Danmuji ~ salah satu Korean side dishes yang aku suka. Sedap dimakan dengan nasi, ramyeon, ssam (Korean lettuce wrap), digunakan dalam gimbab atau boleh diratah begitu je. Baunya agak kuat bila dijeruk. Maybe ada antara korang yang tak suka. Ini danmuji versi yang aku selalu buat. Sangat mudah dan yang penting halal.
Anyway, susah nak cari danmuji di market yang halal sebab kebanyakannya mengandungi alkohol. Lazimnya aku akan jeruk dahulu untuk beberapa hari sebelum dimakan. Di bawah ni aku sertakan resepi ringkas untuk membuat danmuji versi aku.
Bahan-bahan:
- 1 batang lobak putih saiz sederhana (lebih kurang 700 gm)
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu teh garam
- Cuka secukupnya
- 2-3 titis pewarna kuning
- Kupas kulit lobak putih, cuci bersih dan keringkan.
- Potong lobak putih mengikut citarasa (hiris bulat-bulat, dadu atau dipotong panjang)
- Satukan gula dan garam dalam mangkuk. Kemudian masukkan cuka secukupnya.
- Kacau bancuhan sehingga gula dan garam larut.
- Titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan kacau rata.
- Masukkan lobak putih di dalam balang kaca. Kemudian tuangkan bancuhan cuka.
- Goncang rata dan masukkan di dalam peti sejuk.
- Biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 hari sebelum dimakan.
- Nota tambahan:
- Cara potong terserah pada korang. Nak hiris bulat-bulat nipis, dipotong dadu atau dipotong panjang-panjang. Aku pilih untuk potong panjang sebab boleh digunakan untuk membuat gimbap.
- Ada resepi menggunakan serbuk kunyit untuk warna kuning tapi aku tak guna cara ni sebab kunyit tu sendiri aromanya kuat dan dia akan spoilkan rasa asli jeruk tersebut. Letak pewarna sikit pun okay la. Kalau tak nak, korang boleh skip guna pewarna ni dan biarkan jeruk lobak ni berwarna putih sahaja.
Leave a Comment