Sharing is caring

Berita baik untuk ulat buku! Kedai buku yang pertama dibuka 24 jam di Malaysia kini berada di Cyberjaya, Selangor.

Terletak di Tamarind Square, BookXcess adalah antara kedai buku terbesar dengan keluasan 37,000 kaki persegi. Terdapat lebih 500,000 judul buku dengan diskaun sehingga 50-80 peratus. Giler murah kan?

BookXcess terletak di Level 3M-05 ni. Jenuh mencari. Hahaha..

BookXcess ni kalau korang tak tahu adalah syarikat yang organizekan pameran buku Big Bad Wolf yang setiap tahun diadakan kat Mines tu. Aku antara makhluk yang suka pergi ke BBW tu. Setiap tahun mesti beli. So, bila dah ada kedai buku kat depan rumah ni je, boleh fikir balik perlu ke tak nak pergi ke BBW tu lagi. Hahaha.

Luas ruangan kedai buku BookXcess ni

Kedai ni juga dibuka 24 jam. So, kalau rasa mata tak boleh nak lelap, tak tahu nak buat apa, boleh lah berkunjung ke sini.

Kat sini juga disediakan ruangan membaca. Tapi korang tu, bila dah membaca, reti-reti lah letak balik buku tu ke tempat asal. Jangan biar bersepah macam apa. Malu sikit weh, zaman dah berubah, kerajaan dah berubah tapi mentaliti masih tak berubah.

http://says.com/my/lifestyle/people-are-already-making-a-mess-at-bookxcess-24-hour-bookstore-in-cyberjaya

Anyway, BookXcess ni terletak di Level 3M-05, Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor. So… bagi sesiapa yang berminat nak datang ke sini, bawah ni aku sertakan mapnya.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.