Sharing is caring





Nota: Untuk perkongsian trip ke Hatyai dengan menaiki sleeper train “Tren Khas My Sawadee KTMB”, boleh baca di sini.

Trip ke Hatyai pada penghujung bulan Ogos 2022 ni ialah trip yang tak berapa dirancang, walaupun ni adalah trip pertama aku ke luar negara selepas Covid. Aku memilih untuk ke Hatyai kerana nak masuk Thailand bagi aku lebih mudah dan boleh try naik ETS ke Padang Besar. Seriously, aku tak sempat study apa sebelum ke sini. Just refer sikit sumber dari Twitter dan usha few vlog di Youtube.

Tapi sebelum tu, apa kata korang subscribe, like dan share video-video kat channel Youtube aku tu. Semoga tercapai target aku untuk mendapat silver button suatu hari nanti. Hehehe…

Anyway, aku mengambil keputusan untuk stay di Hatyai selama 5 malam. Aku pun tak sure kenapa aku nak stay lama. Aku just fikir nak berehat je. Mula-mula plan juga nak bermalam di Songkhla berhampiran pantai tu, tapi tak jadi. Hahaha.. memang takde proper planning.

Di Hatyai ni, aku stay di Hatyai Downtown specifically di area Lee Gardens Plaza. Mengikut apa yang aku baca, kat area ni senang nak mencari makanan halal, banyak tempat urut kaki/badan, berdekatan dengan market dan sebagainya. So, kira kalau nak jalan kaki ke sana ke sini pun mudah. Rata-rata kat peniaga kat sini terutamanya Muslim boleh berbahasa Melayu, sama ada dialek Utara atau Kelantan. So, tak menjadi masalah untuk berkomunikasi. Kadang-kadang rasa macam melancong kat Malaysia je. Hahaha. Okaylah, aku share secara ringkas berkenaan trip aku ke Hatyai ni. Semoga bermanfaat.

ETS Gold: Kajang – Padang Besar – Kajang

πŸ“https://online.ktmb.com.my/

  • Return ticket ETS Gold: Kajang – Padang Besar – Kajang berharga RM165 termasuk insurans. Sehala dalam RM80 lebih camtu.
  • Aku ambil ETS di Kajang sebab lebih dekat dengan Cyberjaya.
  • Masa perjalanan dari Kajang ke Padang Besar lebih kurang 6 jam lebih. Bertolak pada jam 10 pagi dan sampai lebih kurang jam 4.30 petang.
  • Di Kajang, cuma ada ETS Gold sahaja. Kalau korang prefer ETS Platinum, kena ambil di KL Sentral. Tapi aku tengok masa perjalanan tak banyak beza pun.
  • Dalam ETS ni selain daripada tandas, ada disediakan kafe dan musolla.
  • Plug elektrik juga terdapat di bawah seat. Senang nak charge telefon atau laptop.
  • Kafe terletak di koc C. Boleh la kalau nak beli packed food dan minuman. Tapi jumlah agak limited terutama kalau tren penuh. Jenuh juga nak menunggu staf sediakan makanan.
  • So, aku suggest kalau korang malas nak menunggu makanan, boleh tapau makanan untuk mengalas perut seperti roti, onigiri dan seangkatan dengannya. Janji kenyang.
  • Perjalanan ke utara akan disajikan pemandangan yang menarik terutamanya di negeri Perak (Bagan Serai, Tasik Merah), Kedah dan Perlis.

