Sharing is caring

Korang hantu durian? Dan korang hantu cheesecake juga??? Bagussss!!! Ada cafe yang korang boleh pi untuk try durian cheesecake yang paling sedap aku pernah rasa.

Ceritanya, last Saturday ada event Light Up kat Tamarind Square, Cyberjaya ni. Memandangkan lokasinya depan rumah je.. so aku pun pergilah menjengah. Ada la few persembahan kat situ dengan live performance bagai. Memandangkan pakcik kau ni dah senja.. maka aku takdelah nak dok asyik mengadap benda tu. Dan kat sebelah event space tu ada sebuah kafe. Pastribella Bakeshop namanya. Khabarnya pemilik ni adalah juara rancangan Masterchef Malaysia Season 1, Dr. Ezani. Syukurlah buka kat Cyberjaya. Dapat juga merasa air tangan masterchef!

Aku tak order main course pun sebab dah dinner sebelum keluar tu. So, aku just order kek je. Dalam banyak-banyak kek yang menarik kat situ, aku rasa durian burnt cheesecake ni yang paling seksi! Hahahaha.. sebab aku kan suka durian dan cheese! So, try la beli satu slice untuk share dengan member aku.

Bila once dah masuk mulut.. ya ampunnnnnnnn!!! Sedap hawau!!! Lembut.. melt dalam mulut kekdahnya. Habis separuh aku bedal.. aku merasakan adalah satu keperluan untuk aku order satu lagi UNTUK DIRI SENDIRI!! Hahahaha.. sedap sangat sampai aku tak nak share dah pastu. Kek dia memang cukup rasa. Rasa duriannya rich.. tapi tak overpowering rasa cheese tu. Balance la bagi aku dan yang penting tak muak. Pendek kata, memang puas hati la makan.

Harga yang dia display tu RM17 per slice. Tapi bila bayar dia charge RM12 je. Tatau la ada diskaun ke atau kedai dah nak tutup. Tapi dengan harga tu… tak rugi la bayar sebab memang sedap.

So, bagi sesiapa yang nak try.. bolehlah ke sini. Bukan setakat kek je yang ada.. banyak juga pilihan makanan lain yang korang boleh try.

So, tu je la perkongsian aku kali ni. Till then… selamat makan kek!

Address:
Pastribella Bakeshop
D3-04-03 Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Operating hours:
12pm – 9 pm everyday (closed on Tuesday)



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.