Nota: Untuk makluman, gerai ini telah berpindah ke NeoCyber, Cyberjaya, berhampiran Watson’s & Tealive.
Korang suka makanan pedas??? Boleh try kat sini pulak. Indomie Pedas Mampus di Ruang Makan Abang, Cyberjaya. Selain Indomie Pedas ni, ada banyak stall yang menyediakan pelbagai hidangan yang sedap-sedap seperti lempeng sambal tumis ikan bilis, burger, meatball dan lain-lain. Masakan goreng/panas derang pun sedap. Aku dah try hari tu like nasi goreng ikan masin dan mee goreng tomyam. Sedap belaka.
Dan kalau korang hantu shisha macam housemate aku, bole try kat sini juga. Syai kata shishanya not bad juga.
Mana nak cari tempat makan ni? Google sajorrrr. Landmark paling senang, kedai makan ni terletak berhampiran station Shell di Lingkaran Cyberjaya Point Timur. Masuk simpang sebelum jalan masuk Shell tu. Dari main road tu dah nampak.
Leave a Comment