Hi semua! Post kali ni aku nak share tentang bajet dan itinerary ke Hatyai. Ramai juga yang bertanya pasal ni kat aku. Jadi, berdasarkan pengalaman kali sebanyak 4 kali ke sana, boleh la aku kongsi serba-sedikit info tentang Hatyai ni.

Kalau korang tanya aku, aku lebih suka stay di Hatyai ni sekurang-kurangnya 4 hari 3 malam (termasuk perjalanan pergi balik). Sebabnya 1 hari korang boleh buat day trip ke Songkhla. Tapi kalau timing korang tak berapa nak mengizinkan, 3 hari 2 malam pun cukup. Tapi pemilihan hari pun penting sebab ada tempat yang hanya beroperasi pada hari minggu seperti Khlong Hae Floating Market yang hanya buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Untuk transportation, apa yang aku kongsikan di sini ialah dengan menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, seterusnya menaiki van atau SRT Train dari Padang Besar ke Hatyai. Aku tak pernah ke sana menaiki flight sebab harganya agak mahal. Tapi kelebihannya, masa perjalanan lebih singkat lah.

Aku kongsikan itinerary ni untuk 4H3M dengan memasukkan 1 hari trip ke Songkhla. Tapi kalau korang tak berminat nak ke sini, boleh skip this part dan jadikannya sebagai trip 3H2M. Actually dalam 3H2M ni pun korang boleh je kalau korang nak merayap ke Songkhla tu, cuma abit rushing la bagi aku.

Oh, by the way, bila aku sebut Songkhla tu ia merujuk Songkhla City. Hatyai itu sendiri dah termasuk di dalam wilayah Songkhla. Songkhla City ni ialah ibu kota wilayah Songkhla walaupun saiznya lebih kecil daripada Hatyai. Jarak dari Hatyai downtown ke Songkhla lebih kurang 33 km, dalam 30-45 minit drive.

Itinerary Hatyai 4H3M

Ini ialah cadangan itinerary dengan menaiki ETS.

  • Day 1: KL Sentral – Padang Besar via ETS. Padang Besar – Hatyai via van atau SRT Train.
  • Day 2: Hatyai city tour, food hunting or shopping
  • Day 3: 1 day or 1/2 Songkhla city tour
  • Day 4: Hatyai – Padang Besar via van or SRT Train, Padang Besar – KL Sentral via ETS.

Nota: Kadar tukaran 100 baht = RM 13

1. Transportation
• KL Sentral – Padang Besar, ETS Platinum  @7.00 am (RM 107)
• Padang Besar – KL Sentral, ETS Platinum  @9.35 am (RM 105)

• Padang Besar – Hatyai via SRT Train (50 baht / RM 7)*
• Padang Besar – Hatyai via van (RM 30)**

• Hatyai – Padang Besar via SRT Train (50 baht / RM 7)*
• Hatyai – Padang Besar via van (RM 30)**
RM 226.00* – RM 272.00**
2. Travel Insurance
• AXA Travel Insurance including pandemic coverage x 4 hari
RM 46.00
3. Accommodation
Anggaran bajet untuk semalam adalah antara:
RM 30 (hostel) – RM 250*** (hotel) x 3 malam
Pilihlah ikut keselesaan korang dan poket juga.
RM 90.00 – RM 750.00
4. Meal
• Anggaran kos makan RM 50 – RM 100 x 4 hari
Bergantung pada selera masing-masing dan kapasiti perut!
Nota: Khlong Hae Seafood Buffet berharga 299 baht / RM 40 seorang bagi aku korang wajib pergi.
RM 200.00 – RM 400.00
5. Trip to Songkhla
• Sewa tuk-tuk (1 day) – 1,500 baht / RM 196
• Cable car entrance fee – 200 baht / RM 26

RM 196.00****
RM 26.00
6. Other expenses
• Shopping, tuk-tuk, GRAB, massage, souvenirs, etc.
RM 100.00 – RM 500.00

Anggaran Kos: 

  • RM 884.00 – RM 2,190.00 (4H3M termasuk trip ke Songkhla)
  • RM 662.00 – RM 1,968.00 (4H3M tanpa trip ke Songkhla)
  • RM 582.00 – RM 1,618.00 (3H2M tanpa trip ke Songkhla)

*Trip via ETS dan SRT Train ke Hatyai dari Padang Besar
**Trip via ETS dan van ke Hatyai dari Padang Besar

***Anggaran harga bilik double room untuk 2 orang. Kalau pergi dengan travel partner, boleh berkongsi dan lebih jimat.
****Harga sewa tuk-tuk untuk 1 hari. Kalau dalam kumpulan, boleh kongsi dan lebih jimat.

Ini bukanlah kos sebenar cuma anggaran secara kasar bajet trip ke Hatyai ni. Kalau korang nak shopping, banyak nak try makanan itu ini, itu semua akan mempengaruhi bajet korang.

Visa & White Form

Sekadar maklumat tambahan, untuk memasuki Thailand, kita sebagai warganegara Malaysia TIDAK MEMERLUKAN VISA. Passport semestinya yang masih valid (tidak kurang daripada 6 bulan sebelum tamat tempoh). Cuma apa yang perlu dilakukan ialah mengisi borang putih (white form) yang diagihkan semasa di dalam train (kalau korang menaiki KTMB My Sawasdee). Kalau korang naik ETS dan dari Padang Besar tu ke Haytai menaiki van, borang berkenaan akan diberikan oleh petugas van di situ. Kalau tak dapat, silalah minta.

Travel Insurance

Untuk travel insurance, aku selalu beli di sini:
📍Generali Travel Insurance Online (previously known as AXA Travel)

Nampak macam tak perlu je kan. Tapi bagi aku travel insurance ni sangat penting sebab kita tak boleh nak jangka apa yang akan berlaku. So, better sediakan perlindungan yang perlu.

Tukaran Mata Wang

Korang ada beberapa pilihan sama ada:

  • Menukar baht di money changer di Malaysia. Kadar tukaran pada Januari 2023 ialah 0.13 iaitu 100 baht = RM 13.
  • Menukar baht di money changer yang terdapat di Hatyai ni. Antaranya di sebelah Lee Gardens Plaza (kedai jual simcard). Member aku kata murah sikit berbanding di Malaysia.
  • Menukar di stesen KTMB Padang Besar. Ada beberapa kali aku terserempak dengan this one lady yang offer dan ratenya not bad. Tapi aku tak sure kalau dia available sepanjang masa.
  • ATM withdrawal – tapi make sure korang aktifkan/maklumkan pada bank tentang oversea withdrawal ni. Kalau tak aktif, tak boleh keluarkan. Ratenya bagi aku lebih kurang je tapi kena ingat setiap transaction, bank akan caj sekitar RM 22 per transaction kalau tak salah aku. Mahal juga. So, kalau nak keluar, keluarkan one time je. Jangan keluarkan banyak kali dok mengkayakan bank.

Electrical Outlets & Plugs

Thailand menggunakan jenis socket seperti gambar rajah di bawah. So, korang kena bawa travel adaptor. Kalau tak bawa, jangan risau. Boleh je beli di kedai-kedai yang terdapat di sekitar Hatyai downtown tu. Harganya maaf, aku tak ingat. Tapi takde la mahal mana. Dan kalau boleh, bawa je sekali extension. Senang korang nak charge phone, switch on laptop, guna hair dryer dan sebagainya. Adaptor dengan extension ni memang aku wajib bawa setiap kali travel.

Sim Card

Korang boleh membeli sim card nombor Thailand di booth yang terdapat di dalam Stesen KTMB Padang Besar. Terdapat satu booth di situ (area foodcourt), bersebelahan dengan booth van ke Hatyai. Harga sim card kalau tak silap aku sekitar RM 20. Beli kat sini lebih mudah, tapi kalau korang nak beli daripada syarikat telco yang lain-lain, boleh juga beli kedai simcard/money changer yang terletak di antara Lee Gardens Hotel Plaza dan Grand Pink Hotel tu. Tak susah pun korang nak cari. So far aku guna Tourist SimCard dtac 5G.

Bagaimana ke sana?

