Kau tak pitam bila oppa-oppa Kpop nyanyi lagu Arab??? Serious aku terkesima kejap sebab ini memang sangat rare untuk artis Korea cover lagu Arab. And surprisingly they nailed it!!! Walaupun berbelit lidah depa nak menyebutnya. And guess what? Mereka ni semua viral di dunia hiburan Arab sampai di-interview bagai.Oh! Sebelum aku merapu.. band yang cover ni namanya B.I.G. Frankly aku pun tak pernah dengar sebab aku dah lama tak ambil port lagu-lagu Kpop terbaru. Just layan lagu-lagu lama. Boleh dikatakan band ni ala suam-suam kuku juga sebab dah lama ditubuhkan pada 2014 tapi kurang dikenali. I think ni adalah cara yang terbaik untuk mereka mempromote kembali kewujudan diorang dalam industri.

Dah disebabkan diorang ni lah, aku baru perasan kewujudkan kumpulan boyband Arab iaitu The5 ni. Nampak tak aku ketinggalan gerabak. Sebab aku jarang layan lagu-lagu Arab dari artis lelaki. Aku prefer dengar my fav 3Ns.. Nawal Al Zoghbi, Najwa Karam dan Nancy Ajram.

By the way, lagu La Bezzaf ni memang layan okayyy.. ala-ala lagu Kpop juga.. macam abit lagu EXO.. kalau telinga aku tak salah dengar lah.

Berbalik kepada B.I.G ni, actually diorang dah cover lagu lain juga antaranya 3 Dagat dari Abou ft. Yousra (Egytptian actress). Banyak view weh video ni dengan berpuluh ribu komen especially dari Arab fans.

Aku letakkan video-video berkenaan kat sini. Selamat menonton!

3 Daqat ~ cover version by B.I.G

3 Daqat ~ original version

Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.