JJCM @Muar
Kejadian yang berlaku pada minggu lepas dan aku baru nak update dalam blog ni. Punyalah busy kan. So, last week kami beramai-ramai menyerbu rumah baru Ajie di Muar. Just buat mini gathering, or some sort of house warming party la kononnya. Ada BBQ bagai semua. Tapi agenda utamanya ke sana adalah memang untuk MAKAN!
Ajie dan Lyss dah gerak pada Jumaat malam tu. Amz dan Maksu pun bertolak pada malam yang sama. But aku, Erol dengan Bai bergerak keesokkan harinya (pagi Sabtu) memandangkan Jumaat tu kami masih bekerja. Kami bergerak sekitar jam 7.45 pagi dan sampai di Muar lebih kurang jam 9.30 pagi. Tahu-tahu je la Bai kalau bawa kereta. Macam pelesit! Sampai di Muar kami terus ke gerai di Jalan Joned sebab Ajie and the geng tunggu di sana untuk breakfast. Masa sampai tu hujan turun renyai-renyai. Perut pun memang tengah lapar, so just nice lah. Kami pekena roti jala dengan kari ayam dan mee rebus. Roti jala dengan kari ayam tu just nice but mee rebus tu aku prefer mee rebus Wahid kat JB tu lagi.. sebab yang ni kuahnya manis sikit.
Anyway, selesai makan, kami bergerak asing. Ajie, Lyss dan Kak Na pergi ke pasar nak membeli bahan-bahan untuk BBQ malam tu, manakala aku, Erol, Bai, Amz dan Maksu plan nak pusing-pusing area Bandar Muar ni kejap. So, destinasi pertama kami adalah Tanjung Emas. Ingatkan memula nak naik bot but memikirkan masing-masing baru lepas breakfast, takut ada yang termuntah pula nanti. So, kami just lepak situ untuk seketika berselfie dan aktiviti yang sewaktu dengannya.
Selesai bergambar, kami menuju ke Sai Kee Kopi 434 yang terkenal tu. Terletak di Jalan Maharani, berhadapan dengan Stesen Bas Muar, Kopi 434 ni memang trademark kat Muar ni. In fact kopi 434 ni memang cukup famous di Johor. Dari kecil lagi aku dah minum kopi ni. Alhamdulillah, dapat parking pun senang.
Kat sini aku try Kopi Ais Kaw dengan roti bakar kaya + butter. Kopinya memang terbaik. Kat sini pun korang boleh beli serbuk kopinya yang pelbagai untuk dibawa pulang atau diberi sebagai souvenirs kepada keluarga atau teman-teman.
Selesai pekena kopi, kami bergerak pula menuju ke Air Terjun Gunung Ledang di Sagil, Perjalanan lebih kurang 45 minit. Memang malas nak balik dulu sebabnya cuma ada hari ni dan esok je kat Muar ni sebelum balik KL. Anyway, kami sampai di kawasan air terjun ni sekitar jam 2.00 petang. Tak naik pun ke atas sebab tak larat. Just di kawasan bawah je.. but bukanlah dekat dengan entrance tu.
Aku memula plan nak mandi tapi bila tengok kawasan air terjunnya yang tak berapa menyelerakan tu, terus tak jadi. Cuma lepak kat atas batu, ambil gambar sambil duduk rehat menikmati udara segar. Ajie kata kalau nak port yang cantik kena daki atas lagi. Baru ada air terjun yang best. Tapi memandangkan masing-masing semua malas nak naik, makanya lepak kat situ je la.
Selepas sejam lebih kat kawasan air terjun ni, kami pun beransur pulang ke rumah Ajie. Tapi sebelum tu kami singgah untuk makan tengahari di Restoran Asam Pedas, somewhere near Sekolah Menengah Sains Muar. Bedal je la apa yang ada sebab almost 4.00 pm.. lauk apa je yang ada kan.
Sampai di rumah Ajie, aku tersadai depan TV. Amz, Erol and the geng sibuk menghidupkan bara api untuk membuat BBQ dan yang lain pun sibuk kat dapur memasak mee goreng dan lain-lain. Lepas Isyak, bila semua ready, kita pun belasahlah apa yang ada. Ayam bakar, mee goreng, ikan bakar, sotong bakar dan tak lupa pencuci mulut serta buah longan yang manis itu.
Lepas makan melayan pula si Bai record video lagu Nay Nay apa kejadah ntah tu. Layankan aje.. Dan malam sebelum tidur tu, tuan rumah buat kopi-O kaw. Memang powerlah.. tapi nasib baik la aku boleh tido!
Keesokan harinya, kami bersarapan pagi pula di Restoran Haba, bersebelahan dengan Satay Warisan tu, pekena satay dan lontong kuah kacang. Breakfast Muar style katanya. Memang sedap satay kat sini. Selain satay ada juga dijual mee rebus but aku tak order sebab takut kuahnya manis macam hari tu.
Selesai breakfast, terus balik ke rumah Ajie sebab Amz dan Maksu nak balik KL lepas tu. Tengahari tu Ajie plan nak masak but then aku cakap tak payah susah-susah. Kita makan kat luar je sebab ada few lagi tempat yang kita tak try lagi. So lepas kemas barang-barang, sekitar jam 3.00 petang kami bergerak pulang ke KL. Tapi sebelum tu singgah makan asam pedas di Asam Pedas JJ, di Jalan Joned. Macam-macam ikan ada kat sini but aku pilih kepala ikan mayong. Sedap woo.. tambah pula dengan telur-telur ikan tu. Memula tak nak ambil nasi.. tapi akhirnya tertewas juga. Hahahaha.. Asam pedas kepala ikan, ulam pucuk tenggek burung dengan sambal belacan. That’s it.. TERBAIK!!!
But asam pedas sini lain sikit dengan asam pedas yang umi aku selalu masak. Kuah kat sini sedikit pekat (mungkin sebab dah diperangat beberapa kali, dan inilah yang menyebabkan kuah tu bertambah sedap).. Versi umi aku sedikit cair dengan lebih banyak dimasukkan daun kesum. Aku lagi suka kuah jenis ni sebab aku suka hirup. Selalunya kalau umi aku tengah masak, time kuah tu menggelegak, semangkuk aku ceduk siap-siap untuk dihirup. Sedap!
Anyway, selesai makan kat sini, maka kami pun bergeraklah balik ke KL. Nasib baik la jalan tak berapa nak jem. Sebelum sampai rumah, singgah pula pekena coffee kat Pulp by Pappa Palhetta di Bangsar ni.
Pendek kata, sepanjang 2 hari tu, entah berapa ribu kalori la dah masuk dalam badan ni. Apa pun, cukup puas hati dan kami plan nak repeat lagi. Banyak lagi tak sempat cuba.. Mee bandung la.. murtabak la.. So, Muar.. tunggu kedatangan kami lagi!
Leave a Comment