📍https://online.ktmb.com.my/
📍https://www.train36.com/padang-besar-hat-yai-shuttle-train.html

Aku cadangkan korang ambil ETS paling awal pada jam 7 pagi dari KL Sentral so that korang akan sampai di Padang Besar pada waktu tengahari. Perjalanan menaiki ETS mengambil masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Untuk makluman korang, ETS Platinum perjalanan lebih singkat kerana less stop kat station berbanding dengan ETS Gold.

Dari Padang Besar ke Hatyai, korang boleh mengambil van ke Hatyai. Ada booth di Stesen KTMB di situ di hadapan food court. Ini lebih cepat berbanding kalau korang nak naik SRT Train sebab train ni bergerak mengikut jadual. Kalau korang sampai tengahari, maybe kena tunggu sampai sekitar jam 4 petang untuk menaiki train ni. So, membazir masa. Aku suggest, kalau nak naik train ni, naik masa nak balik nanti dari Hatyai ke Padang Besar.

Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai lebih kurang 1 jam, sama ada naik van atau SRT Train ni. Dari segi harga pula, van kenakan caj RM 30 seorang manakala harga tiket SRT Train ialah 50 baht (lebih kurang RM 7) untuk seorang.

Pihak van akan uruskan transportation ke Padang Besar ICQ – 4 orang satu kereta. Bayaran untuk ke Hatyai dari Padang Besar ialah RM30 (as per November 2022) seorang. Ada bayaran RM2 diberikan kepada driver semasa di imigresen nanti. Aku pun tak sure bayaran untuk apa. Setelah selesai urusan imigresen, korang naik pula van yang telah sedia menunggu mengikut group yang sama semasa menaiki kereta dari Padang Besar sebelum ni. Lazimnya 4 orang lah satu van. Kalau ada rearrangement tu aku tak pasti. Perjalanan dari Imigresen Padang Besar ke Hatyai downtown lebih kurang 1 jam. Driver akan hantarkan ke hotel yang korang stay. Just beritahu nama hotel dan kalau dia macam blur-blur ayam, tunjukkan alamat. Pandai la dia cari nanti. Kalau tak silap aku, hotel hanya di area Hatyai downtown. Kalau luar daripada tu aku tak sure. Kena tanya abang yang uruskan awal-awal kat Padang Besar tu.

Aku ringkaskan dalam diagram di bawah:

Ringkasan perjalanan ke Hatyai via ETS dan perkhidmatan van

Nota: Ada ketika, pihak KTMB membuat promosi direct train My Sawasdee dari KL Sentral ke Hatyai. Koc katil (lower berth) berharga RM 97 dan ada juga pilihan seat yang lain. Kalau korang berminat nak try direct train ni, kena rajin check media sosial KTMB untuk pengumuman. Lazimnya mereka buat trip ni semasa cuti perayaan yang panjang atau cuti sekolah, bertolak dari KL Sentral pada hari Jumaat dan pulang dari Hatyai pada hari Isnin.


Day Trip to Songkhla City

Kalau korang berminat nak berjalan-jalan di Songkhla City, korang boleh menyewa tuk-tuk macam aku. Aku menggunakan khidmat Uncle Yaw, salah seorang pemandu tuk-tuk yang terdapat di kawasan Lee Gardens. Caj yang dikenakan ialah 1,500 baht (lebih kurang RM 196.00) untuk 1 tuk-tuk. Harganya mungkin berbeza di antara lain-lain pemandu. So, korang pandai-pandai la kawtim. Kalau korang pergi dalam kumpulan mungkin lebih jimat sebab boleh berkongsi bayaran. Trip bermula dari pagi sehinggalah ke lewat petang mengikut lokasi yang kita berminat untuk pergi. Kalau korang nak ke Songkhla ni, better study sikit dan plan perjalanan korang. Dan dalam tuk-tuk ni pun lazimnya mereka ada katalog kecil tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati. Dan kalau berminat nak menggunakan khidmat Uncle Yaw ni, boleh DM aku di Instagram. Nanti aku sharekan nombornya di situ.

Getting around in Hatyai

Jika korang stay di sekitar Lee Gardens, mudah untuk ke beberapa lokasi seperti Kim Yong Market, Train Station dan lain-lain. Boleh jalan kaki je. Kalau korang nak ke Khlong Hae, Dimsum Chabura dan lain-lain tu, perlulah menaiki sama ada tuk-tuk, Grab Car atau Grab Bike. Kadang-kadang caj Grab lagi murah berbanding tuk-tuk. Korang kena check dulu lah.

Salah satu sebab kena aku lebih suka naik Grab Car ni adalah kerana aku dah linkkan ke kredit kad. So, tak ganggu cash yang ada dalam tangan. Dan app Grab ni is the same app yang kita guna di Malaysia. Tak perlu nak download app Grab versi Thailand ke camne. Sama ada dia convert Grab wallet korang ke local currency tu aku tak pasti sebab aku menggunakan kad kredit.

Stay di mana?

Di sekitar Hatyai Downtown ni terdapat banyak hotel-hotel dengan harga yang sangat berpatutan. Korang boleh pilih sama ada nak tinggal di hostel dengan shared toilet, nak bilik hotel sederhana sehinggalah yang agak mewah. Harga bermula sekitar RM 30 sehinggalah RM 300 ke atas semalam bergantung kepada jenis bilik yang korang pilih. Personally, aku lebih suka bilik hotel yang biasa je berbanding hostel dengan shared toilet. Janji bilik selesa, bersih, aircond semua okay. Itu dah memadai. Sebab seharian pun aku akan keluar. Balik bilik cuma untuk rehat je, so bagi aku tak perlu nak bilik yang mewah. Dan ketiga-tiga hotel di bawah ni aku booked sebab ini je antara yang available masa aku pegi dulu. Kes last minute booking. Hahaha. Tapi ada satu lagi aku tak listkan sebab aku tak suka locationnya yang terletak agak jauh dari area Lee Gardens tu.

Kedudukan hotel pula, aku suggest pilihlah di kawasan Hatyai Downtown specifically di Lee Gardens (lihat map di bawah). Sebabnya di kawasan ni senang kalau korang nak cari makanan halal dan boleh berjalan kaki untuk membeli-belah di Kim Yong Market dan sebagainya. Dan bagi aku yang penting, tempat urut bersepah kat sini. Lenguh berjalan boleh singgah urut kaki atau badan.

Ini ialah hotel yang aku pernah stay semasa bercuti di Hatyai ni. Dan untuk makluman, hotel-hotel ini tidak menyediakan sarapan pagi. (Nota: Ini ialah harga bilik pada tahun 2022. Ia mungkin berbeza mengikut rate semasa. Harap maklum).

📍Variety Winner Hostel (small double room) – RM 72 semalam
Terletak di hadapan Lee Gardens Plaza dan Lee Gardens Night Market. Sangat senang nak mencari makanan halal. Di bawah hotel terdapat money changer dan tour agent. Nak sewa motor pun ada kat sini.


📍Asian Hotel (deluxe double room) – RM 116 semalam
Masih berhampiran dengan Lee Gardens Plaza dan beberapa meter ke Kim Yong Market.


📍Indra Hotel (standard double room) – RM 72 semalam
Berhampiran Lee Gardens Plaza dan di hadapannya terdapat bar. Kalau bilik korang menghadap jalan yang ada bar tu, mungkin ia sedikit bising pada waktu malam.

Makan di mana?

Hatyai ialah syurga makanan dan antara lokasi pelancongan di Thailand yang sangat mudah untuk korang mencari makanan halal sebab Songkhla ialah wilayah yang mempunyai ramai penduduk Muslim. So, tak perlu risau nak cari makanan halal. Dan kebanyakan peniaga Muslim mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik.

Dari segi harga pula, ia sangat berpatutan dan boleh dikatakan agak murah berbanding di Malaysia. Dan yang penting, authentic Thai dan sedap! Selain daripada night market, banyak lokasi JJCM yang korang boleh try kat sini yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. 

Antara lokasi tempat makan yang aku rasa korang patut singgah kalau first time ke Hatyai ialah seperti berikut:

  • Khlong Hae Halal Seafood Buffet – seafood buffet berharga 299 baht (RM 40) untuk dewasa. Bagi aku sangat berbaloi, pilihan seafood yang banyak, udang segar yang besar-besar dan pelbagai menu makanan lain. Aku memang cukup puas hati kalau makan kat sini.
  • Dimsum Chabura – lazimnya lokasi sarapan paling popular di kalangan rakyat Malaysia. Hidangan dimsum dengan harga 15 baht (kecil) dan 20 baht (besar). Banyak lagi menu-menu lain. Restoran ni dibuka pada jam 6.00 pagi. Selalunya aku ke sini seawal 6.30 pagi untuk mengelakkan diri kena beratur panjang. 
  • Kaitod Meena – ini lokasi favorite aku kalau nak makan pulut ayam goreng. Terletak di sebelah Kim Yong Market. Bagi aku, pulut ayam sini sedap. Nasi komok (briyani Thai) pun sedap. Harga seketul ayam dengan nasi pulut dalam 70 baht kalau tak silap aku. Lagi best kalau korang makan kat situ, ada disediakan acar. Jangan lupa order air di gerai awek cantik kat sebelahnya tu. Air lemon mint dia manthoppp. Teh ais pun sedap. Pendek kata semua la sedap. Selain dari pulut ayam di Kaitod Meena, korang boleh juga try di Kaitod Sofeeya atau Kaitod Decha.
  • Khlong Hae Floating Market – pasar terapung ni dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja termasuk public holiday, bermula dari jam 1.00 petang sehingga 9.00 malam. Terletak lebih kurang 5 km dari Lee Gardens. Ambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke sini dengan menaiki tuk-tuk. Pelbagai makanan korang boleh try kat sini. Korang pilih je la nak mana satu. Boleh beli dari penjual dalam sampan tu, atau di gerai-gerai yang terdapat di bahagian atas. Kawasan ni boleh jadi sangat sesak terutamanya masa musim cuti perayaan atau cuti sekolah.
  • Lee Gardens Night Market – pasar malam ni terletak di hadapan Lee Gardens Plaza. Banyak gerai di sini terutamanya pada malam minggu. Korang boleh try coconut ice-cream, tomyam, somtam, pulut mangga dan segala macam makanan yang dijual di gerai-gerai di sini. Banyak yang halal dan ada juga yang tidak halal. Tempat duduk terhad. Selalunya aku tapau je dan duduk makan kat tangga di bangunan opposite Lee Gardens Plaza tu. Selain makanan, ada jual dijual baju, kasut dan lain-lain lagi.

Selain dari tempat-tempat yang aku listkan ni, sebenarnya banyak lagi lokasi makanan yang menarik dan best-best. Cuma aku tak dan nak try semua sebab aku bukan jenis suka nak explore sangat. Kalau aku dah suka makan kat situ, aku akan repeat sampai lebam. Hahaha. Kalau korang rajin bab-bab ni, pi la explore. Cafe, boat noodle dan banyak lagi. Night market kat sini pun banyak. Greenway night market, ASEAN night bazaar dan sebagainya.

Shopping

Selain daripada makan, salah satu aktiviti yang menarik untuk dilakukan di Hatyai ni semestinya shopping! Pelbagai produk dijual kat sini. Makanan, buah-buahan, pakaian, produk-produk kecantikan, kasut dan macam-macam lah. Memang rambang mata. Sama ada korang di jalan di kaki lima bangunan atau di pasar malam, mesti ada barang yang menarik perhatian korang. Antara produk yang aku suka beli kat sini ialah kacang gajus. Harganya bagi aku sangat murah berbanding yang dijual di Cyberjaya. Kat Hatyai ni korang boleh beli gajus dengan kualiti yang baik dengan harga lebih kurang RM 40 sekilo. Kalau di Cyberjaya, dijual sekitar RM 70 sekilo.

Berikut ialah lokasi yang aku selalu singgah untuk membeli-belah:

  • Lee Gardens Plaza – di dalam plaza ni juga terdapat beberapa kedai yang menarik untuk di singgah. Dan sekitarnya juga banyak kedai-kedai pakaian dan sebagainya.
  • ASEAN Night Bazaar – satu-satunya night bazaar yang aku pi selain daripada yang ada di Lee Gardens tu. Aku tak rajin nak meronda pasar malam sangat sebab aku rasa lebih kurang sama je. Pasar malam ni terletak di bangunan 1 tingkat. Di bahagian atas dijual makanan dan di bawahnya mereka menjual pakaian dan cenderahati.
  • Kim Yong Market – lokasi untuk aku membeli gajus dan snek yang lain-lain. Sayuran yang dikeringkan juga menarik untuk dicuba. Kat Malaysia, mahal ya depa jual. Selain tu, korang boleh beli sabun beras Siam. 1 bungkus besar tu baru 100 baht. Kat Malaysia, seketul pun dah mahal. Kalau penat shopping, boleh lepak singgah Nescafe atau Amazon Cafe di hadapannya. Hilang penat, boleh sambung shopping lagi.
  • Thanyada Village Souvenir Shop – kalau korang nak membeli cenderahati, boleh singgah di sini. Kebanyakan yang aku beli ialah t-shirt, bag dan postcards. Postcard benda wajib aku beli kalau travel ke mana-mana. So far memang tak jumpa kat kedai-kedai tepi jalan yang jual postcard. Depan kedai ni pun ada kafe. Dan gadis-gadis yang menjualnya pun comel, lemah-lembut dan peramah belaka. Diorang pun rajin menari kat Tiktok! Hahaha…

Foot & Body Massage

Hatyai ialah HEAVENNNNNN untuk aku ya sebab aku memang suka foot dan body massage! Selalunya kalau aku pi massage kat Cyberjaya ni, harganya ialah RM60/1 jam untuk urut kaki dan RM100/1 jam untuk body massage. Kat sini, harganya ialah 200 baht/1 jam untuk body atau foot massage. Kalau ko nak dengan herba oil, 400 baht/1 jam. Gila tak murah. 200 baht tu macam RM25 lebih kurang. Ko bagi tips kat diorang pun still murah lagi. Memang la heaven! Kadang-kadang sampai 2 kali aku urut dalam sehari. Hahaha.. Aku pi dekat depan Lee Gardens ni je sebab banyak sangat pusat urut sekitar ni. Bila petang dan malam je memang penuh. Anyway, bagi lelaki, korang boleh request untuk diurut oleh lelaki. Memang takde la aku nak suruh pompuan urutkan!

Antara banyak-banyak tempat yang aku try, the best bagi aku ialah Michael Massage. Ni yang lelaki la urut aku. Kalau messeur pompuan dia aku tak sure. Ownernya, Michael ni Sarawakian. Kawin dengan orang sini. Sangat peramah. So, setiap kali aku nak urut kaki dan badan, aku akan terus je sini. Oh, by the way, gambar kedua dan ketiga tu bukan di Michael ya. Tu di Pailin Massage, sederet dengan Variety Winner Hostel (opposite Lee Gardens Plaza).

Songkhla Day Trip

Kalau korang berminat untuk berkunjung ke Songkhla dan melawat beberapa tempat yang menarik, boleh rujuk post aku di bawah ni.

Antara lokasi yang aku pergi ialah Samila Beach (Golden Mermaid Statue), Kho Hong Mountain Viewpoint, Hatyai Cable Car & Phra Phutthamongkol Maharat dan Ton Nga Chang Waterfall.

Dan aku ada share juga trip aku ke Hatyai dan singgah berjalan-jalan di sekitar Padang Besar dalam post di bawah ni. Lama nak menunggu ETS balik ke KL, aku sempat merayap pergi ke Wang Kelian, Gua Kelam dan Tasik Timah Tasoh .

Jadi, demikianlah serba-sedikit perkongsian aku tentang budget dan itinerary percutian di Hatyai ni. Semoga bermanfaat kepada mereka yang belum pernah menjejakkan kaki di kota di selatan Thailand ni. Kalau ada pertanyaan, boleh tinggalkan dalam komen di bawah atau DM aku kat Instagram. Jangan lupa like, share dan komen video-video aku di Youtube. Semangat sikit aku nak ber-vlogging.

Till then, jumpa di post yang lain.

Eh! Jap. Sebelum beredar, jemput singgah baca blog solo travel aku yang latest ke Hanoi tu. Aku ada share few things kat situ. Moga bermanfaat. JANGAN LUPA SUBSCRIBE, LIKE & SHARE Youtube aku weh. Kemonnnn.. bagi la support sikit. Hahahaha.

Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.