SRT Train: Hatyai – Padang Besar

πŸ“https://bit.ly/2uCmwFi

  • Aku menaiki train ni semasa balik dari Hatyai ke Padang Besar. Masa pergi hari tu, tak sempat nak naik.
  • Tiket berharga 50 baht (RM6) sehala dan tempoh perjalanan lebih kurang 1 jam.
  • Tiket kena beli on the same day nak depart. Tak boleh advance booking.
  • Naik di Hatyai Junction (train station), kurang 10 minit berjalan kaki dari Variety Winner Hostel.
  • Servis train dari Hatyai ni cuma 2 kali sehari: 7.30 pagi dan 2.00 petang. Selebihnya boleh refer pada website yang aku letak di atas tu.
  • Di sekitar stesen ni terdapat orang menjual makanan/minuman. So, kalau korang nak beli makanan untuk mengalas perut pun boleh. Atau kalau ada masa, boleh je sarapan pagi dahulu di restoran halal di hadapan train station ni. Ada 2 restoran; Dapur Muslim dan lagi satu aku tak ingat nama. Menunya nasi dengan lauk-lauk.
  • Koc ni jenis kipas. Old school sikit la. Tapi tingkap boleh dibuka luas-luas. Merasa la kau kalau nak angin kuat menderu ke muka. Best juga bagi aku naik train ni. Ia akan melalui kawasan-kawasan kampung di selatan Thailand ni. So, boleh la tengok serba sedikit pemandangan. Train akan berhenti di Stesen KTM Padang Besar. So, sebelum exit, korang akan melalui imigresen Thailand dan Malaysia sebelum menunggu perjalanan seterusnya menaiki ETS.

Cara memasuki Hatyai dari Padang Besar

Memandangkan ni first time aku pergi ke Hatyai, aku memang blur. Tak sempat nak study apa sangat. So, apa yang aku buat, tanya orang sekeliling terutama bila exit dari station tu. Syukur urusan dipermudahkan. Ni yang aku kena buat untuk memasuki Hatyai:

  • Sampai di Padang Besar, naik tangga ke atas dan keluar. Around that area, ada individu yang boleh membantu untuk transfer korang ke Hatyai.
  • Sediakan pasport antarabangsa korang. Make sure masih valid.
  • Screenshot MySejahtera bahagian vaksin dan booster, scan QR code yang disediakan, isi dan upload screenshot MySejahtera tadi dan submit. Setelah berjaya, QR code akan diberikan. Screenshot QR tersebut bagi memudahkan untuk ditunjuk di imigresen nanti.
  • Isi juga borang putih yang diberikan.
  • Bayaran untuk seorang ke Hatyai dari Padang Besar ialah RM25 seorang (kongsi 4 orang satu van). Ada bayaran RM2 diberikan kepada driver semasa di imigresen nanti.
  • Perjalanan dari Imigresen Padang Besar ke central Hatyai lebih kurang 1 jam.
  • Driver akan hantarkan ke hotel yang korang stay. Just beritahu nama hotel dan kalau dia macam blur-blur ayam, tunjukkan alamat. Pandai la dia cari nanti. Kalau tak silap aku, hotel hanya di area central Hatyai. Kalau luar daripada tu aku tak sure. Kena tanya abang yang uruskan awal-awal kat Padang Besar tu. Kot la korang book hotel kat area Songkhla tepi laut sana kan. Jauh tu…

Nota: Untuk maklumat terkini cara kemasukan yang aku update pada November 2023, sila rujuk di sini.

Variety Winner Hotel @Hatyai Downtown

πŸ“https://bit.ly/3cOb5Uc

Variety Winner Hostel (VWH) ni bukanlah pilihan utama aku. Mula-mula aku nak book Lee Gardens Hotel tapi disebabkan aku book last minute, memang tak available la hotel tu. Walau bagaimanapun, VWH ni not bad juga. Sangat ekonomi dan aku pun sekadar nak tidur je. Most of the time, aku rasa aku akan berjalan ke sana sini. So, buat apa nak membazir duit kan? Ni aku senaraikan tentang VWH ni:

