Milk Moustache Cafe ~ First Korean Cafe in Kajang

Assalam semua… Dalam pada kesibukan membuat kerja ni, sempat plak aku nak update blog ni kan? Ye lah.. sementara tengah tunggu copy file-file yang berGB ni, baik update daripada terbuang masa.

Okay, kali ni aku nak cerita sikit pasal sebuah Korean Cafe yang aku terjumpa kat Kajang last few weeks. Aku rasa, this is the first Korean cafe kat area ni. Dulu pernah sekali ada BBQ Chicken kat Metropoint Kajang tu, tapi dah lama tutup. Mungkin tiada sambutan.

Actually cafe ni aku terjumpa masa nak berbuka puasa beberapa minggu lepas. Mula-mula nak berbuka kat Cibiuk (restoran favourite aku yang sampai la ni aku tak buat review lagi.. hahaha). Tapi disebabkan Cibiuk tutup, so aku pun terus tukar plan nak ke Al-Diafah yang baru bukak sebelah Cibiuk tu. Pun tak bukak juga. So terpaksa la berbuka kat tempat lain. But then, masa nak keluar dari Diafah tu, ternampak pula kedai aksesori kereta, dan kebetulan aku memang nak tukar bateri kunci kereta aku. Tengah-tengah menunggu diorang tukar kunci kereta, mata aku terpandang ke sebuah cafe di hadapan kedai aksesori tersebut. Macam kenal je rupa bentuk makanan yang terpampang kat banner tu. Terus la aku pergi ke situ. Yes!!! Makanan Korea kesukaanku!

Nama kedai tu adalah Milk Moustache Cafe. Cafenya kecil je. Dan makanan yang ditawarkan tak banyak mana. Just typical Korean food like ddeobokki, ramyeon, pajeon, kimbap, kimchi jjigae dan beberapa menu yang lain. Bibimbap semua takde lagi. Menurut pemilik cafe, menu masih lagi belum banyak since mereka baru beroperasi dan menunggu feedback dari pelanggan.

Dari segi makanan, rasanya not bad. First time aku try ramyeon kat sini dan rasanya boleh tahan. Begitu juga dengan ddeobokki. Tapi aku still suka kimchi ddeobokki kat Sweetree Ampang tu. Hehehe.

Mandu ramyeon (mee segera dgn dumpling).
Kimchi.
Ddeobokki (spicy rice cake).

Aku juga tertarik dengan hiasan dalaman cafe ni. Very simple and cosy. Dengan pelbagai perhiasan/photo-photo dari South Korea, membuatkan diri terasa seolah-olah berada di bumi kimchi tersebut. Di cafe ni juga terdapat mural/artwork yang dilukis sendiri. Menurut pemilik, adiknya merupakan die-hard fan K-Pop. So no wonder lah kan?

Jadi, kepada penggemar makanan Korea, bolehlah berkunjung ke Milk Moustache ni. Cafe ni mungkin akan menjadi tempat lepak favourite aku selepas Cibiuk. Hehehe…

Berikut adalah lokasi cafe ni:


View Milk & Moustache Cafe in a larger map

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On Milk Moustache Cafe ~ First Korean Cafe in Kajang

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer