Sharing is caring

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca budiman di luar sana! Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin. Maafkan kalau ada kata-kata dalam post blog aku ni menyinggung perasaan korang.

So, post kali aku just nak share vlog Hari Raya tahun ni di hometown aku, Johor Bahru. Alhamdulillah adik perempuan aku di Terengganu balik beraya ni sini tahun ni. So, meriah la sikit dengan anak-anak buah aku yang 5 orang tu. Adik bongsu aku kat Kuantan je balik lambat sikit sebab beraya di belah isterinya di Terengganu. Solat Jumaat seperti biasa di Masjid Wadi Hassan, masjid tempat permainan masa aku kecik dulu. La ni dah tersergam bangunan baru.

Tahun ni lebih kurang macam tahun-tahun sebelumnya juga cuma takde la kami nak ber-staycation bagai. Just habiskan masa di JB je. Paling tidak pun, melayan anak buah aku main ice-skating di Paradigm Mall, JB tu. Tak sangka diorang pandai main walaupun baru first time. Aku yang dah pernah main ni pun, terhegeh-hegeh menyusur tepi dinding… Sedih!!! Hahahaha. Aktiviti selebihnya, apa lagi… masak-masak dan makan je la.

Tahun ni pun first time family aku buat rendang ayam (selain daripada Laksa Johor yang wajib tu). Tak pernah-pernah nak buat ya. Entah apa mimpi Walid aku nak buat. Maybe sebab dia ada beli lemang juga, so dia masak la juga rendang ayam. Sedap ya!

Selain tu, kami masak sup tulang merah yang menjadi favorite kami sekeluarga terutamanya anak-anak buah aku. Depa hantu kambing! Kalau korang nak resepi, aku sharekan link kat bawah tu.

And the best part juga, Umi buatkan harissa kambing, makanan tradisi Yemen. Lamooooooooo gila aku tak makan ni ya. Entah berpuluh tahun la juga rasanya. Dulu arwah Baba (nenek aku) ada juga buat masa aku kecik-kecik dulu. Masak dalam kuala tembaga pusaka yang berat nak mati tu. La ni bila makan, teringat pula kenangan masa dulu. Memori sungguh!

Okaylah… nak sambung kerja. Sehingga berjumpa lagi dalam post akan datang. Selamat Hari Raya! Tata..


Hari Raya vlog, Malaysian Hari Raya vlog, Malaysian Eid vlog, balik kampung, Team Raya Johor Bahru, Hari Raya celebration, rendang ayam recipe for beginners, sup tulang merah bonesteak family favorite, Yemeni heritage dish harissa kambing recipe, visiting relatives during Hari Raya, ice skating with family in Johor Bahru, family bonding activities, Hari Raya balik kampung vibes, masakan tradisional Hari Raya, resepi rendang ayam mudah, cara masak sup tulang merah, nostalgia hidangan warisan Yemen, aktiviti Hari Raya bersama keluarga, bermain ice skating dengan anak saudara, Johor Bahru Raya celebration highlights


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.