Ini ialah percubaan kali kedua aku menyemail biji epal. Percubaan yang pertama, anak pokok tu tahan sebulan lebih je lepas semai, lepas tu mati. Kali ni, daripada 10 biji benih, 3 masih bertahan. Dua pokok membesar sihat dan satu lagi masih kecil. Harap-harap mampu bertahan lah.
Biji Korean persimmon (pisang kaki) pun berjaya aku semai. Lama gila weh nak tunggu dia bercambah. Mula-mula aku masukkan dalam bekas berkapas basah dalam fridge hampir sebulan. Tak tumbuh pun kalau. Lepas tu, aku terbaca dia kena letak kat luar yang bercahaya matahari. Barulah tumbuh akar. So, daripada 7 biji yang aku semai, 5 membesar dengan sihat. 2 biji rosak.
Dan untuk matoa atau longan Brazil, daripada 17 anak pokok, 14 hidup sihat dan 3 anak pokok mati. Maybe sebab aku tersilap terlebih siram air dan terlalu awal letak baja. So, daun dia layu dan kering. Tapi semua anak pokok matoa ni aku dah pass pada member-member aku. Depa dok bawa balik tanam kat kampung.
Aku cuma nak bela pokok epal dan persimmon ni je satu da pokok letak kat balkoni aku yang ciput tu. Harap-harap menjadi la hendaknya.
Leave a Comment