Sharing is caring

Memories may fade as the years go by but they won’t age a day.

Kalau orang bertanya, apa tips untuk move on?

Jawapan aku:
Take your time. Fasa pulih setiap individu berbeza. Ada yang mampu move on lepas 1 hari, seminggu, sebulan, setahun, 5 tahun, 10 tahun… dan ada juga yang memendam perasaan sampai ke akhir hayat. Aku sendiri pun nak masuk 4 tahun masih tak move on. Kerana tiada sebab langsung untuk aku benci dia. It’s just a bad situation. Lainlah kalau mantan kau berperangai iblis, so aku rasa itu lebih mudah.

Tak salah kalau kau masih tertoleh ke belakang teringat those sweet memories, tetapi jangan lupa hakikat langkahnya masih perlu terus ke hadapan.

Orang lain hanya mampu mendengar, memberi nasihat dan sebagainya. Selebihnya ialah diri kita sendiri. It’s okay untuk bersedih, nama pun manusia. Tapi jangan sampai merosakkan diri.

Apapun, love yourself first. Kalau dulu kau rasa kau lebih utamakan orang lain, sekarang lebihkan masa untuk diri sendiri.

Just buat aktiviti yang kau suka. And for me, aku pi travel, buat video editing, jogging, spend time with nature, sedut udara segar, eat good food dan macam-macam lagi. Bumi Allah ni luas. Banyak benda-benda berfaedah yang boleh dibuat.

Buat Youtube salah satu aktiviti sampingan yg aku suka. Aku suka share info dan at least aku busy buat something. Walaupun viewnya sendu je tapi berfaedah la juga dapat income sikit-sikit kan? So, korang dah subscribe ke belum??? Jangan skip ad!! Bagilah aku income lebih sikit boleh travel lagi. Hahahaha. Link kat bawah ni:

@omaralattas

Apapun, nasihat aku… take your time to heal. Insyallah you’ll be fine one day.

Be strong! 💪💪💪


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.