Sharing is caring

Day 7: Milan – Lake Como

Hari ni adalah 2nd last day kami di bumi Italy. Sedih plak rasa bila memikirkan nak kena balik dan menghadap kembali kerja-kerja! Haizzzzz… Anyway, hari ni itinerary kami adalah pergi ke Como, Foxtown Factory Stores, Lake Como dan bandaraya Milan sekali lagi.

So, lepas breakfast pada jam 7.00 pagi, sejam selepas tu kami bergerak menuju ke Como untuk ke Foxtown Factory Stores. Kaedahnya macam JPO kat Johor tu lah. Katanya branded items kat sini dijual dengan harga lebih murah.

Foxtown Factory Stores.

Sepatutnya sebelum sampai di Foxtown kami singgah di Lake Como dahulu untuk photo stop. But sedikit miscommunication dengan our driver, makanya kami sampai di Foxtown dulu pada jam 10.30 pagi. Kena pula menunggu lagi setengah jam sebab outlet tu buka pada jam 11.00 pagi. Sedikit pembaziran masa di situ.

Sementara nak tunggu buka, posing kat parking pun boley.

Anyway, Foxtown ni terletak di dalam negara Switzerland. Berhampiran border Italy-Switzerland. So, secara tak langsung aku dah pernah jejak ke Swiss lah! Sepanjang perjalanan kat Como ni mata memang disajikan dengan pemandangan yang menarik. Dengan gunung-ganang yang dilitupi salji bagai. So kalau orang kata Swiss ni cantik, memang betul la tu. Pagi tu masa nak ke Foxtown, cuaca memang cantik dengan langit yang membiru. If onlylah kami singgah ke Lake Como pagi ni, sure gambar menarik. Sebab bila kami singgah Lake Como tu selepas melawat Foxtown, cuaca dah abit mendung dan tak berapa menarik.

So, berbalik pada Foxtown tadi, bila tepat jam 11.00 pagi outlet ni buka, kami pun menyerbulah masuk. Takde plan nak shopping apa pun. But if terjumpa baju-baju yang menarik dan harganya okay, nak juga la membeli. Memang kat sini penuh dengan jenama-jenama yang mewah seperti Gucci, Armani, Burberry, Prada dan banyak lagi. Tapi bila pusing-pusing tengok pada harganya… ermmm… dengan design yang simple camtu nak membayar harga sebanyak tu aku rasa macam tak worth je. Bayar semata-mata untuk brand. I don’t know. Maybe aku bukan brand-freak kot. Tak kisah sangat pasal jenama-jenama ni. Lagipun aku bukan banyak duit sangat. So tengok je la kan. Memang kami takde shopping baju apa pun. Cuma yang menarik perhatian kami ialah perfume-perfume kat sini. Bila calculate memang murah berbanding kat Malaysia. Jadinya, instead of beli baju-baju, kami shopping perfume je. Antara pilihan kami adalah Versace, Issey Miyake, Burberry dan Bvlgari. Total untuk 7 botol perfume tu dalam €205 (lebih kurang RM1025.00). Bila aku check balik perfume kat Airport Abu Dhabi, harganya memang jauh beza lebih mahal banding kat Foxtown ni. So, kira berbaloi la kami beli kan.

Image source: http://www.admitoneitaly.com/2368/fox-town-outlet-shopping-tour.jpg

Dah bosan pusing kat outlet ni, kami melepak seketika membedal gelato. Try je la sebab orang kata Italy ni terkenal dengan gelatonya. Untuk 2 scoop gelato berharga €5 (+RM25.00). Nak try punya pasal kan.

Gelato! Yummy…

Kami di Foxtown ni selama 2 jam. So, around 1.15 tengahari tu kami bertolak pulang ke Milan. But on the way tu kami singgah di Lake Como. Kami tiba di Lake Como around 1.45 petang. Like I mentioned earlier, kalaulah datang sini pagi tadi sure cantik pemandangannya. But masa kami sampai ni cuacanya abit mendung. So bila ambil gambar takde lah secantik mana. But still viewnya sangat menarik dan tenang. If only boleh spend lama sikit kat sini sure best.

Nikmatnya menyedut udara tanpa jerebu.

Lake Como ni memang terkenal dengan pemandangan yang indah. Berlatar-belakangkan gunung-ganang, tasik yang luas serta rumah-rumah mewah di kaki gunung, view kat sini memang memukau mata yang memandang. George Clooney pun ada rumah kat sini ya.

Pemandangan Lake Como dari area Tempio Voltiano.

Lagi satu yang aku terkilan, kalaulah ada photo stop di tepi highway di atas gunung yang boleh melihat Lake Como ni secara keseluruhan, mesti best. Sebab bila tengok dari bawah ni, tak sama dengan view dari atas highway semasa on the way ke Foxtown tu. Aku nak snap pun tak sempat masa atas bas tu. Serious view dia memang superb. Teringat pula masa pergi New Zealand. Sepanjang perjalanan tu, bila ada view yang cantik je, kat tepi-tepi jalan sure ada area untuk photo stop supaya pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan.

Anyway, kami di Lake Como ni tak lama. Lebih kurang setengah jam je. So, sempat la merakam serba sedikit scenery di sekitar tasik ni. Takdan nak explore lebih-lebih sebab kena bergegas balik ke Milan pula. Sekitar jam 2.15 petang, kami pulang ke Milan dan sampai di sana lebih kurang jam 4.10 petang.

Lepak sekejap je kat Lake Como ni.

Sampai di Milan, bas berhentikan kami di tempat yang sama seperti semalam, di Sforza Castle. Kami ada lebih kurang 2 jam je untuk explore semula bandaraya ni. Tak pergi ke mana pun. Repeat pergi area semalam di Piazza Duomo. Just snap few more pics memandangkan semalam tak sempat nak berpose bagai. Memang tak shopping apa pun sebab lalu-lalu kedai kat sini takde satu pun yang menarik hati untuk di singgah.

Via dei Mercante.

After 2 hours merambu di kota Milan ni melihat ragam penghuni dan pengunjungnya, kami pun bergerak pulang. Seperti semalam sebelum balik ke hotel, singgah dinner di Al Galileo lagi. Sampai di hotel sekitar jam 6.30 petang. Menu hari ni pula berbeza daripada semalam. Kali ni kami dihidangkan dengan vegetable soup (lebih kepada kuah dalca aku rasa), risotto dan chicken chop. Boleh la… janji kenyang. Hahaha. Walaupun tekak dah menjerit minta makanan pedas.

Bye bye Milan!

Selesai makan, kami terus pulang ke hotel. Malam ni dah ke pack siap-siap sebab esok pada jam 6.00 pagi kami dah kena bergerak ke airport. Ya Allah, sedihnya rasa bila memikirkan percutian dah nak habis. Tapi bila sampai bilik aku tak kemas pun. Landing atas katil.. terus berdengkur. Erol je la yang mengemas barang-barang dia. Aku dah tak larat. Esok je la aku kemas…


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.