Sharing is caring

Day 6: Venice – Verona – Milan

Ya Allah, sekejapnya dah masuk hari ke-6! Cepat betul masa berlalu. Haizzz… Bila dah 2 malam di Venice, pagi ni lepas je breakfast pada jam 7.30 pagi, kami terus checkout. Tepat jam 8.00 pagi, kami bertolak ke Verona. Perjalanan adalah sejauh 120 km dan mengambil masa hampir 2 jam.

Torre dei Lamberti, a medievel bell tower near Piazza dei Signori.

Verona ialah sebuah kota lama. Ia terkenal lebih-lebih lagi apabila disebut di dalam cerita “Romeo & Juliet” karya William Shakespeare. Dan di kota lama ni juga masih terdapat rumah Juliet yang famous tu. Nanti aku ceritakan.

Kami sampai di Verona sekitar jam 10.00 pagi. Bas berhenti di hadapan Cimitero Monumentale dan dari situ kami berjalan menyusuri deretan pokok-pokok tirus sebelum melalui jambatan Ponte Aleardi yang menyeberangi Adige River.

Ponte Aleardi menyeberangi Adige River di Verona.

Di hadapan Ponte Aleardi ni, kami berjalan terus melewati city wall yang dibina sejak zaman empayar Rome. Di hadapan wall ni, terdapat deretan pokok yang telah bertukar warna dengan daun-daun yang berguguran. Menandakan telah masuk ke musim luruh.

City wall yang terdapat di Verona.

Dari sini, kami menuju ke Piazza Bra, sebuah dataran yang terbesar di Verona dan mungkin yang terbesar di Italy. Kat sini terdapat Arena di Verona, sebuah amphitheatre mirip Colosseum di Rome. Ia dibina oleh kerajaan Rome kira-kira 2000 tahun dahulu. Asalnya bangunan ni mempunyai ring setinggi 3 tingkat tetapi musnah disebabkan oleh gempa bumi. Sekarang ni tinggal hanya sebahagian je ring tu yang boleh dilihat sampai sekarang. Arena ni mempunyai sistem akustik yang baik. So, sekarang ia digunakan untuk opera concert setiap kali musim panas. Half of this Arena digunakan untuk stage. Jadi, sesiapa yang datang Verona time summer, bolehlah try tengok live concert kat sini.

Di hadapan Arena di Verona.

Di sekeliling Piazza Bra ni juga terdapat banyak bangunan lama antaranya Gran Guardia dan Barbieri Palace, iaitu sebuah istana dengan style Neoclassical yang kini berfungsi sebagai town hall. Selain tu, terdapat banyak deretan restoran di sini.

Di sekitar Piazza Bra.

Selepas puas melihat Arena, kami melalui lorong Via Giuseppe Mazzini yang di kiri-kanannya adalah deretan butik-butik pakaian, beg dan pelbagai barangan mewah yang lain. Macam-macam jenama ada. Sampai di penghujung lorong ni, memasuki Via Cappello, di sebelah kirinya terdapat Piazza Delle Erbe, sebuah dataran yang dipenuhi dengan gerai-gerai menjual cenderahati, buah-buahan, sayuran dan macam-macam lagi. It’s a day market lah basically. But, kami tak ke sana dulu. Kami menuju ke kanan dahulu untuk ke sebuah rumah yang terkenal iaitu milik keluarga Juliet.

Deretan kedai-kedai dan butik pakaian.

Juliet’s House atau dalam bahasa Italy Casa di Giulietta ni terletak Via Cappello. Walaupun watak Juliet ni adalah rekaan William Shakespeare, tapi masyarakat tempatan yakin ia adalah berdasarkan dari kisah benar keluarga Dal Capello, pemilik asal rumah ni. Kerajaan Verona membeli rumah ni daripada mereka untuk dijadikan tarikan pelancong. Ramai pengunjung yang datang ke sini terutamanya yang bercinta, meluahkan cinta mereka dalam sekeping kertas dan menyelitkannya di dalam wall kat sini. Tengok tak movie “Letters to Juliet”? Ha.. camtu la. Aku pun tertarik dengan Verona ni pun selepas melihat movie tu. Dan ada lagi satu yang agak menarik, pengunjung wanita especially yang single selalunya akan keluar ke balkoni tu untuk melihat kot-kot ternampak cinta hati mereka di kalangan pengunjung kat bawah balkoni. Macam-macam! Hahahahaha..

Di pintu masuk Casa di Giulietta.
Love notes!

