Sharing is caring

Aku share menu breakfast yang Umi selalu buat masa kami kecil-kecil dulu. Kadang-kadang buat untuk minum petang juga. Simple je. Lagi lah sekarang ni tengah sejuk musim hujan. Sedap makan ni bersama kopi-O atau teh-O panas.

Di bawah ni aku sertakan secara ringkas resepi roti kembung dan sambal tumis ikan bilis. Bahan-bahan ni aku main agak-agak je.

Roti Kembung (hidangan 4-5 orang.. ikut saiz perut.)
Bahan-bahan:

  • 2-3 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • Air secukupnya

Cara membuat:

  • Campurkan tepung gandum, sedikit garam, minyak dan air secukupnya.
  • Uli sehingga adunan menjadi elok dan tidak melekat pada tangan.
  • Bahagikan adunan menjadi doh kecil.
  • Gelek doh sehingga nipis sebelum digoreng.
  • Tepung akan kembung ketika digoreng dan goreng sehingga garing dan kekuningan. Siap!

Sambal Tumis Ikan Bilis versi Simple
Bahan-bahan:

  • Satu mangkuk kecil cili kering (dipotong, direbus dan ditoskan)
  • 1 biji bawang besar
  • Segenggam ikan bilis yang telah dibersihkan
  • 1-2 cm belacan
  • Sedikit air asam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara membuat:

  • Kisar lada kering, sedikit ikan bilis dan belacan sehingga halus.
  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian diangkat.
  • Dalam minyak yang sama, tumis bawang besar sehingga layu dan kekuningan.
  • Kemudian, masukkan kisaran lada kering tadi. Goreng sehingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan bilis goreng, air asam jawa dan gula secukupnya.
  • Tumis sehingga sambal agak kering. Kemudian, tambah garam secukup rasa. Siap!

Demikian secara ringkas resepi roti kembung dan sambal tumis ikan bilis aku. Aku main agak-agak je ikut bahan yang ada. So, kalau terkurang tu minta maaf la ye.

By the way, selamat menyambut Tahun Baru 2021 kepada korang di luar sana. Semoga tahun 2021 ni lebih baik dari tahun sebelumnya dan semoga Covid-19 ni dapat ditamatkan dengan segera. Terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ni. Take care & stay safe ya! Byeee…



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.