Korang suka mengedit gambar dalam handphone?
Menghabiskan masa berjam-jam edit gambar-gambar kegemaran korang untuk dipost di media sosial?
Kalau korang ada habit yang takde life macam aku ni, korang boleh try guna applikasi Snapseed ni. Actually app ni dah lama berada di pasaran dan aku pun dah lama gunakan. Cuma baru ni tergerak hati nak buat tutorial. Tu pun lepas aku dapat beberapa dm kat Instagram tanya aku edit gambar guna apa.
Senang je nak guna Snapseed ni. Korang boleh belajar sendiri je macam aku ni. Aku suka Snapseed ni sebab selain mudah untuk digunakan, ia juga mempunyai banyak tools dan features untuk menyerlahkan foto-foto korang. Aku suka edit gambar-gambar travel yang aku ambil especially portraits dan street photography dengan menambahkan style dan effects seakan-akan painting. Bukan itu sahaja, korang juga boleh touch-up images ala-ala Photoshop dengan hanya menggunakan handphone sahaja. Berikut adalah beberapa contoh gambar yang aku edit menggunakan app ni.
So, kepada pembaca yang suka sangat photo editing tu, bolehlah try app ni. Dan aku harap, tutorial aku tu dapat membantu serba-sedikit. Ada masa, aku akan upload lagi kat Youtube.
Till then, selamat mencuba!
Leave a Comment