Hi semua! Selamat berhujung minggu. Korang buat apa je minggu ni? This weekend aku dengan Syai merayap ke Taman Saujana Hijau di Putrajaya. Seriously takde plan pun nak ke sini. Cumanya bila bangun pagi je.. aku terfikir macam nak menyedut udara segar somewhere. Kebetulan waktu pagi.. so why not breakfast ala-ala picnic sekali kan?
Anyway, Taman Saujana Hijau ni terletak di Presint 11, Putrajaya. Tak susah pun nak jumpa. Google sajorrr. Dalam banyak-banyak public park kat Putrajaya ni, ni antara park yang aku tak berkesempatan nak pergi lagi. So, bila dah sampai sini terujalah.
Serious cantik taman ni. Banyak view yang kalau korang dapat capture boleh nampak ala-ala oversea gitu. Memang pun.. sebabnya bila aku post kat IG, ramai yang tanya kat mana and ingat somewhere di luar Malaysia.
Banyak aktiviti korang boleh buat kat sini seperti berjogging, naik basikal, nature walk dan juga berpiknik.
Masa kami kat sini, ramai family yang datang berkelah. Ada yang sambut birthday, buat photography untuk graduation dan wedding.
Apapun, yang paling penting.. lepas buat aktiviti semua ni, pandai-pandai la korang buang sampah yang ada ya. Jangan buang merata sebab taman ni bersih dan cantik. Sayang kalau tercemar disebabkan sikap tak bertanggungjawab kita. Tu dia.. nasihat daripada pencinta alam. Hehee..
So, kalau korang free nak menikmati udara segar dengan pemandangan yang indah, silalah ke sini ya!
Alamat dan map Taman Saujana Hijau ni seperti di bawah:
Address:
Jalan P11, Presint 11, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Leave a Comment