Ketuk-ketuk Ramadhan ~ Sambal Nur-raka

Assalamualaikum semua. Apa habaq? Harap-harap sihat la noo menjelang bulan Ramadhan ni. Sebelum tu, rasanya tak terlambat nak wish kepada semua Muslimin dan Muslimat, Selamat Berpuasa.

Okay, hari ni aku just nak share resepi simple je iaitu sambal cilipadi kering. Hahaha.. Of all recipes yang ada dalam dunia ni kan, benda ni gak aku nak share.

Sorry takde cili bertangkai nak buat deko! Ahakss..

Anyway, ilham membuat sambal ni terjadi ketika aku nak berbuka on the first day puasa. Memandangkan aku ni jenis kuat pedas, so bila time aku nak berbuka hari tu dengan Chicken Kabsah, u know la kan, masakan Arab mana pedas pun. So, time aku nak cari lada buat sambal biasa, tengok-tengok cilipadi aku yang beli berkurun lepas dah jadi kering. It’s not kering yang hitam busuk tu. It’s totally kering but the color still merah. Dan terus dapat ilham nak buat sambal ni. Since ni adalah sambal kering, so make sure korang tak gunakan cilipadi hidup tu. Kalau tak dah macam sambal belacan jadinya. Cili kena kering betul. Nak jemur ke apa ke tak kisah.. janji kering. So, inilah bahan-bahannya:

  • 15 tangkai cilipadi kering
  • 3 sudu besar udang kering
  • 2 sudu besar gula melaka serbuk/gula merah
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • sedikit garam

Cara-caranya:

  • Cilipadi, udang kering dan bawang putih dibakar seketika dalam oven sampai agak-agak kekuningan.
  • Kemudian masukkan cilipadi, udang kering, bawang putih, gula melaka, lada hitam dan garam ke dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus. Dah siap!

Actually sambal kering ni boleh juga kalau korang nak campur dengan ikan bilis goreng dan lain-lain bahan. Ikut kreativiti. Yang penting sedap, mudah dan boleh dimakan dengan nasi dan sebagainya. Boleh juga dibuat rencah mee atau nasi goreng. Tapi dia punya pedas… Ya Rabbi…  tapi sedap dan makin berselera makan. And in my case, aku tabur atas Chicken Kabsah yang aku makan dengan oat. Ya ampun.. nikmat!!!

Chicken Kabsah, oat, sambal kering dengan madu lebah.. Macam harisah plak.

Selamat mencuba!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Ketuk-ketuk Ramadhan ~ Sambal Nur-raka

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer