Taiba Restaurant @Cyberjaya #random #vlog

Hi guys! Post kali ni aku just nak share my dining experience at one of the Arab restaurants here in Cyberjaya.

Taiba Restaurant namanya. Ia terletak di Cottage Walk di Persiaran APEC, bersebelahan dengan KFC (somewhere near Petronas station). This is actually first time aku try makan kat sini. And surprisingly, makanannya boleh tahan sedap. Hari tu, aku tried this Lamb Kabsa dengan Taiba Cocktail. Ingat nak order dessert juga tapi sadly semua pencuci mulut takde.

Menu yang lain-lain aku takdan nak try sebab bulan puasa kan. Masa berbuka bukannya perut aku boleh nak sumbat banyak-banyak pun. Tapi seriously, kabsa yang aku try ni memang sedap. Nasinya cukup rasa, kambingnya lembut.. memang perfect lah!

Taiba cocktail yang aku order tu pun sedap. Aku rasa ia adalah campuran pisang dan some other fruits. Not bad. Cuma apa yang aku dapat tu takde la pula diletakkan kekacang (kalau tak silap aku) atau payung pink tu. I’m not sure presentation camtu adalah untuk jug version. Sebab ada dua, small one (glass) and big one (jug).

Anyway, kalau korang nak try makanan Arab kat Cyberjaya ni, boleh cuba kat sini juga.

Address: No 7G, Cottage Walk, Off Jalan Persiaran, APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor.
Telephone: 03-8322 6310

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Site Footer