Sharing is caring

“Exquisite food doesn’t have to be ridiculously expensive and isn’t reserved just for black ties and fancy dresses”
– Chef Syafiq

Semalam selepas teman Bai hantar anak bulu dia pergi vet dan makan tengahari yang lazat di Warung Leko Sg. Buloh, kami merayap mencari something sweet untuk minum petang. Selepas Joy memberitahu this one restaurant dekat SS19 Subang Jaya, kami pun gigih la pergi ke sana.

Restoran yang dimaksudkan adalah Fiq’s Gastronomy. Restoran ni baru dibuka pada Februari tahun ni. Dua tiga kali kami berpusing tempat yang sama berpandukan Google Map kerana lokasinya tidaklah strategik mana. Signage di luar restoran juga menggunakan nama lain. So bila kali ketiga sampai tu kami turun juga dan ternyata that is the place!

Berpusing-pusing cari nama restoran. rupanya ni la tempatnya.

Interior restoran ni berkonsepkan open kitchen, so korang dapatlah melihat staff mereka menyediakan masakan yang dipesan sampai menikmati aroma masakan yang sungguh menyelerakan especially bau roti bakar! Hahaha.

Open kitchen concept.
Tempat duduk yang selesa. Aku suka kalau ada cushion-cushion ni. Boleh cover perut boroi!

Menu yang disediakan di sini boleh tahan banyak termasuklah menu sarapan pagi yang hanya disediakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.  Berikut adalah di antara menu-menu yang terdapat di sini.

Menu makanan. Tak dan nak try sebab dah kenyang.
Menu dessert dan minuman.

Dan oleh kerana kami agak kenyang selepas membedal makanan Indonesia tengahari tadi, so kami hanya memilih untuk menikmati dessert sahaja. Aku memilih Chef Fiq’s Baked Alaska dan Bai memilih Brownies.

Chef Fiq’s Baked Alaska terdiri daripada mango gelato, fizzy, torched meringue, toasted bread dan passion fruit coulis yang berharga RM15.00. Presentationnya sangat menarik selain daripada rasanya yang masam-masam manis. Kalau order ni boleh makan 2 orang. Aku sendiri tak larat nak habiskan sorang (kalau aku yang kuat makan ni cakap cenggini.. percayalah. haha).

Chef Fiq’s Baked Alaska.

Brownies pilihan Bai pun aku rasa terbaik selepas brownies di KulCats Barrio TTDI. Brownies ni dihidangkan bersama vanilla ice cream, butterscotch sauce, crushed hazelnut, vanilla tuile dan berharga RM14.00. Teksturnya sangat lembut dan yang paling penting, tak berapa manis. Just nice. Kena pula dengan butterscotch  saucenya yang manis-manis masin. Memang sedap!

Brownies.

Untuk minuman pula aku memilih strawberry mocktail (strawberry, lady grey tea, elder flower dan soda) yang berharga RM14.00. Sangat menyegarkan! Disebabkan aku haus gile, sekali sedut je dah habis. Haha. Bai pulak seperti biasa dengan mocha dia (RM10.00). Dia kata sedap.. so kalau penggemar mocha yang cerewet ni cakap sedap.. kira sedap la tu.

Strawberry cooler yang menyegarkan!

So, bagi sesiapa yang berminat nak try makanan yang lazat-lazat di sini, bolehlah datang ke Fiq’s Gastronomy ni.

Lokasi
No. 34 Jalan SS19/1D,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi
Tuesday to Sunday: 12.00 pm to 10.30 pm
Friday: 3.00 pm to 10.30 pm
Saturday & Sunday (Breakfast): 10.00 am to 3.00 pm
Closed on Monday

Contact
Tel: +603 – 5613 0473
Email: info@fiqsgastronomy.com
Website: www.fiqsgastronomy.com


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.