Sharing is caring

Image by Nadine Doerlé from Pixabay
Salam sejahtera,

Saya BedakNyonya, salah seorang peminat muzik Timur Tengah, ingin mencadangkan pihak tuan agar mengetengahkan/menjemput kumpulan tarian dari Mesir yang terkenal sejak dahulu iaitu Reda Troupe Dance untuk mengadakan persembahan di sini terutama sekali bersempena dengan Festival Muzik KL pada masa-masa akan datang. Kumpulan ini sangat termasyhur dengan tarian tradisional Mesir dan telah mengadakan persembahan di merata pelusuk dunia terutama di benua Eropah, Amerika dan lain-lain. Dan saya rasa sudah tiba masanya utk kumpulan ini mengadakan persembahan di sini memandangkan sambutan yang baik di kalangan pelancong Arab terutamanya pada Festival KL sejak kebelakangan ini.

Antara persembahan kumpulan ini boleh dilihat di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=t5B5E-yGlxE&feature=related

Saya harap cadangan saya ini memberi manfaat kepada pihak tuan dan para peminat seni persembahan yang lain.

Terima kasih.

Ikhlas dari; BedakNyonya
Kuala Lumpur

Seriously, aku nak sangat tengok persembahan mereka ni since first time aku tengok videotape usang yang arwah auntie aku record masa persembahan mereka keluar kat TV1 sekitar awal tahun 80-an dulu. Dan lebih seronok lagi kalau para peminat seni persembahan kat Malaysia ni berpeluang tengok persembahan ni skali. Reda Troupe Dance ni menampilkan pelbagai jenis tarian masyarakat Mesir dari pelbagai daerah/pelusuk negera tersebut. Antaranya tarian Saidi yang terkenal di bahagian utara, Cane Dance, Melaya Leff dan pelbagai lagi.

Harap-harap cadangan aku ni dapat perhatian daripada pihak pengurusan IB.

Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.