Sharing is caring

Last day in Italy! Pakcik dah mula stress sebab dah nak kena balik dan menghadapi reality kehidupan yang sebenar… warghhhhh!!! So, memandangkan semalam aku dah terbongkang awal, so aku bangun around 4.30 pagi untuk kemas barang-barang. Takde nak kemas apa pun sebenarnya sebab kami bukan shopping sakan. Setakat beli perfumes dengan souvenirs yang nan hado tu.. apalah sangat yang nak dikemas.

Dan sekitar jam 6.00 pagi kami dah checkout. Breakfast hotel dah pack siap-siap. Bolehlah makan di dalam bas. Cuaca pula punyalah sejuk. Menggigil-gigil aku dibuatnya. Sekitar jam 6.30 pagi, kami pun bergerak menuju ke Milano Malpensa Airport. Perjalanan dari Ecohotel ni nak ke airport mengambil masa sejam lebih dengan jarak 103 km. Kami sampai di airport lebih kurang 7.45 pagi. Around 9.00 pagi tu, bila counter Etihad buka je, kami terus checkin siap-siap. Selesai urusan check-in semua, lepak sat kat situ sementara menunggu flite kami ke Abu Dhabi pada jam 11.00 pagi.

Day 8: Milan – Abu Dhabi

Milano Malpensa Airport.

Dan selepas 6 jam 50 minit perjalanan, kami pun sampai di Abu Dhabi pada jam 7.30 malam. Nak menunggu flite balik ke Kuala Lumpur, terpaksalah kami mereput di airport selama 7 jam!

Somewhere in Yemen.
And somewhere near Abu Dhabi.

Day 9: Abu Dhabi – Kuala Lumpur

Flight kami ke Kuala Lumpur adalah pada jam 2.35 pagi. Jadi, 7 jam lah kami terpaksa tunggu di Airport Abu Dhabi ni. Takde apa nak dibuat pun. Just pusing-pusing usha souvenirs dan dinner kat sini. Tekak dah gian sangat nak makan makanan pedas. So, aku pergi ke foodcourt membeli meehoon goreng (soohoon actually) dengan chilli chicken. Janji pedas sikit jadilah. Erol just order Burger King je since perutnya buat hal.

Selebihnya, kami duduk melepak kat waiting area dan tidur di situ. Aku siap berbongkang kat lantai lagi. Lantak la kan. Takde siapa pun peduli. Nak tidur kat kerusi buat sakit badan je. Lepas aku tidur kejap, then turn Erol plak yang tidur. Ambil giliran kaedahnya. Hahaha.

Tepat jam 2.35 pagi, maka pulanglah kami ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami selamat sampai di Kuala Lumpur keesokkan harinya pada jam 1.30 tengahari. Yang tak bestnya, masuk je ruang udara KLIA, terus kelabu asap tak nampak apa. Kot la berkabus sejuk macam kat Florence best la jugak. Tabahlah nak.. terima hakikat ko dah berada di tanahair tercinta! Hahaha..

Maka begitulah serba sedikit yang dapat aku kongsikan tentang pengalaman aku melawat bumi Italy tu. Insyallah, ada rezeki aku memang nak repeat lagi.

Verona, Italy

By the way, trip aku ke Italy ni adalah group trip dari travel agent. Memandangkan aku malas nak pening kepala memikirkan kos, itinerary, transportation semua, maka aku rasa guna travel agent lagi senang. Just bayar dan semua diorang uruskan. Lagi nak ke tempat yang jauh-jauh ni. Aku takdan nak study apa yang patut. Kalau dalam Asia ni boleh la lagi nak pergi sendiri. Macam South Korea tu.. celah gigi je.. Hahaha.

Anyway, travel agent yang aku gunakan ialah Amar Travel & Tours. Kalau korang nak dapatkan butiran lanjut mengenai pakej pelancongan, boleh rujuk laman web ni. Fun2Holiday.com.

