Trip to South Korea Part 4/5

Day 6: Seoul Station – Busan – Gwangalli Beach

Kami ke Busan pada hari ke-6 ni. Kenapa aku pilih Busan ya? Selain daripada 2nd largest city in South Korea, Busan juga merupakan coastal city yang terletak di bahagian selatan. So just nak rasa suasana yang sedikit berbeza dari Seoul (mungkin?). Lagipun kat Busan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya Gwangalli Beach, Taejongdae Park, Haeundae Beach, Busan Maritime Museum dan macam-macam lagi. Cuma antara sempat dengan tidak je la sebab kami ke sini pun cuma sehari je. Menurut Hannah (staff kat Beewon Guesthouse yang juga tak pernah sampai lagi ke Busan) pantai-pantai Busan menjadi tumpuan anak-anak muda pada musim panas untuk bersosialan di situ. Cisss! Rugi plak tak pegi masa summer kan?? Hahaha..
Anyway, kami bangun awal pagi untuk bertolak ke Seoul Station. It was the only day yang harinya hujan sepanjang berada di Seoul. Dah la sejuk, hujan lagi. Memang bertambah sejuk la kan. Bertolak ke Seoul Station dari Anguk seawal jam 8.00 pagi (walaupun dah sedikit terlewat sebenarnya). Sampai sana terus cari tiket train ke Busan. We just missed the train pukul 9.00 pagi. So the next train adalah pada pukul 11.05 pagi dengan harga tiket 27,300 won seorang (lebih kurang RM76.00). Kami naik Mugunghwa train memandangkan train ni adalah yang paling murah. Nak naik KTX dah lari bajet walaupun perjalanannya memang lebih cepat, kira-kira 2 jam lebih saja. Dengan Mugunghwa train ni perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam. Sementara tunggu train, kami breakfast di McDonald’s makan pancake je. Tu je yang berani nak makan. Huhuhu… So sampai Busan lebih kurang pukul 4.30 petang. Trainnya selesa walaupun ekonomi. Sepanjang perjalanan ni, derang memang bantai tido. Aku je yang terkebil-kebil sebab memang dah menjadi tabiat susah nak tido kalau dalam perjalanan. Aku lebih suka menikmati pemandangan di tempat baru yang mana belum tentu kita akan jumpa lagi.
Membeli tiket train ke Busan
Pancake je uolss… nak makan burger tak berani
Seoul Station
Dalam Mugunghwa train
Bye-bye Seoul..
Pemandangan sepanjang jalan
Mencuci mata…
Pemandangan cantik… hilang rasa nak tido
Busan Station
Orang-orang tua je ramai… huhuhuhu
Di hadapan Busan Station
Simbolik ni.. yang kecik tu barangkali dah ke Seoul. Tinggal yang tua-tua je.. Haha
Sampai je kat Busan station, kami terus bergegas cari subway untuk ke Seomyeon Station. Bluebackpackers Hostel yang aku booked ni terletak paling dekat dengan this station. Tak la susah nak cari hostel ni based on the map yang aku refer dalam websitenya. On the way ke hostel tu, singgah sekejap kat mart beli nasi sebab memang dah kelaparan. Kami check-in pun dah pukul 5.00 petang. Dah hampir-hampir gelap dah. Anyway, hostelnya quite nice dengan bilik yang bersih dan selesa. Masuk bilik je memang tak ingat apa dah.. terus bantai nasi! Punya la lapar. Oh! One thing yang kami discover kat Busan ni adalah kebanyakkan warga sini adalah golongan dewasa dan warga emas. Sesuatu yang berbeza kalau dibandingkan dengan Seoul, meriah dengan anak muda yang stylish lagi trendy. For us, Busan ni bandar pencen kot.. Hahahaha..
Blue Backpackers Hostel @Busan
Gwangalli Beach & Gwangan Bridge
Selepas selesai makan dan menghilangkan penat lelah berjalan, kami bersiap untuk pergi ke first destination di Busan ni iaitu Gwangalli Beach. Dari Seomyeon Station, kami naik subway turun di Gwangan dan berjalan kaki ke pantai. Memula macam agak blur sebab macam tak ramai orang dah kat area Gwangan ni. Tapi bila sampai ke tepi pantai, suasananya bertukar. Ramai yang datang mengambil angin di sini. Cuaca memang sangat sejuk ditambah pula dengan angin yang bertiup kuat. Memang minum hot mocca beli kat Starbucks pun tak membantu! Hahaha.. View kat sini memang superb. Selain daripada bangunan-bangunan pencakar langit yang begermelapan dengan cahaya lampu, pemandangan Gwangan Bridge juga tak kurang hebat. If only sampai masa sunset sure lagi best nak buat photoshoot, tapi disebabkan dah sampai sini lewat.. pasrah je la.
Berjalan menuju ke pantai
Coffee dan kesejukan
Nice view
Gwangan Bridge
Sempat Eric snap gambar ni..
Di Gwangalli Beach ni kami berjalan di sepanjang pantai sambil menikmati angin malam selain daripada aktiviti wajib iaitu bergambar sakan. Apart from that, kami dok melepak tengok performance street musicians yang ada kat pantai ni. One of them namanya “Shade of a Tree”. Sangat layan okayyy lagu-lagunya. Siap record lagi. Pastu kitorang siap request lagu How Deep Is Your Love (sebab ternampak title ni kat CD yang derang jual). Dan sebagai menghargai bakat derang, aku belilah satu CD yang harganya 10,000 won. Sedap-sedap lagu dalam CD tu. Lepas puas layan group ni, kami jalan lagi dan jumpa another group yang best gak. Lagu-lagu pun rancak sehingga Bai bertukar menjadi Pak Maun, menari cam Korean mabuk soju! Hahaha..
“Shade of a Tree”
Lagu-lagu sangat layan.. record sampai abis 4 lagu
Busan di waktu malam
Macam takde keje kan main bende ni?? Hahaha
Dah puas melepak kat sini, kami pun baliklah hostel dengan menaiki cab. Nak merayap ke tempat lain pun dah lewat malam. Nak mencari market pun malas. Anyway, sistem cab kat sini memang canggih. Kami blur masa nak bagi direction nama jalan sebab maybe pronounciation tak betul. So kat meter teksi dia tu, dia dail number telefon hostel, terus keluar location kat gps meter tu. So dia hantar ngam-ngam depan hostel. Kagum kite!!!! šŸ˜›

p/s: Later aku post pasal trip ke Taejongdae Park pulak

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer