Sharing is caring

If you think your surprise-kind-of-plan is cool, sweet and romantic, think again! People might call you a retarded motherfucker!And that’s whylah aku malas nak berplan sangat kalau nak ke mana-mana. Selalunya tak menjadi. Anyway, memandangkan initial Plan A aku pada berhujung minggu dengan insan yang dekat di hati melalui aktiviti perkongsian minat yang sama (mungkin) tidak berjaya direalisasikan, disebabkan perubahan emosi, ketidak-sabaran dan yang sewaktu dengannya itu, maka perlulah aku bertukar kepada Plan B spontan yang berikutnya. Apa yang pasti, aku memang tidak mahu terperap di rumah pada hari Sabtu lepas dan mahu keluar dari KL! Makanya dengan pantas aku meng-tweet Scabs walaupun aku pasti yang insan-insan tersayangnya akan naik ke KL. Dan apabila tweet serta Whatsapp tidak berbalas, dengan pantas juga aku terus call si empunya diri yang ketika itu sedang memandu ke suatu destinasi rahasia! Ohhhh…. ada plan rupanyeeeee! Dating lettewwwww! Takpe lah, demi masa depannya itu, aku malas nak ganggu. Hahaha.

So terus ke Plan C, of cos lah targetnya orang-orang yang sedang single macam aku yang mempunyai minat yang sama – iaitu photography (walaupun skill aku ala kadar sahaja!). Dengan pantas aku BBM Kakpah yang hari itu sememangnya free dan ajak dia outing. Dia setuju dan plan pun bermula. Lepas mandi dan bersiap-siap dengan pamphlet Negeri Sembilan dan Selangor di tangan, maka dalam perjalanan untuk makan tengahari, kami pun berbincang mana mau pegi. Sama ada tepian pantai, Pulau Carey, Perak atau sekitar Selangor.. yang perjalanannya sekitar sejam lebih je la. So we decided untuk pergi ke Forest Research Institute Malaysia (FRIM) di Kepong itu. Since aku pun suka kepada alam semulajadi, maka pilihan itu not bad lah. Tapi masalahnya kami tatau nak ke sana. So mengikut perkiraan akal aku yang bijak ni, bantai je la masuk KL dulu dan cari signboard ke Kepong/Selayang. Memang ngam lah kan.. hari minggu masuk KL. Jem sana sini. Tersangkut kat Loke Yew, pastu jalan mana lagi ntah, dengan berpatah balik mencari FRIM itu, sudahnya sampai situ jam 3.30 petang. 3 jam perjalanan dari Kajang! Kalau balik JB mungkin dah sampai. Cissss!!!

Kakpah yang tengah ralit mengambil gambar.

Anyway bila dah sampai, masuk kat entrance kena bayar RM6.00 (RM1 seorang + RM4.00 untuk kereta). So berpusing-pusing lah kami di dalam kawasan FRIM ini. Alhamdulillah, hujan renyai-renyai dah berhenti. So dapatlah kami mengambil gambar serba sedikit. Canopy walk tak dapat pergi sebab dah tutup. Rugi! Udara kat sini memanglah nyaman, dengan bunyi unggas sana-sini. Relaks sekejap kepala otak yang berserabut.

Picnic area.
Rumah Terengganu.
Kolam bersebelahan Pusat Informasi.

Lepas berada di picnic area dan kawasan hutan berdekatan, kami pergi ke Pusat Informasi/Kedai Cenderahati. Takde apa sangat pun kat sini. Sedih! Then terus merayap ke area Malay Tea House. Kat situ kami ternampak Sebasah Trail, another trail untuk jungle tracking. So masuklah ke dalam tu mengikuti denai-denai yang disediakan. Sampai-sampai je di jalan keluar, rupanya kami di area tapak semaian which is actually kawasan larangan! Patut la ada pak guard follow kat belakang then bagitau kami area ni takleh masuk. Hahaha. Dah track nye membawa ke situ… Bukan salah kami okay!

Keluar je tracking dah masuk area ni… cener???

So lepas dah puas kat situ, kitorang pun cabut balik. Sebelum tu berpusing juga lagi sebab aku still tak puas hati nak mencari Taman Rimba Komanwel. Tapi tak pergi pun, memandangkan dah pukul 5 lebih masa tu.

On the way balik tu, boleh kepala ni ada Plan D lain lagi sebab aku still tak puas hati trip ke FRIM tadi. Ikutkan diorang ni ada plan nak masak bagi kat rumah Bai. Tapi aku just suggest kat Kakpah, jomlah pergi dinner somewhere luar KL. So plan ke PD terus popped out. Kami terus ke rumah Bai, memandangkan dia pun on the way balik dari kerja. Lepas maghrib tu kami pun bertolak ke PD. Sampai sana, singgah pasar malam, tapau makanan then duduk atas pasir pantai dan makan! Berborak-borak sambil menikmati makanan dengan hembusan bayu yang nyaman. Sangat menenangkan walaupun hakikatnya otak berserabut dengan sms yang manis-manis belaka.

Lepas dah puas lepak situ, maka pulanglah aku dah rakan-rakan taulan ke KL selepas puas dengan aktiviti-aktiviti yang sepanjang hari tanpa perlu untuk aku meneruskan Plan E yang tak menjadi. Malah terus ke Plan Z iaitu tidur mampus sampai keesokkan harinya.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.