Sharing is caring

Wowww!!! Bersawang betul blog aku sebab lama tak update. Nampak sangat busy dan tengah takde mood nak menaip. Anyway, rasanya takdelah terlalu lewat nak mengucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca di luar sana. Semoga tahun ini lebih baik, cemerlang daripada tahun sebelumnya. Dan semoga Ringgit kembali kukuh supaya takdelah hazab kalau nak travel nanti. Huhu..

Anyway, untuk post kali ni aku nak review tentang sebuah boutique hotel di Georgetown, Penang. Actually trip ni adalah pada Hari Malaysia pada 16 September 2016 yang lepas.

Facade Moontree47 di Muntri Street.

Moontree 47 ni terletak di Muntri Street, Georgetown di bahagian timur Penang. Berhampiran dengan Padang Kota Lama. Ia merupakan sebuah boutique hotel di dalam bangunan rumah kedai lama. Menariknya di sini, ia terletak berhampiran dengan Chulia Street dan terletak di dalam UNESCO World Heritage Site. Semua tempat-tempat yang menarik terletak within walking distance je.

Apa yang aku suka tentang hotel ni ialah rekabentuk dalamannya yang berkonsepkan vintage dan klasik. Di dalam ni penuh dengan pelbagai barangan lama/antik yang jarang kita jumpa sekarang ni. Ini adalah antara koleksi owner hotel ni sendiri iaitu Kent. So, kiranya kalau korang datang ke sini, seolah-olah korang kembali ke zaman silam.

Di sini terdapat beberapa pilihan bilik bilik iaitu single, double dan family room. Kami memilih untuk menginap di family room yang terletak di bahagian bawah. Harga bilik yang ditawarkan pula sangat berpatutan RM70 (single) kepada RM260 (family room – 4 pax), bergantung pada low/peak season. Juga ada kemudahan aircond, kipas, air panas dan wifi.

Family room yang boleh memuatkan 3 orang.
Family room dengan 1 queen bed dan 1 single bed.

Melangkah masuk menuju ke bilik kami, mata disajikan dengan pelbagai tumbuhan hijau yang rimbun. Sejuk dan redup sungguh mata memandang. Rasa macam kat kawasan rumah kampung pulak. Aku suka betul suasana macam ni. Dengan daun pintu dan tingkap bilik menggunakan kayuan lama, memang hidup betul suasana vintage kat sini. Nyamuk kat sini? So far takde la pulak kena gigit. I think derang dah pasang insect repellant kat area hotel ni.

Pohon-pohon rimbun di jalan masuk menuju ke bilik kami.
Pokok-pokon kecil pad atempat mencuci tangan.
Pokok-pokon kecil pad atempat mencuci tangan.
Best juga melayan perasaan kat sini.
Hijau lagi nyaman gitu suasananya.

Walaupun keadaan hotel ini seakan lama, tetapi ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan menggunakan access card. So, kalau nak masuk ke kawasan bilik, kita perlu menggunakan card yang diberikan semasa check-in tu.

Nak masuk area bilik kena guna access card.

Selain itu, pengunjung yang bermalam di sini boleh membeli pelbagai koleksi postcard sama ada untuk koleksi sendiri atau untuk dipos kepada teman dan keluarga. Ada disediakan postbox di luar hotel ni dan setem pun boleh dibeli kat sini. Macam aku, aku memang suka beli poskad semasa pi travel, so bila ada kat sini, macam rambang mata lah jadinya.

Banyak koleksi poskad di sini. Pilih je nak yang mana.
Before balik sempat bergambar dengan Kent, owner hotel dan kucing-kucingnya.

So, bagi sesiapa yang nak merasa tinggal dalam suasana seolah-olah berada di zaman-zaman dahulu, cubalah stay kat boutique hotel ni. Selain ownernya yang peramah, kalau korang jenis suka kucing, boleh juga bermain dengan beberapa ekor kucing yang manja-manja kat sini.

So, bagi sesiapa yang berminat untuk cuba bermalam ni di sini semasa berkunjung di Penang, bolehlah hubungi Moontree47 untuk maklumat lanjut. Selamat bercuti!

Address: 47, Muntri Street George Town, Penang 10200 Malaysia
Telephone: +60 42644021
Website:http://www.moontree47.com/
E-mail: moontree47@gmail.com



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.