Korang rasa sunyi?
Aku ada dapat beberapa direct message daripada followers di sosial media, mereka bertanya bagaimana aku mampu mengharungi perasaan sunyi dan menempuhi hidup sendirian.
Sebenarnya, susah juga nak jawab tapi apa yang pasti, bagi aku, hidup sendirian itu ialah pilihan.
Aku memilih untuk hidup menyendiri sebab aku rasa lebih tenang, aman dan selamat.
Selamat untuk melindungi perasaan aku sebab hakikatnya aku bukanlah seorang yang kuat.
Selain tu, aku sebenarnya dah terlalu penat dalam permainan emosi. Penat untuk berharap, penat menunggu dan sebagainya.
Aku tak salahkan sesiapa pun sebab perihal perasaan ni bukan boleh dipaksa-paksa.
Aku tak boleh nak paksa seseorang untuk terima dan sayang aku. Begitu juga sebaliknya.
Aku pun tak mampu nak menerima seseorang kalau dalam hati aku, aku hanya anggap sekadar teman.
So, macam tu lah.
Kesepian mengajar aku untuk menjadi lebih berdikari dan lebih kuat.
Dan aku perlu menjadi lebih kuat. Kalau nak ikutkan perasaan sangat pun tak boleh juga sebab kalau semakin dilayan, macam-macam benda negatif dan segala macam solution yang bodoh akan terlintas di fikiran.
So, aku selalu sibukkan diri. Antaranya dengan beriadah… morning walk dan sebagainya. Syukur sebab rumah aku dekat dengan Taman Tasik Cyberjaya. Kalau bosan, aku boleh drive sekejap untuk beriadah di Putrajaya pula yang terkenal dengan taman-taman awam yang cantik.
Selain tu, aku busykan diri dengan editing. Ada rezeki lebih, pi travel. Jadi, aku rasa takdelah teruk sangat rasa sunyi.
Aku pulak memang jenis tidur awal. Lepas isyak selalunya aku dah berpindah ke alam lain. Tapi aku bangun awal. By 5 am tu selalunya aku akan automatically terjaga. Lagipun aku memang jenis homely, so dah terbiasa.
Dan, terima kasih juga kepada teman-teman rapat aku yang selalu menjadi tempat aku meluahkan perasaan. Mereka pendengar yang hebat. Seronok kalau ada kawan yang memahami terutamanya boleh bercerita tentang crush aku semasa morning walk, lepak-lepak makan dan sebagainya.
Apapun, pada mereka di luar sana yang keseorangan, janganlah sedih sangat. Kadang-kadang aku bersyukur hidup macam ni daripada nak rasa berserabut semula untuk memahami dan menjaga hati orang lain.
Oh! Kita tinggalkan kisah kesenduan itu seketika. By the way, vlog kali ni aku try guna phone Samsung S23+ yang baru. Menarik juga hasilnya. Aku suka gila camera dia ada wide angle. Lain sikit nampak gambarnya. Kualiti video pun okay. Aku bukannya reti nak komen lebih-lebih tentang bab teknikal, tapi senang cakap untuk vlogger macam aku, S23+ ni pun dah cukup bagus untuk digunakan bagi tujuan vlogging. Ni hasil gambar yang aku ambil di sekitar Taman Tasik Cyberjaya dan Tasik Putrajaya.
Leave a Comment