Ayuh saksikan keindahan Putrajaya dengan mengikuti rutin setiap hujung minggu di Perdana Lake Jogging Track, mengelilingi Tasik Putrajaya. Kali ni, aku try route terbaru aku melalui Jambatan Seri Gemilang, Masjid Besi, Jambatan Seri Wawasan, Ayer8 dan kembali ke Perdana Lake Sunset Point. Total 1 loop lebih kurang 15 km. Abaikan pace dengan masa tu sebab memang berlenggang kangkung, banyak berhenti ambil video dan gambar.
Apapun, keputusan aku untuk membeli rumah di Cyberjaya ni adalah di antara keputusan yang terbaik pernah aku buat di dalam hidup. Cyberjaya dan Putrajaya boleh dikira sebagai cinta pandang pertama semasa aku menjejakkan kaki memasuki MMU pada tahun 2001 dahulu. Aku berjanji pada diri sendiri suatu hari nanti aku akan menetap di sini. Alhamdulillah, 16 tahun kemudian (tahun 2017), doa aku dimakbulkan Allah. Sebelum ni pun, semasa aku tinggal di Kajang dan Bangsar, aku kerap ke Cyberjaya dan Putrajaya. Aku sangat sukakan persekitarannya yang tenang dan bersih.
Di bawah ni, aku sertakan foto-foto yang sempat aku rakamkan semasa berjalan-jalan di sekitar tasik. Untuk video pula, maaf ia sangat bergegar. Aku tak bawa stabilizer sebab tak plan pun nak buat full video. Tujuan utama just nak tahu jarak route baru ni.
Kalau ada apa-apa pertanyaan atau komen, silakan tulis di ruangan komen. Selamat menonton!
Leave a Comment