Laksa Johor versi BedakNyonya

Mari memasak Laksa Johor!

Pagi-pagi ni teringat pulak nak post resipi Laksa Johor yang pernah aku buat sedikit masa dulu. Kenapa tetiba teringat Laksa Johor? Sebabnya esok aku cadang nak masak laksa ni sebelum kawan aku, Yunos balik ke Jeddah hari Sabtu nanti. Actually resipi ni ada kat dalam FB aku… dalam album “FoodChannel”. Tapi dah berzaman gile aku tak upload resipi dalam tu. Lately masak pun malas nak beriya upload kat FB. Snap.. post kat IG sudah! Haha..

Okay resipi Laksa Johor ni aku dah permudahkan berbanding dengan resipi asal yang ada dalam buku masakan lauk-pauk Johor asli koleksi mak aku.. tulisan tukang masak Istana Johor. Buku tahun 50-an dulu. Kalau ikutkan memang rumit bahan-bahan yang digunakan. Takdenya pakai serbuk kari ya. Rempah-ratus semua asing-asing dari ketumbar, jintan dan sebagainya. Tapi yang versi aku ni, aku dah permudahkan. Rasa pun okay la.. tak lari mana.. (boleh puji diri sendiri??). Tapi member aku dah try guna resipi ni, dia kata sedap! Hahaha.. So, inilah resepinya:

Laksa Johor Versi Sukahati Saya
(10++ orang makan)

What you need:
Bahan A (dikisar halus):
– 3 ekor ikan kembung (direbus & ambil isi)
– 1 keping dory fillet (direbus)
– 4 atau 5 ekor udang hidup (direbus & dibuang kulit)
* air rebusan ikan & udang jangan dibuang*

Bahan B (dikisar halus)
– 10 biji bawang merah
– 5 biji bawang putih
– 1 inci halia
– 1 inci kunyit hidup
– 2 inci lengkuas
– 4 batang serai
– 2 inci belacan bakar
– 3 sudu besar udang kering

Bahan lain:
– 15 tangkai lada kering (direbus, buang biji & dikisar halus)
– 1 packet kari ikan + 1 packet kari udang (dibancuh dengan air)
– 2 packet kecil kerisik segera
– 1 kotak kecil santan segera
– 2 sudu besar paste asam jawa
– 2 sudu besar gula
– sedikit minyak utk menumis
– sedikit air
– garam secukup rasa
– spaghetti (direbus.. kuantiti ikut keperluan la)

Ulam-ulaman:
– sambal belacan + limau kasturi
– timun & bawang merah (dihiris halus)
– daun kesum + daun selasih (dihiris halus)
– taugeh (dibuang ekor)
– cepo (lobak jeruk masin) yang dicincang halus

Bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang dikisar.

How to do it:

  • Panaskan minyak & tumis cili kering sampai garing.
  • Masukkan Bahan B yang telah dikisar halus & gaul rata.
  • Masukkan rempah kari, gaul & biar sekejap.
  • Kemudian masukkan 5 cawan baki air rebusan ikan/udang.
  • Masukkan Bahan A & kerisik. Biarkan sampai mendidih.
  • Kemudian masukkan santan, paste asam jawa & gula. Tambahkan baki air rebusan ikan jika perlu.
  • Masukkan garam secukup rasa. Biarkan atas api perlahan selama lebih kurang 10-15 minit.
Bila cili dah garing, masukkan bahan B.
Kemudian masukkan rempah kari yang dah dibancuh dengan sedikit air.
Kerisik jangan lupa masuk ya!
Dah siap! Tapi masa ni takde daun selasih, kesum ngan taugeh.

Note:

  • Hidangkan bersama spaghetti, ulaman & sambal belacan.
  • Kalau ikutkan guna ikan parang lagi sedap.. tapi sbb ikan dory je ada dlm freezer.. belasah jek.. yang penting ikan. Letak banyak isi ikan lagi sedap!
  • Makan pakai tangan ya! Bukan Johor asli namanya kalau pakai sudu garfu. Hehehe..

Sekian, selamat mencuba! Sedap ke tak.. bagitau ya. 😛

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer