Sharing is caring

At FINO Piza… it’s not about what you eat, but who you eat with.
PIZAs just happen to make great company.

Nota: Untuk makluman, restoran ini tidak lagi beroperasi di D’Pulze Cyberjaya.

Anda penggemar pizza? Ini adalah berita baik untuk anda yang berada di Cyberjaya. Fino Piza telah membuka cawangannya yang ketiga di bandar pintar ini. Bagi mereka yang ingin menikmati rasa asli pizza, bolehlah datang ke restoran yang terletak di DPulze Shopping Centre.

Fino Piza diusahakan oleh J.J bersama rakan kongsinya Shaufi, yang juga merupakan head chef di sini. Shaufi mempunyai pengalaman bekerja selama beberapa tahun di Pizzeria Mozza, Marina Bay Sands, Singapura.

Apakah istimewanya pizza di Fino Piza ini? Di sini, semua pizzanya adalah buatan tangan dan dibakar di dalam oven yang menggunakan kayu api. Di antara kayu api yang digunakan adalah dari jenis kayu bakau dan lain-lain. Oven kayu api yang ditempah khas ini boleh memuatkan sehingga 7 keping pizza bersaiz 12 inci pada satu masa. Setiap pizza dibakar dalam anggaran masa 7 minit. Kulit pizzanya juga adalah nipis dan rangup di bahagian tepinya. Bahan-bahan digunakan pula adalah yang berkualiti tinggi. Sebagai contoh, setiap keju yang digunakan adalah asli tanpa bahan-bahan tambahan seperti fillers dan sebagainya. 

Pizza yang dibakar di dalam oven kayu api mempunyai sentuhan yang istimewa.

Hidangan makan malam saya dimulakan dengan starters iaitu Chopped Oriental Salad, Mushrooms Arancine dan Cauliflowers Fritti.

Chopped Oriental Salad disediakan dengan campuran salad baby romaine, red cabbage, bawang, kacang walnut panggang, parmesan, isi ayam panggang dan dicurahkan dengan balsamic cream dan roasted sesame dressing.

Chopped Oriental Salad

Mushroom Arancine pula terdiri daripada bebola rissoto yang dicampur dengan cendawan pelbagai jenis, mozzarella, parmesan, daun parsley dan dihidangkan bersama passato.

Mushrooms Arancine

Cauliflowers Fritti pula ialah pembuka selera yang diperbuat daripada gorengan bunga kubis dicelup tepung, dihidangkan bersama spicy aioli dan daun parsli.

Cauliflowers Fritti

Tomato passato (or passata, depending on who you ask) is one of the foundational ingredients in Italian cuisine. It’s not quite a tomato puree or a tomato paste, but a simple sauce that can be punched up or kept simple.

The Kitchy Kitchen

Di Fino Piza ini juga menawarkan pelbagai jenis pilihan pizza dan hidangan yang lain. Di antara pizza yang saya cuba ialah Burrata dan Half & Half yang terdiri daripada Brussels Sprout & Prawn dan Spinach, Feta & Chicken.

Pizza Burrata dibuat menggunakan bahan-bahan seperti passato iaitu sos yang diperbuat daripada tomato dan di atasnya diletakkan mozzarella, tomato ceri, daun basil dan keju burrata. Di atas burrata ini kemudiannya diletakkan campuran pesto dan oregano sebagai sentuhan terakhir. Sangat ringkas tetapi menampilkan cita rasa asli Itali seperti yang pernah saya nikmati di Milan beberapa tahun dahulu.

Di antara hidangan yang saya cuba.
Pizza Burrata

Selain daripada pizza Burrata, hidangan pizza Brussels Sprout & Prawn dan Spinach, Feta & Chicken juga tidak kurang hebatnya. Berbeza dengan Burrata yang menggunakan passato sebagai base, kedua-dua pizza ini menggunakan panna atau cream-based. Brussel Sprouts & Prawn ini diperbuat daripada mozzarella, brussels sprout, udang harimau, nenas, bawang putih, serbuk cili dan parmesan. Manakala Spinach, Feta Cheese & Chicken ini mengandungi bayam, mozzarella, hirisan ayam panggang, bawang hangus (charred onion) dan keju feta. Secara peribadi, saya turut menggemari Brussels Sprout & Prawn ini kerana terselit rasa pedas di dalamnya. Oleh kerana kulit pizza di sini adalah nipis, maka saya berupaya menghabiskan beberapa keping. Jika pizza jenama komersil di luar sana dengan kulit yang tebal, sudah pasti saya surrender lebih awal.

Half & Half: Brussels Sprout Prawn & Spinach, Feta Cheese Chicken

Selesai menikmati pizza, saya mencuba pula Cream Pesto Pasta dan Housemake Striploin Burger.

Creamy Pesto ialah di antara pasta terbaik yang pernah saya cuba. Sarat dengan pelbagai bahan dan cukup lemak masinnya. Creamy Pesto ini diperbuat daripada kepingan daging ayam, pelbagai jenis cendawan, tomato ceri, pesto dan panna dan dihias dengan parmesan dan parsli.

Creamy Pesto

Housemade Striploin Burger pula mengandungi melted mozzarella & cheddar, jeruk timun (gherkin), telur goreng mata dan dihidangkan bersama roti brioche, kentang goreng dan coleslaw.

Housemade Striploin Burger

Selain daripada kepelbagaian menu makanan, pelanggan juga boleh menghilangkan dahaga dengan pilihan minuman yang disediakan. Sama ada anda inginkan minuman panas ataupun sejuk, terserah kepada anda. Bagi yang ingin menikmati minuman ala bar, anda boleh memilih untuk duduk minum di bar.espresso yang terletak di bahagian luar restoran. 

Bagi pelanggan Muslim, anda tidak perlu risau kerana semua bahan yang digunakan di restoran ini adalah halal dan ia juga tidak menghidangkan minuman beralkohol. Dari segi harga pula, bagi saya ia adalah berbaloi dengan kualiti makanan yang dihidangkan. Di bawah ini, saya sertakan menu serta harga makanan yang dihidangkan di sini. Sila besarkan imej untuk lebih jelas.

Kayu api itu bukan sekadar hiasan tetapi digunakan untuk membakar pizza.

Jadi, bagi anda yang berminat untuk mencuba wood-fired pizza ini, bolehlah ke Fino Piza yang terletak di dalam DPulze ini. Alamat dan lokasi seperti di bawah ini. Jika anda telah mencuba makanan di sini dan ingin berkongsi pengalaman, sila tinggalkan komen anda di bawah.

Akhir kata, selamat menjamu selera!

Fino Piza
Lot UG16, DPulze Shopping Centre, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.