  • Aku stay di bilik 402. Harga small room ni sekitar RM70 lebih semalam dan boleh muat 2 orang.
  • Tiada breakfast disediakan.
  • Ada kemudahan lift, dobi, free WIFI, air-cond, kipas, mini fridge, TV dan hot shower.
  • Mineral water turut diberikan.
  • Bilik walaupun kecil tapi bersih dan selesa.
  • Air-cond dia bapak besau untuk bilik kecil tu. Memang sejuk. Tapi boleh tahan bising juga. Kalau korang tak kisah macam aku, okay je.
  • Room ni tiada view. Cuma ada ada window yang tak boleh dibuka (hanya untuk pengcahayaan).
  • Di lobi hostel ni ada money changer dan travel agent. So, kalau nak tukar duit atau nak book tour atau bas ke KL pun boleh.
  • Hostel terletak berhadapan dengan Lee Gardens Plaza. Ada night market di situ. So, senang nak mencari makanan halal atau nak membeli-belah.
  • Hostel ni juga terletak di lokasi yang strategik. Senang nak jalan kaki ke Kim Yong Market, Train Station, Kaitod Meena (ayam pulut famous) dan lain-lain.
  • Tuk-tuk pun bersepah kat area sini. Senang nak pi mana-mana.
  • Massage centre pun berlambak kat sini. Nak urut kaki/badan sangat senang dan murah pula tu.
  • Ada access card untuk keluar dan masuk sebab main entrance hanya dibuka pada 7 pagi sehingga 7 malam.

Money Changer & Simcard

  • Banyak money changer di kawasan Lee Gardens ni just in case korang nak tukar duit.
  • Boleh withdraw duit di ATM juga. 2 kali aku buat. Rate aku tak sure okay ke tak. Rate yang dikenakan 7.1: RM to baht dan servis charge RM22 per transaction. Just make sure korang activatekan dulu oversea withdrawal.
  • Simcard aku pinjam officemate aku punya sebab dia baru balik dari Bangkok sebelum ni. Tak ingat simcard apa tapi aku bayar 90 baht untuk data selama 5 hari. Cukup la untuk online dan update media sosial.

Aktiviti

Memandangkan ini ialah trip main terjah je, so aku takde plan sangat nak ke sana-sini. Yang ada dalam kepala, aku cuma nak pi cari makan je. Dan urut badan semestinya lah. So, ni aktiviti yang aku lakukan dan tempat yang aku pergi sepanjang 5 malam berada kat sini selain daripada tidur dan tengok rancangan TV Siam dalam bilik. Hahahaha…

Lee Gardens Night Market

πŸ“https://goo.gl/maps/A6ndvnPDdb2MkujA6

Terletak di hadapan VWH, so senang nak cari makanan halal kat sini kalau korang stay area ni dan malas nak pi jauh. Ada makanan panas/goreng, segala macam Thai salad seperti somtam dan lain-lain, coconut ice-cream, jus buah-buahan dan sebagainya. Selain tu, souvenir, pakaian, kraftangan dan lain-lain pun ada. Harga bagi aku berpatutan la. Area ni meriah terutamanya pada malam minggu – Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau weekdays tu kurang sikit gerainya. Dan kadang-kadang ada persembahan muzik/busking dan sebagainya.

ASEAN Night Bazaar

πŸ“https://goo.gl/maps/7AkMX5CjPd7irApBA

Di Hatyai ni banyak sangat night bazaar, tapi aku pergi yang satu ni je selain daripada Lee Gardens tu sebab aku rasa barang dan makanan yang dijual lebih kurang sama je. Bazaar ni ada 2 tingkat: bahagian bawah menjual pakaian, souvenir dan sebagainya manakala di bahagian atas menjual pelbagai makanan Thailand. Aku cuma try nasi daging bakar, udang dan beberapa jus buah-buahan. Tak larat perut nak sumbat banyak-banyak. Harga tuk-tuk dari Lee Gardens ke Asean Night Bazaar ni ialah 50 baht seorang. Maybe next time aku boleh pergi ke night market yang lain pula seperti Greenway dan sebagainya.

Kim Yong Market

πŸ“https://goo.gl/maps/Nm5Fk7FxCV8Aq42SA

Ia terletak kurang 10 minit berjalan kaki dari Lee Gardens. Meriah dengan pelbagai jenis produk pakaian, makanan, buah-buahan dan lain-lain. Apa yang aku rasa berbaloi beli kat sini? Kacang gajus dan kudap-kudapan untuk dibawa pulang. Gajus bagi aku agak murah. 320 baht sekilo. Murah la kot… kan? Snack berupa dehydrated vegetables pun menarik untuk dibeli. Next time kalau aku ke sini, aku akan beli lebih sikit sebab sedap dibuat kudap-kudapan. Selain tu, buah-buahan segar yang dijual di sini sangat menggiurkan especially anggur hijau! Nampak manis dan ranum sangat. Gerai ayam pulut Kaitod Meena juga terletak di kawasan ni.

Aku tak explore ke dalam sangat area pasar ni. Just cari barang di kedai-kedai berhadapan jalan besar je. Anyway, lokasi menarik kalau korang suka buat street/portrait photography. Banyak character yang menarik pada aku.

Khlong Hae Floating Market

πŸ“https://goo.gl/maps/8131jRah19sBT5Ex5

Floating Market ni dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja termasuk public holiday, bermula dari jam 1.00 petang sehingga 9.00 malam. Terletak lebih kurang 5 km dari Lee Gardens. Ambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke sini dengan menaiki tuk-tuk. Sebab aku pergi sorang, harga tuk-tuk lepas nego dengan driver berjumlah 150 baht. Ada 2 tempat menjual makanan kat sini. Satu di sampan-sampan tu dan satu lagi di bahagian atas yang berbumbung. Jenis makanan pula lebih kurang sama je bagi aku kat mana-mana night market atau street food di Hatyai ni. Dan mostly yang datang sini adalah pelancong terutamanya dari Malaysia, Indonesia dan sebagainya. Masa aku datang ke sini, DJ dia pun dok pasang lagu-lagu Kelantan! Hahahaha.

Floating marketnya takdelah sebesar Damnoen Saduak tapi okay lah untuk datang sekali, kira cukupkan syarat bila melancong ke Hatyai. Nak pergi lagi, bagi aku takde la kot sebab food sama je. Untuk buat portrait photography pun okay juga. Sebab makcik-makcik kat sini cukup bergaya dengan topi dan bunga-bunga di atas kepala.

Dimsum Chabura

πŸ“https://g.page/Chabura?share

Dimsum Chabura ni lokasi famous untuk bersarapan. Dibuka seawal jam 6 pagi. So, aku sarankan kalau korang nak breakfast kat sini, datanglah awal. Aku berkesempatan breakfast 2 kali kat sini sepanjang trip ni. Datang sekitar jam 7.00 lebih pagi. Kalau korang datang 8.00 pagi ke atas, merasa la nak kena beratur menunggu giliran masuk. Orang Malaysia sesaja yang makan kat sini. Pekerja kat sini pula sangat efisien dan peramah. Laju je diorang buat kerja.

Harga dimsum untuk saiz kecil ialah 15 baht manakala yang besar 20 baht. Macam-macam jenis dimsum ada. Turut dijual ialah pulut durian, mieng kham, halal Chinese chang (pulut berinti tu) dan sebagainya. Selain tu, terdapat banyak menu ala carte yang korang boleh order. Antaranya padthai, bubur dan segala macam menu masakan Thailand. Favorite aku kat sini? Salted-egg pau. Entah la.. aku rasa sedap sangat sampai aku tapau bawa balik makan kat hotel.

Pulut Ayam Kaitod Meena, Kaitod Sofeeya & Kaitod Decha

πŸ“Kaitod Meena

πŸ“Kaitod Sofeeya

πŸ“Kaitod Decha

Ayam pulut ni memang misi aku sebelum sampai ke sini. Ni semua gara-gara melihat video Youtuber Mark Weins yang dok review the best ayam goreng kat Hatyai. So, kedua-dua gerai ni memang aku cari.

Kaitod Meena terletak di tepi jalan di kawasan Kim Yong Market manakala Kaitod Sofeeya terletak berhampiran dengan Kaitod Decha yang famous di kalangan Malaysians. Aku tak dan nak try Kaitod Decha lagi. Lagipun Mark Weins tak review.. so maybe next time lah. But ada yang cakap tomyam kat sini sedap. Next trip la aku try.

Kalau korang tanya aku antara Meena dan Sofeeya.. aku prefer Meena kot. Entah.. aku rasa extra sedap sikit. Lagi best sebab ayamnya digoreng panas-panas, makan dengan nasi pulut yang diletakkan dengan bawang goreng yang rangup. Simple tapi memang sedap. Kalau dine in kat Meena tu korang boleh makan sekali dengan acar yang disediakan atas meja. Selain nasi pulut, korang juga boleh order dengan nasi komok iaitu nasi beriani versi Thailand.

Kat Kaitod Meena korang boleh dine in tapi make sure kalau ada seat kosong dan ko datang sorang, maybe boleh letak beg untuk tandakan yang seat tu berpenghuni. Jangan jadi macam aku, dah lama beratur dan menunggu, bila previous customer dah settle makan dan time tu aku tengah order makanan, tetiba datang 4 ekor makcik, terus duduk. Bila aku nak duduk, selamba cakap β€œOh.. there are 4 of us..” Kimekk tul perangai. Terpaksalah aku pi kat akak yang jual tu, suruh dia bungkuskan. Pastu dia siap usha-usha makcik tu seolah-olah memahami perasaan aku. Ha gituu.. Hahahaha. Sampai sekarang aku tak leh move on bila ingatkan perangai diorang!

Anyway, kat Kaitod Sofeeya tu takleh dine in. Cuma boleh tapau sahaja. Harga untuk pulut dengan ayam goreng seketul tu kalau tak silap aku 70 baht.

Khaled Restaurant

πŸ“https://goo.gl/maps/8e5YTgUJM8NYGUh67

Aku terjumpa restoran ni masa Google nak breakfast kat mana. Tak jauh pun dari Lee Gardens. Dalam 5-6 minit jalan kaki. Kalau korang nak breakfast roti canai, nasi kerabu, laksam dan sebagainya, bolehlah ke sini. Nasi dengan lauk-pauk pun ada. Orang Siam memang heavy breakfast kot. Lauk khengsom dia pun sedap. Aku try masa lunch. Masakan panas/goreng pun boleh tahan rasanya. Cuma bagi aku portion kailan ikan masin yang aku order untuk sorang makan masa dinner tu agak ciput. Other than that, okay la kot.

Restoran ni terletak di kawasan Street Art. So, kalau korang rajin, maybe boleh explore lebih this area. Aku jumpa few je street art kat sini. Lepas tu, aku terus merayap ke Kim Yong Market.

Foot & Body Massage

Hatyai ialah HEAVENNNNNN untuk aku ya sebab aku memang suka foot dan body massage! Selalunya kalau aku pi massage kat Cyberjaya ni, harganya ialah RM60/1 jam untuk urut kaki dan RM100/1 jam untuk body massage. Kat sini, harganya ialah 200 baht/1 jam untuk body atau foot massage. Kalau ko nak dengan herba oil, 400 baht/1 jam. Gila tak murah. 200 baht tu macam RM25 lebih kurang. Ko bagi tips kat diorang pun still murah lagi. Memang la heaven! Kadang-kadang sampai 2 kali aku urut dalam sehari. Hahaha.. Aku pi dekat depan Lee Gardens ni je sebab banyak sangat pusat urut sekitar ni. Bila petang dan malam je memang penuh. Anyway, bagi lelaki, korang boleh request untuk diurut oleh lelaki. Memang takde la aku nak suruh pompuan urutkan!

Antara banyak-banyak tempat yang aku try, the best bagi aku ialah Michael Massage. Ni yang lelaki la urut aku. Kalau messeur pompuan dia aku tak sure.