Alhamdulillah, so far aku berpuas hati dengan servis mereka. Dari segi penginapan, makanan dan sebagainya. Tour leadernya, Puan Hamidah memang the best! Sangat prihatin dan menjaga ahli kumpulan dengan baik. In fact, sebelum pergi ke Italy lagi, dia dah jemput kami yang pergi ni ke rumahnya untuk briefing dan beramah-mesra. Ye lah nak pergi satu group selama beberapa hari. Kalau tak kenal nanti susah juga nak berjalan. Dan Alhamdulillah semua yang pergi baik-baik, peramah belaka. Ada family yang buat business, professor, doktor dan lain-lain dan mereka very friendly dan macam satu keluarga. Walaupun most of the time aku dengan Erol buat hal sendiri je, but bila sesekali berborak masa dalam bas dan time makan, seronok rasanya. They’re so funny dan kita boleh berkongi banyak benda especially bab-bab travel ni sebab yang pergi ni rata-rata adalah kaki travel. Kiranya aku dapat kenalan yang baru lah kan.

With all of them pada hari pertama di Colosseum, Rome.
Yang pegang flag tu our tour leader, Kak Midah. She’s the best!
Them at Lake Como.
Gondola ride with Kak Ruby & hubby.
Erol with Kak Norredah and Kak Ayob (itu nama bapa dia daaa..)
Kak Nolly, she’s a joker!!! Hahaha.
With Isabell, our tour guide di Verona.
Abang Brahem, tour guide kami di Florence.. (aku tak ingat nama dia hawau..)

But apapun berkenaan pergi bercuti menggunakan travel agent ni, korang kena bersedia dengan beberapa perkara la. Antaranya:

  • Masa: Memandangkan banyak tempat yang nak dituju, kebanyakan masa yang diperuntukkan pada setiap destinasi adalah terhad. Paling lama pun dalam 4-5 jam. But kebanyakannya dalam 1-2 jam sahaja. Memang tak cukup, lagilah kalau nak explore bandar besar like Milan atau Florence. So, kepada yang kaki bergambar tu.. bertabahlah ya dengan adegan terkejar-kejar.
  • Makanan: Since makanan yang diyakini halal kat sini kebanyakannya jenis restoran makanan India, so terima je la apa yang terhidang. Macam aku jenis tak cerewet. So aku okay je. Cuma next time kalau pergi kena bawa chilli flakes atau Ajishio Black Pepper tu baru ngam. Some of group members ni siap bawa cooker, beras bagai masak dalam hotel. So, kalau korang jenis kena makan nasi, boleh la bawa. Aku ada gak bawa granola bar Nature Valley dengan 3-in-1 milo… haram tak habis. Siap bawa balik semula ke KL. Yang licin cuma TC Boy Tuna Chilli tu je. Almaklum pedas.. sedap dimakan dengan roti dan cheese!
  • Hotel: Lazimnya kedudukan hotel agak terceruk dan di luar pusat bandar. Sebab hotel lokasi camni mungkin lebih murah harganya berbanding dengan hotel dalam kawasan bandar. Masa sebelum pergi aku ada Google juga kedudukan hotel dan bandar. Ingat malam bila dah takde apa nak la merayap keluar untuk membuat night photography especially masa kat Rome dan Florence. But bila tengok lokasi hotel sikit punya jauh.. terus cam down. Hahaha. Nak naik cab.. try Google sekali tengok harga dia.. terus terkedu. Kiranya kalau ko dah sampai hotel memang takkan keluar ke mana lah malam tu.

Other than that, I have no complaint. Nak complaint pasal cuaca memang tak boleh la kan. Tak pepasal ko kena panah petir nanti. Cumanya next time kalau aku nak datang Italy ni, aku akan pastikan aku ada masa at least 2 hari untuk explore satu-satu bandar. Sehari tak cukup apa lagi setakat sejam dua. Dan maybe ambil hotel dalam area bandar so ko boleh merayap anytime je kan. Dunno la..berangan je dulu. But for sure, if ada rezeki memang aku nak repeat Italy trip ni. Insyallah!

With them on our first day in Vatican City, Italy

Apapun, Alhamdulillah kerana impian aku sejak 3 tahun yang lepas dah menjadi kenyataan. 🙂

Terima kasih kerana sudi membaca. Dan kepada ahli group Italy Tour, thank you so much for the experience. I might not remember your name (aku memang sejak azali lembab dan ambil masa nak ingat nama orang), but trust me I’ll remember each one of you. Dan kalau ada rezeki, kita berjumpa di trip akan datang.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.