Sharing is caring

Mana nak cari bahan-bahan masakan Korea kat Lembah Klang ni? Tempat pilihan aku adalah K-mart di Galaxy Ampang Mall. Pelbagai bahan masakan Korea yang boleh korang beli kat sini. Cuma kena hati-hati je la sebab ada juga produk non-halal. Lazimnya, yang aku selalu beli kat sini adalah gochugaru (serbuk cili Korea). Selain itu, kalau korang nak beli segala periuk belanga, tembikar hitam macam di restoran Korea tu pun, ada dijual. Pilih je la nak jenis macam mana.

Anyway, aku share juga 1st attempt aku membuat gimbap dalam post kali ni. Menjadi juga la…

Dan lagi satu, aku agak terkejut sebenarnya sebab seingat aku 9-10 tahun yang dulu (masa aku selalu lepak Taman Dagang rumah member aku), kawasan ni banyak terdapat K-mart dan restoran Korea. Bersepah okay… Tapi kali ni, aku perasan dah takde dah those restaurants dengan mart. Semua dah digantikan dengan kedai-kedai dan restoran Arab. Apakah???? Yang stilla ada K-mart kat Galaxy ni dengan Restoran Sweetree. Patut la bila aku ajak member aku datang Cyberjaya kalau nak makan makanan Arab, dia buat dekkkk je. Rupanya Taman Dagang tu dah jadi “Arab town” dah…



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.