Sharing is caring

Aktiviti sempena cuti Hari Raya Haji bersambung ke Tasik Kenyir yang terletak di Hulu Terengganu.

Sampai di sini, kami memilih untuk mengambil package boat ride menyusuri tasik ni dengan harga RM50. Kalau package boat ride dan mandi di air terjun pula berharga RM100.

Tasik Kenyir ni sangat luas dan airnya berwarna biru kehijauan.. dah macam warna air laut. Ia ialah tasik buatan yang terbesar di Asia Tenggara, dengan keluasan 260,000 hektar! Di sini terdapat 340 pulau kecil di mana pulau-pulau kecil ini merupakan puncak bukit sebelum kawasan ini dibina empangan. Di tasik ini terdapat lebih 14 air terjun dan beberapa sungai.

Dan jangan tak tahu, di kawasan Tasik Kenyir ni terdapat kedai Duty Free. Tapi takde apa sangat pun kat sini. Ada la kedai menjual coklat dan periuk segala bagai. Tak tahu la siapa punya idea bernas buat duty free shop kat sini. Baik la kau wujudkan benda yang bermakna sikit dan menambah nilai produk pelancongan kat sini. Kadang-kala aku tak tahu la akal depa ni. Tak kreatif langsung nak membangunkan sektor pelancongan yang dah sedia ada. Nama duty free, lepas tu bila nak keluar melalui kastam, dikenakan tax pulak. Apoooooooooooooo kejadahnya!!!!! Hahahaha..okaylah better aku stop kat sini sebelum termaki. Bye!



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.