungai yang telah membeku. Sangat cantik pemandangannya. Kat sini aku paling banyak ambil gambar. Erol pun sama gak. Firr masa ni entah merayap ke mana, aku tak sure.

Lebih kurang sejam berjalan, kami stop kat cafe di tengah-tengah pulau, beli pau kacang, hot macchiato dan latte. Layan gile time ni dengan keluar wap bila bercakap. Village people sangatlah jakun! Hahaha. Lepas puas melepak, sambung jalan lagi and then lepak lagi kat cafe lain. Firr dengan Erol dok sibuk merayap ambil gambar. Aku just rehatkan kaki, minum coffee kat sini. Lebih kurang jam 4.30 petang, kami bergerak ke jetty untuk pulang. Time ni hujan la pulak. Terpaksalah meredah dalam kebasahan dan kesejukkan!

Menunggu train di Gapyeong untuk pulang memang la azab. Sebabnya, dah la basah, sejuknya lagi. Kami tak boleh duduk diam. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Rasa macam nak beku je. Tu la nak sangat rasa winter kan? Amik kau!

Tapi apapun, pengalaman kali ni memang best. Tak sangka apa yang aku plan selama ni menjadi kenyataan. Thanks to Erol sebab sudi nak join this trip. And Firr too. So after this, aku dah tahu dah siapa yang boleh aku ajak kalau nak ke Seoul lagi. And of course aku akan ke sini setiap tahun, Insya-Allah.

South Korea terlalu istimewa dan dekat di hati. Ramai yang tanya aku tak bosan ke travel kat tempat yang sama. Jawapan aku.. TAK! Sebab aku suka life kat sini. Aku suka cuacanya, suasananya, transportation, disiplin rakyatnya and of course Korean food! Teringat pulak galchi jorim itu. Takpelah, Insyallah berjumpalah kita next winter ya di South Korea! =)

South Korea ~ Winter 2014 Part 1/3
South Korea ~ Winter 2014 Part 2/3


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.