Sharing is caring

Okay… first of all, kali ni aku bawa stabilizer gais. So, tiada lagi video gempa bumi macam video minggu lepas! Hahaha..

Jom menikmati keindahan Putrajaya bersama aku dan Sham. Seperti biasalah rutin setiap hujung minggu di Perdana Lake Jogging Track, mengelilingi Tasik Putrajaya. Tapi kali ni aku just buat morning walk je. Tak jog sangat pun. Route kali ni hampir 20 km dari Sunrise Point Perdana Lake – Taman Seri Empangan – Taman Ekuestrian – Putrajaya Boulevard – Jambatan Seri Wawasan – Ayer8 dan kembali ke Perdana Lake. Aku tambah jog 1 km lagi di luar nak bagi cukupkan 21 km.

Setiap minggu selain berjoging 10 km di Perdana Lake tu, aku suka menjelajah route yang baru just nak make sure berapa kilometer setiap route baru yang aku cuba tu. So, next time, katakanlah aku nak buat 21 km, aku dah tahu nak ikut laluan yang mana. Seronok berjoging di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya ni sebab kawasannya bersih dan cantik.

Anyway, “anak sungai” yang aku lepak tu adalah di bahagian hilir Sungai Chuau sebelum airnya mengalir memasuki Sungai Langat. Kalau ada yang tertanya-tanya boleh mandi ke tak, jawapannya tak boleh sebab air di situ tidak sesuai untuk dibuat mandi. Airnya adalah dari Tasik Putrajaya dan ada berbau sedikit dan tidak sesegar air di sungai-sungai tempat perkelahan. Setakat lepak kejap melepaskan penat berlari, menikmati ketenangan okay lah.

Sebagai info tambahan, Tasik Putrajaya seluas 400 hektar telah dicipta dengan melimpahkan lembah Sungai Chuau dan Sungai Bisa. Empangan sementara telah dibina merentasi Sungai Chuau ini. Sungai Chuau, Sungai Bisa dan Sungai Limau Manis adalah di antara sungai-sungai yang terlibat di dalam kajian pembinaan Tasik Putrajaya. Pembinaan tasik ini telah bermula sejak tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada Mei 2002.

Oh! lagi satu, please gais kalau korang datang sini jagalah kebersihan ya. Jangan dok buang sampah merata-rata. Hargai keindahan tempat ni okay.



Sambungan dari eksplorasi sebelum ni. Kali aku berjalan menyusuri Sungai Chuau. Tapi takde la sampai ke hujung hingga ke Sungai Langat. Tak berani nak redah semak samun di situ. Tapi, apapun sorry sangat-sangat sebab aku terlupa nak bawa stabilizer sebab again.. aku tak plan nak sampai ke sini. Insyallah, next time bila dah boleh masuk Putrajaya, aku akan buat video yang lebih proper. Seronok trekking di kawasan ni. Tenang gile rasa.



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.