Sharing is caring

Salam semua. Aku terpaksa disablekan sementara untuk guna custom domain name tu. Tatau la apa masalahnya sampai la ni pun tak selesai.

Anyway, post kali ni aku nak kongsi tentang khasiat cuka delima atau dalam bahasa Inggerisnya disebut pomegranate vinegar. Actually aku dah lama amalkan guna cuka ni. Last time aku guna apple cider vinegar yang dicampur dengan psyllium husk, minum sebelum tidur. But la ni aku gunakan cuka delima disebabkan buah delima ni banyak khasiatnya.

Antara khasiat pomegranate vinegar ni adalah ia membantu meningkatkan kadar serapan mineral dalam makanan, selain daripada membantu mengurangkan kolestrol dan arteri tersumbat (clogged arteries). Ia juga dipercayai boleh membantu mengurangkan toksin dalam badan, mengurangkan tekanan darah dan pelbagai lagi khasiat.

Cara yang aku buat adalah; campurkan 2 sudu makan cuka delima dengan 2 sudu makan dan 200 ml air. Goncang dan minum! Mudahkan? Amalkan setiap kali bangun pagi (sebelum gosok gigi) dan sebelum masuk tidur.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat cuka delima ni, boleh baca di sini.

Dan untuk mengetahui khasiatnya menurut Islam, boleh refer di sini.

Seperti sabda Rasulullah SAW:
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW, baginda bersabda :
“Sebaik-baik hidangan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah pada khal (cuka). Sesungguhnya ia adalah makanan para nabi sebelum aku. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada khal (cuka)”. (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318).

Selamat mencuba!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.