Sharing is caring

Bersama Cikgu dan anak-anaknya, Miza dan Ninie
Semalam aku berpeluang untuk berbuka puasa dengan salah seorang cikgu yang pernah mengajar aku semasa sekolah rendah dulu. Puan Narizah Ab. Ghani namanya. Dia merupakan guru kelas aku semasa Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan (L) Bukit Senyum, Johor Bahru pada tahun 1985, sebelum kami ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, bandar yang sama. kalau ikutkan aku dihantar ke Sekolah Kebangsaan Bukit Cagar. Tapi disebab “nak ikut cikgu” katanya… maka aku berkeras untuk ditukarkan ke Taman Pelangi. Kecik-kecik lagi dah emo kan? Hahaha. Anyway, cikgu Narizah mengajar aku sampai darjah 4 sebab pada tahun 1988 sebab dia berpindah ke Sekolah Kem Lok Kawi, Penampang, Sabah kerana mengikut suaminya yang bekerja sebagai askar di sana. 

Sejak dari tu, kami dah kurang komunikasi hinggalah sampai satu tahap kami lost contact. Tapi aku tak pernah putus asa cuba mencari beliau. Bila time free, aku selalu google nama dia. Sekali tu, nak dijadikan cerita, pada tahun 2010 kalau tak silap, aku terjumpa nama dia kat dalam satu forum. Aku terus contact email address yang tertera dan gamble je tanya sama ada ni betul ke cikgu Narizah. Sebenarnya yang aku email tu anak dia, Miza yang juga merupakan seorang pendidik. Rezeki kan? Start dari tu la aku dapat berhubung semula dengan cikgu Narizah dan at the same time, terjumpa balik anak dia, Rinie yang dah menetap kat US. Dia adalah mutual friend kawan FB aku. Memang aku ingat Rinie ni. Time sekolah masa Darjah 3 dulu, aku dengan my best friend, Tan Swee Kok selalu babysit dia dalam kelas kalau Cikgu Narizah balik lambat atas urusan kerja. Jejak kasih sangat kat FB ni.

Tapi lama juga ambil masa nak jumpa cikgu. Sebab masing-masing semua busy, until early Julai haritu cikgu jemput ke rumah dia untuk makan-makan sempena masuk ke rumah baru dan juga sebelum berpuasa. Nervous nak jumpa! Yelah.. dah 24 tahun tak jumpa kan? Alhamdulillah bila dapat jumpa tu, seronok sangat! First time juga dapat jumpa adik kesayangan yang selalu berhubung kat FB je iaitu Miza. And Ninie too. Macam-macam cerita keluar.

So semalam, bila pergi ziarah cikgu lagi sekali untuk berbuka bersama, aku berpeluang untuk masak a.k.a merasmikan oven barunya yang tak pernah bercuit itu. Hahaha. Plannya nak ajak rakan-rakan lain, tapi dah masing-masing busy, maka aku pergi sorang je la. Kebetulan pula hari tu birthday cikgu yang ke-57. Aku berikannya hadiah gambar kelas masa Darjah 3 dulu… rasanya cikgu dah takde gambar tu.

Untuk menu berbuka, aku masak Nasi Arab, grilled lamb dan fattoush. Grilled lamb tu terpedas sikit.. hahahaa.. tapi okay la kan. Kalau tak muak pulak makan berlemak-lemak. Nak buat fattoush, gigih aku mencari pomegranate molasses dengan sumac. Nasib baik kedai Arab kat area Bangi tu ada jual. Aku dok tanya pak Arab yang beli kat situ, yang rempah tu sumac ke tak.. dia pun blur. Mesti tak reti masak! Hahaha.. Tapi betul la tu sumac… bau dia cam lemony sikit. Nanti resepi untuk grilled lamb tu aku letak kat sini. Hari tu Pizli ada tanya, tengok aku upload pic kat Instagram yang walid aku buat. Tapi Pak Habib tu bagi resepi cara lisan.. suruh aku main agak-agak kuantitinya. Nak explain pun susah.

Fattoush, Nasi Arab dan Grilled Lambchop
Anyway, dapat berbuka dengan cikgu dan familinya memang seronok sangat. Pastu, sebelum balik cikgu bagi aku duit raya. Banyak pulak tuh! Back-dated untuk 24 tahun agaknya! Hahahah… Malu pulak aku yang dah tua bangka ni.

Saya dapat duit raya! Dan saya dah berusia 35 tahun! Hahaha
Apapun, saya doakan Cikgu Narizah semoga dipanjangkan usia, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan bahagia selalu hendaknya. Ada masa free, saya datang visit cikgu lagi. =)

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.