πŸ“https://goo.gl/maps/dfxWG48C8UAnY5RY7

Bro yang urut aku tu tak ingat la nama dia tapi memang mantap dia urut. Kaki, belakang, pinggang semua lega dibuatnya. Pressure pun bagus. Dalam erti kata lain, dia tahu apa yang dia buat. Ownernya, Michael ni Sarawakian. Kawin dengan orang sini. Sangat peramah. Next trip, aku akan pi sini lagi. Oh, by the way, gambar kat bawah ni bukan kat Michael. Tapi di Pailin, sederet dengan Variety Winner Hostel ni. Dia pun urut kaki/badan bagus juga.

Thanyada Village Souvenir Shop

πŸ“https://goo.gl/maps/HjGmmDbp973uqpEx8

Kedai souvenirs ni aku jumpa semasa on the way nak pergi ke Khaled Restaurant. Menarik juga barang-barang yang dijual. So, mostly souvenirs aku beli kat sini iaitu t-shirt, bag dan postcards. Postcard benda wajib aku beli kalau travel ke mana-mana. So far memang tak jumpa kat kedai-kedai tepi jalan yang jual postcard. Maybe ada tapi aku memang tak jumpa. Tanya-tanya kat kedai pun depa takde jual.

T-shirtnya pun kualiti okay. Harga bermula 150 baht mengikut saiz. Selesa dipakai. Depan kedai ni ada cafe. So, kalau korang nak mengisi perut, boleh lepak kat sini. Post box pun disediakan . Mana tahu korang nak pos postcard ke kawan-kawan macam aku buat… boleh beli stamp kat kedai ni, tulis postcard sambil minum kopi. Dah siap tulis, terus masuk dalam post box tu. Harga stamp untuk penghantaran poskad alamat Malaysia ialah 35-40 baht. Agak mahal juga eh? Aku ingat bila convert like berapa sen je. Hahaha.

Jalan-Jalan @Padang Besar

πŸ“Wang Kelian View Point

πŸ“Gua Kelam, Taman Rekreasi Gua Kelam

πŸ“Tasik Timah Tasoh

πŸ“Restoren Tok Mek

Memandangkan train balik ke Kajang pada jam 3.50 petang, aku ada masa lebih kurang 6 jam di Padang Besar. So, takkan la nak dok melepek kat station je kan? So, aku plan macam nak ambil Grab atau kereta sewa pergi ke Gua Kelam atau mana-mana lah yang aku boleh lepak. Ada juga terfikir nak check-in mana-mana berdekatan untuk melelapkan mata tapi macam tak best la pulak. Makanya, aku ambil keputusan untuk pergi ke satu destinasi je iaitu Gua Kelam.

Tapi bila berborak dengan Abang Feruz, driver tu, dia kata dia boleh bawa pusing sekitar Padang Besar dengan bayaran RM80. So, why not la kan? Maka, jadilah trip tak dirancang aku ke sekitar Padang Besar ni. Destinasi yang dibawanya ialah Wang Kelian, Gua Kelam, Tasik Timah Tasoh dan lunch di Restoren Tok Mek sebelum balik ke train station. Okay lah, at least dapat juga melihat pemandangan negeri Perlis terutamanya Wang Kelian tu. Memang breath-taking sangat pemandangannya. Insyallah, kalau ada rezeki aku nak repeat balik ke sini sebab masa aku datang sini, ya ampun cuaca memang panas terik!

Dan, kalau korang nak contact nombor Abang Feruz tu untuk melawat di sekitar Perlis, boleh DM aku kat Instagram. Aku tak nak la share nombor dia kat public camni. Dia peramah orangnya. Banyak juga aku berborak dengan dia.

Demikianlah, serba sedikit perkongsian aku untuk trip kali ini. Untuk anggaran budget dan cadangan itinerary, korang boleh refer post di bawah ni:

Check out trip Lombok aku pada awal November 2023 yang lepas. Trip 3 hari 2 malam je sempena birthday Umi aku. Detail budget aku share dalam tu.

Oh! Jangan lupa singgah di perkongsian terbaru aku ke Sapa pada penghujung September 2023 yang lepas. Aku ada share detail itinerary dan budget juga di dalam tu.

Till then. See you soon! By the way, feel free untuk baca dan tengok vlog aku di Hanoi, Vietnam ni juga!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.