Sharing is caring

Pada hari Sabtu lepas, 7 September 2013, aku sempat singgah ke event client aku iaitu Avon Tour – You Make It Beautiful di Sungei Wang Plaza bersempena dengan pelancaran koleksi terbaru mekap Avon. Aku sampai pun dah lewat petang, around 5.00 pm. So tak sempat nak tengok majlis pelancaran. But yang menariknya kali ni, Avon menampilkan lori yang diubahsuai menjadi “bilik makeup” di mana pengunjung yang berbelanja RM50.00 boleh mendapat khidmat solekan percuma daripada jurumekap Avon. Selain tu, terdapat juga cabutan bertuah untuk para pengunjung dengan hadiah utamanya iaitu Samsung S4. Sape la yang bertuah dapat tu kan?

Me & Avon Team.

Berikut adalah info mengenai produk terbaru Avon:

Kami ciptakan yang mudah, menyerlah dan berevolusi…
ANDA JADIKANNYA ANGGUN MEMPESONA
Memperkenalkan Koleksi Mekap TEBAHARU Avon

Anda mempunyai kuasa mencipta keindahan dalam apa jua yang disentuh. Kerana itulah, Avon mencipta Koleksi Mekap TERBAHARU Avon; sebuah rangkaian yang menampilkan rona-rona baru yang ekspresif, dengan ramuan berinovatif dan penemuan teknologi terunggul yang membenarkan anda menyerlahkan sentuhan kreatif tersendiri bagi penampilan unik mempesona.

Direka khas untuk setiap tona kulit, rangkaian mekap BARU ini menampilkan warna berpigmen tinggi dengan Teknologi Color True agar warna pada solekan anda adalah warna sama yang menghiasi bibir dan mata anda.

Ultra Color Rich Lipstick:
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri memberi warna terang yang kekal sejati. Ia menutrisi bibir dengan Shea Butter, Minyak Omega, Beri Arktik dan Vitamin E yang menjadikan bibir licin dan lembap serta-merta. Direka untuk pelbagai rona kulit.

16 rona baru dalam bekas elegan dengan tetingkap jernih yang memudahkan anda melihat rona semua gincu anda sekilas pandang!

Ultra Glazewear Lip Gloss:
Teknologi Pure Revealing dan pigmen memperbaharui sendiri meluncurkan kilauan tinggi berona mewah berserta kebaikan formula melembap yang sama dengan gincu kami. Tersedia dalam bekas moden dengan 8 rona berkemasan krim, kilau dan sinar.

True Color Eye Shadow Quad:
Warnakan mengikut nombor! Quad dengan Teknologi Pure Revealing memberi warna mewah berpigmen tinggi yang kekal sejati di mata seperti di palet. Warna kekal tulen, tanpa retak atau merekah di mata. 6 quad baru dalam bekas rekaan terkini dengan langkah penggayaan bernombor.

Ultra Glimmersticks Lip & Eye Liner
Menggaris dengan warna kekal sejati. Gayakan bersama solekan terang atau lembut tanpa masalah comot atau berkeping. Tersedia dalam 4 rona.

Avon dengan sukacitanya turut mengalukan 2 personaliti ke dalam keluarga besar mereka; supermodel Irina Shayk sebagai Wajah Kecantikan Global Avon, dan jurusolek selebriti terkemuka, Lauren Andersen sebagai Jurusolek Selebriti Global Avon. Nantikan pelbagai tip solekan profesional serta pelbagai informasi berguna yang akan memastikan anda selangkah lebih anggun, sepanjang masa.

Koleksi mekap BAHARU Avon akan dijual bermula September 2013. Temui Wakil Avon anda atau lawati Butik Kecantikan Avon untuk mendapatkannya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol Avon di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

Mengenai Avon
Avon, syarikat dari wanita untuk wanita, merupakan syarikat kecantikan global terbesar dengan pendapatan tahunan menghampiri USD11 juta. Sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung terbesar dunia, Avon dijual melalui lebih dari 6 juta Wakil Avon yang aktif.

Barangan Avon boleh didapati di 100 buah negara dengan seleksi barangan yang komprehensif, termasuk solekan, jagaan kulit, haruman, fesyen dan barangan rumah, dengan jenama-jenama yang terkemukan seperti Avon Color, ANEW, Skin-So-Soft, Advance Techniques dan mark. Kenali dunia kecantikan Avon di www.avoncompany.com.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.