Sharing is caring

Astana ~ authentic Central Asian cuisine

Nota: Untuk makluman, restoran ini tidak lagi beroperasi di Centrus (CBD3) Cyberjaya.

Good news bagi kaki makan yang adventurous macam aku ni (ye ke???). Kalau korang jenis suka mencuba pelbagai jenis makanan dari negara luar atau yang pelik-pelik (tapi halal la kan) korang boleh try this one new restaurant yang baru dibuka di Cyberjaya.

Astana yang terletak di Centrus, CBD3 ni adalah merupakan restoran makanan Kazakhstan-Russia yang baru dibuka lebih kurang sebulan yang lepas. Ini merupakan cawangan kedua di Malaysia. The first one terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur yang telah dibuka kalau tak silap 6 tahun yang lepas. Lama dah kan.

Astana @Centrus CBD3 Cyberjaya

Menurut this one lady (aku lupa nak tanya nama dia.. she’s very friendly and sweet though) restoran di Sri Petaling tu banyak dikunjungi student especially dari those ex-Soviet countries yang study kat Lembah Klang ni. So, bila dia buka kat Cyberjaya ni rasanya satu langkah yang baik untuk memenuhi kehendak student/warga negara mereka yang study atau bekerja di sini… especially yang study kat Lim Kok Wing University. Like she said, we bring the food to them… takyah derang bersusah-payah pergi ke KL.

And the good thing is that, bukan sahaja warganegara mereka yang enjoy the food.. our locals pun tumpang sekaki menikmati hidangan kat sini.

Untuk pengetahuan korang, terdapat pelbagai jenis hidangan asli Kazakh-Russia yang disediakan kat sini. Antara yang menjadi pilihan untuk aku cuba semestinya daging kuda! First time ya merasa daging kuda. Tapi kalau tak silap aku daging kuda ni dah diproses dan dijadikan cuts. So rasanya abit salty. Takde rasa liat langsung (sebab kebanyakan yang tanya aku, liat ke tak dagingnya?). Aku pilih menu iaitu Plov with kazy (horsemeat cuts)… kekdahnya ala-ala nasi pilaf dihidangkan bersama potongan daging kuda. Nasinya sedap sebab dihidangkan sekali dengan telur puyuh, cili dan kismis dan lain-lain. Aku suka kombinasinya tapi lagi best kalau dia bagi extra cili.. hahahahaha. Harga untuk hidangan ni ialah RM18.

Plov with Kazy (horsemeat cuts)

Selain tu, aku juga try hirisan lidah lembu. Dihidangkan sebanyak 100 gm dengan harga RM10.00 sepinggan. Dari segi rasanya, bagi aku boleh la… kalau dihidangkan dengan cili atau sos yang pedas sikit… dan time panas-panas. Ni dia hidangkan sejuk dan aku rasa dia tak marinate dengan apa pun.. so rasa lembunya tu abit strong. Personally, aku boleh je nak order lagi bila next visit cuma kena request some sort of sauce ke apa… kalau ada la. Suka hati aku je kan nak minta macam-macam! Hahaha…

Cow tongue

Dan, menu lain yang kawan aku cuba ialah fried lagman with beef iaitu hand-stretched noodles yang dimasak dengan hirisan daging lembu. Tasted good. Cukup semua rasa. Masam manis tomato dan tak pedas. Dengan harga RM15, Insyallah korang akan kenyang sebab portionnya boleh tahan juga.

Hand-stretched noodles with beef

Dari segi minuman, aku try this one drink called kompot/compot. Ini adalah minuman tradisi masyarakat di sana. It is actually minuman yang diperbuat daripada rebusan buah-buahan segar seperti anggur, apricot dan lain-lain. Biasa je airnya.. bolehlah kalau nak try.. RM5 untuk satu gelas.

Kompot ~ air rebusan buah-buahan segar

Menu yang lain aku takdan nak try lagi. Mungkin bila lepak sini, aku akan try satu-satu tengok mana yang aku suka.

Anyway, sebelah Astana ni terdapat sebuah cafe yang menghidangkan minuman dan aneka jenis kek. Cafe ni dimiliki oleh the same shareholder Astana. So, korang boleh je order makanan/minuman kat sini dan lepak di Astana. Nama cafe ni ialah Duby’s Cafe. Hahaha. Tapi aku dah try burnt cheese cake kat sini. Sedap hawau!!! Harga RM8 satu slice. Memang rich gilerrrr rasa kejunya. Puas hati lah makan. Banyak lagi kek kat sini dan yang paling istimewa katanya honey cake. Kek ni cukup laku dan cepat habis. Masa aku nak try hari tu dah takde.. so maybe next time datang aku akan try.

Burnt cheesecake

Oh by the way.. kalau korang kaki shisha.. kat sini pun ada disediakan. Harganya RM15. Tapi rasanya ikut flavor kot. Member aku yang kaki shisha cakap.. so far the best shisha kat MixCafe @NeoCyber tu. But, boleh je layan kat cafe ni. Maybe kalau dia letak seating yang lebih santai macam kat Julio’s yang orang boleh duduk melepek tu lagi best. Surrounding dah best dah.. ruangnya terbuka luas dan airy. Takde la rasa panas atau stuffy bila lepak kat sini.

Anyway, kat Astana ni pun ada dijual produk-produk dari negara mereka seperti buah-buahan kering, frozen food, biskut dan bermacam-macam lagi.

Soooooo…kesimpulannya, kalau korang nak lepak-lepak menikmati makanan yang lain dari yang lain atau menikmati shisha sambil mencuci mata melihat umat-umat yang elok kat sini… this is one of the nicest places to go. Menunya boleh tahan sedap, harga pun okay.. atau korang sekadar nak lepak-lepak minum kopi atau makan kek, pun boleh juga.

Jadi.. kalau korang datang ke Cyberjaya, bolehlah singgah di restoran ini. Selamat mencuba!

Address:
D-LG-6, Block D, CBD 3,
Lingkaran Cyber Point Timur,
63000 Cyberjaya, Selangor.

Opening hours: 12 pm – 12 am (Monday to Saturday)

Phone: +603-8689 6459 / +6018-2020 135
Facebook: https://www.facebook.com/AstanaRestaurant/
Instagram: @Astana.Restaurant

Important note: The restaurant is wrongly pinned on the Google Map. It is actually next to Duby’s Cafe. Jangan tersilap.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.