Sharing is caring

Rangkaian Today. Tomorrow. Always
Eau de Parfum 50ml

  • Koleksi haruman malar segar yang dicipta untuk meraikan perasaan cinta dalam hidup
  • Setiap haruman berkongsi satu nota tengah yang sama, iaitu bunga Neroli
  • Di pasaran mulai 1 Februari 2019 sempena bulan kekasih
  • RM87.00 WM / RM100.05 EM satu
  • Dapatkannya dari Wakil Avon, Butik Kecantikan Avon dan shop.avon.my

Tiada perasaan yang seagung rasa cinta – untuk mencintai diri sendiri, mencintai insan lain dan menerima cinta. Rangkaian haruman romantik popular Avon, Today. Tomorrow. Always (TTA) melambangkan cinta abadi, kepercayaan dan komitmen dalam kisah cinta antara dua jiwa.

Trilogi TTA merupakan karya pemenang anugerah Master Perfumer, Olivier Cresp. Setiap haruman TTA berkongsi satu nota tengah yang sama, iaitu bunga Neroli elegan. Terkenal di rantau Mediterranean sebagai simbol kesegaran, keluhuran dan kesucian, jambangan Neroli indah ini diolah bersama ramuan berkualiti tinggi dari Grasse, Perancis untuk meraikan setiap episod cinta TTA yang berkekalan.

HARI INI, TEMUI CINTA
Today. Tomorrow. Always – Today Eau de Parfum 50ml

TTA Today melambangkan harapan dalam mencari cinta abadi dengan gabungan mewah dari bunga Neroli dan Butterfly Blossom, diulit aroma berkrim dari Cendana India.

Butterfly Blossom, Neroli, Cendana India

USAH MENUNGGU HARI ESOK UNTUK MENIKMATI CINTA
Today. Tomorrow. Always – Tomorrow Eau de Parfum 50ml

TTA Tomorrow menghidupkan keasyikan saat bercinta dengan nota Patchouli yang meningkatkan intensiti aroma Neroli. Adunan Ambar hangat menambahkan rasa sensual pada haruman ini.

Patchouli, Neroli, Ambar

CINTA KEKAL SELAMANYA
Today. Tomorrow. Always – Always Eau de Parfum 50ml

TTA Always menampilkan gubahan berseri flora Mawar dan Neroli, dihiasi Aprikot segar yang memberi kehangatan dan keselesaan yang dirasai dalam hubungan cinta yang lama tersemai, serta menyelubungi si pemakai dengan kegembiraan dan kebahagiaan abadi.

Mawar, Neroli, Aprikot

Bagi meraikan anugerah cinta Februari ini, Avon Malaysia akan mengadakan peraduan dalam talian di mana anda berpeluang memenangi koleksi haruman terindah ini! Untuk maklumat lanjut, layari laman sosial Facebook dan Instagram Avon Malaysia.

Rangkaian Today. Tomorrow. Always Eau de Parfum 50ml akan berada di pasaran bermula 1 Februari 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau shop.avon.my. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866).

Avon merupakan syarikat yang, selama 130 telah berdiri teguh memperjuang kecantikan, inovasi, optimisme dan paling ulungnya, demi wanita. Barangan Avon merangkumi pelbagai rangkaian dan jenama terkemuka seperti ANEW, Avon Color, Skin-So-Soft, Advance Techniques, Naturals dan Avon Intimates. Dijual melalui hampir 6 juta Wakil Avon bebas yang aktif, barangan Avon terus menjelitakan pengguna di lebih 70 negara serata dunia. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan barangannya di shop.avon.my.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.