Kat Juliet’s House ni juga terdapat statue Juliet. Katanya siapa yang sentuh patung ni akan dapat good luck dalam percintaan mereka. And the best part is, patung ni asalnya bronze.. tapi cuma satu part je yang cerah disebabkan terlalu banyak disentuh. Korang agak part mana tu? Hahahah.. Tengok gambar je kat bawah tu. Hahaha. Anyway, ramai betul pengunjung yang datang ke sini. Nak ambil gambar dengan Juliet tu pun ambil masa gak.

Ambil berkat! Hahahaha.
Bahana tengok “Letters of Juliet” ni la aku tertarik dengan Verona.

So, bila dah melawat Juliet’s House ni, kami ke Piazza dei Signori, sebuah lagi dataran yang terdapat sebuah statue Dante Alighieri, seorang penyair Italy terkenal yang banyak menghabiskan masanya di Verona.

Statue Dante di Piazza dei Signori.

Dari sini, kami kembali semula ke Piazza Delle Erbe, day market yang aku ceritakan tadi. Kat sini aku beli sedikit souvenirs untuk dibawa pulang. Lama juga lepak kat sini sementara menunggu Erol tapau Doner Kebab berhampiran dengan market ni. Kebab di terletak di Via Pellicciai, lorong di hadapan Piazza Delle Erbe. Tapi punyalah lama nak menunggu derang siapkan kebab ni. Yang bekerjanya cuma dua orang. Lepas tu, queuenya bukan main panjang lagi. Menunggu nak sampai ke turn kita lebih 30 minit! Nak tak nak terpaksa tunggu juga la sebab yang ni je yang diyakini halal untuk dimakan.

Market di Piazza Delle Erbe.
Berzaman nak menunggu turn!

Siap je dibungkus kebab tu, kami terus berjalan pulang menuju ke bas untuk destinasi berikutnya iaitu Milan. Kami bergerak ke Milan dari Verona sekitar jam 1.30 petang. Perjalanan sejauh 167 km mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dan lebih kurang jam 3.30 petang kami sampai di Milan untuk aktiviti berikutnya iaitu Milan City Tour. City tour ni half day je sebab esok kami ada masa lagi untuk ke sini. Bas berhentikan kami di Piazza Castello, berhampiran dengan Sforzesco Castle. Makanya destinasi pertama kami sudah tentulah Sforzesco Castle ni.

Sforza Castle main entrance.

Sforzesco Castle atau Sforza Castle ni adalah istana yang dibina pada kurun ke-15 oleh by Francesco Sforza, Duke of Milan. Sekarang ni ia adalah muzium dan menempatkan banyak himpunan koleksi seni yang tak ternilai harganya. Luas kawasan istana ni. Aku takdan nak pusing semua. Di dalamnya pun ada gallery but kami tak masuk pun.

Di dalam kawasan castle.

Di luar kawasan istana dan di hadapan gerbang masuknya terdapat sebuah pancuran air, port melepak pengunjung dan warga kota ni. Selain tu terdapat juga peniaga warga asing (Bangla juga aku rasa) yang menjual selfie stick serta warga Afrika yang menjual gelang dan lain-lain.

Fountain di hadapan Sforza Castle.

Dari pancuran air ni, kami jalan straight menuju ke Milan cathedral melintasi tugu Largo Cairoli, melalui Via Dante dan Via dei Mercante.

Di bandaraya Milan ni sistem jalanrayanya agak berselirat. Ditambah pula dengan jumlah pengunjung dan warga kota yang ramai.. tambah berserabut la. Dan kat sini juga terdapat tram, so kena berhati-hatilah ketika melintas jalan.

Milan.

**Tips: Sepanjang jalan menuju ke Duomo di Milano ni, terdapat banyak warga Afrika yang menjual gelang ala-ala Afrika. Memula tu caranya macam bagi percuma. JANGAN TERPEDAYA! Dia pasangkan kau siap-siap.. lepas tu minta derma dari kau! Hahaha.. aku terkena sebab beriya cakap a gift from Afrika.. “Hakuna matata, my brother..” Hakuna matata abah kau! Aku bagi €2 je. Memang dah agak pun kena bayar sebab modus operandinya sama je kat Italy ni. So, kalau dia offer tu jangan la cepat terima. Kena kat si Erol, Afrika tu letak kat lengan, dia pi campaknya ke lantai. Hahaha.. Nasib baik mamat Afrika tu tak mengamuk. Sama juga dekat depan cathedral tu yang banyak burung merpati. If tetiba ada mamat dari celah mana datang offer ko dedak ke apa ntah untuk diberi pada burung-burung tu so that merpati mengerumun ko dah boleh snap gambar, elakkan! Malaun tu bila dah bagi bijirin seciput tu, nanti bila ko dah happy-happy snap pic tetiba dia minta bayaran. Ada yang berani minta sampai €10! Gila apa. Erol dah terkena but dia bagi saki-baki coin €1 je. Jadah nak mintak banyak-banyak. Bukan burung merpati diorang pun. So, kalau nak sangat bergambar tu, bawak je saki-baki biscotti (biskut) yang ko pau dari hotel tu. Free je, takyah kena bayar pun. Ingat ya. Jangan tertipu dengan diorang ni.

Tu dia… hakuna matata tengah menjalankan operasi.

Anyway, di sepanjang jalan ni penuh kedai kedai pakaian, cafe, gelato dan macam-macam lagi. Ada juga satu dua gerai menjual souvenirs tapi mahal gila la banding dengan Rome tu. Satu fride magnet kat sini berharga €5 berbanding €1 kat Rome. Lima kali ganda. If convert seketul jadi lebih kurang RM25.00! So, kalau nak beli tu, better beli kat Rome (if korang ke sini la).

Sampai di Piazza del Duomo, mata tertumpu pada Duomo di Milano atau Milan Cathedral, gereja yang terkenal kat Milan ni. Ia adalah ke-5 terbesar di dunia dan ke-2 terbesar di Italy. Uniknya cathedral ni adalah ia menampilkan senibina gaya Italian Gothic dan mengambil masa selama hampir 600 tahun untuk siap sepenuhnya! Gila lama.

Duomo di Milano.

Aku malas nak bercerita panjang mengenai gereja ni. Korang boleh baca sendiri kat link Wikipedia yang aku dah letak tu. So, macam aku bagitau tadi, hati-hati bila berada di piazza ni. Jangan terpedaya dengan mamat-mamat merpati ittewwww.. Hahaha.

Di dataran ni juga terdapat statue yang digelar Monumento Equestre a Vittorio Emanuele II. Ini adalah statue raja pertama united Italy yang memerintah dari tahun 1861 sehingga kematiannya pada tahun 1878.

Monumento Equestre a Vittorio Emanuele II.

Di sebelah kiri Piazza del Duomo ni terdapat sebuah gerbang besar yang di dalamnya menempat pusat membeli-belah Galleria atau nama panjangnya Galleria Vittorio Emanuele II. Ia merupakan salah sebuah gedung membeli-belah yang tertua di dunia, dibina di antara tahun 1865-1877. Selain tempat shopping, terdapat banyak juga restoran kat sini. Dan juga hotel. Kami tak masuk pun sampai ke dalam. Sekadar mengambil gambar di main entrance ni. Tak berani nak usha barang-barang di dalam ni. Hahahaha.

Galleria.

Selesai melawat kawasan Piazza del Duomo ni, sekitar jam 5.00 petang, kami berjalan semula ke Sforzesco Castle untuk menaiki bas pergi ke hotel. Tetapi sebelum tu. seperti biasa singgah di restoran untuk dinner siap-siap. Istimewa sikit kat Milan ni, dinner kami di restoran Al Galileo dengan menu makanan Italy. So, no more kari-kari dan seangkatan dengannya. Hahaha.

Pizza time!

Menu kami malam ni adalah penne, grilled chicken and chips serta pizza. Walaupun tak pedas langsung, tapi at least lain daripada menu kebiasaan pun dah cukup baik. Restoran Al Galileo ni pemiliknya Egyptian Arab. So no worries lah tentang tahap kehalalannya.

Grilled chicken & chips.

So lepas dinner, kami terus balik ke hotel. Di Milan ni, kami stay di Ecohotel, Ospedaletto Lodigiano yang terletak lebih kurang 52 km dari pusat bandaraya. Around 45 minutes nak sampai sini dari bandaraya Milan. Memang terceruk la. Takde apa pun kat area ni. But bila ko dah sampai malam tu, nak keluar pun dah tak larat. But one thing bagus bilik hotel kat sini, ia spacious, cosy dan menarik. So far stay kat Italy ni, aku rasa bilik hotel ni yang paling best.

Our room in Ecohotel Milan.

Jadinya, kami stay di sini selama 2 malam sebelum pulang ke Malaysia 2 hari lagi. Ya ampun… cepatnya masa berlalu! So sampai hotel, dengan tak mandinya.. letak kepala terus blackout!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.