Sharing is caring

Pulp is Papa Palheta’s flagship store in Malaysia. This store resides within the premises of Art Printing Works, a historical printing plant which still functions since 1965 in Bangsar, Kuala Lumpur. Pulp supplies coffee equipment and roasted beans both at retail and commercial level. It is equipped with a cupping room, a service workshop and a cafe which serves coffee and pastries.

Semalam selepas aku, Erol dan Bai had our breakfast kat Restoran Puteri TTDI, kami merayap untuk mencari tempat untuk coffee session. All these while, sejak kat Bangsar ni, memang takde tempat lain lah.. balik-balik Chawan, Starbucks atau Tous les Jours. So, kekadang naik bosan gak. So, aku suggest kat Bai this one place called Pulp Cafe yang aku terbaca review somewhere on the internet yang bagitau this is one of the best cafes yang menghidangkan coffee terbaik in town. Aku cuma tau dia terletak di Jalan Riong, Bangsar. But exact location tak pasti. Jadi.. apalagi… Google Map lah!

Tak susah pun nak jumpa. Terletak dalam kawasan NSTP, bangunan cafe ni pada asalnya adalah sebuah kilang mencetak dan storehouse yang lama. Tapi, mula-mula tu macam tak sure juga sebab dari segi exteriornya, kalau sekali imbas macam part of the industrial area je. Tambahan pula, masa kami datang tu, orang tak ramai. Katanya, tempat ni baru beroperasi beberapa bulan. So, ramai yang tak tahu lagi kot.

Untuk pengetahuan korang, Pulp Cafe ini adalah antara rangkaian coffee boutiques Papa Palheta dari Singapura. Dan dari segi interiornya pula, konsep industrialnya itu memang menyerlah. Tengok je la mesin printing or cutting lama kat bawah yang besar tu. Sengaja dibiarkan di situ sebagai part of the interior design.

Pulp menawarkan minuman berasaskan kopi antaranya espresso, brewed coffee, hand-brewed coffee dan lain-lain. Kalau nak yang fancy-fancy like caramel macchiato tu takde lah. Selain daripada coffee, ada juga disediakan teh, hot choccolate, fresh juices dan sebagainya. Kalau nak beli kopi yang dah disiap pack pun ada.

Selain daripada minuman, terdapat juga pelbagai pilihan pastries antaranya carrot cake, walnut brownies, chocolate truffle cake, brit bonkers. chicken pie dan lain-lain. Dan tak lupa juga ada dijual cenderahati seperti shirts dan tote bags kat sini. Kalau berminat, boleh lah beli.

Apa yang aku suka kat sini adalah suasananya. Sangat cosy dan sesuai untuk melepak dengan kawan-kawan sambil minum kopi. Tapi, waktu operasi tempat ni agak limited. So, kalau nak melepak sampai larut malam memang tak dapat la. Weekdays pun until 7pm dan weekend sampai pukul 10pm je.

Anyway, selepas ni aku dah ada satu lagi option kalau nak melepak dengan gadis-gadis aku tu. Takde lah derang bosan, balik-balik tempat yang sama. Hehehe.

Jadi, bagi sesiapa yang nak pergi, itu map dan lokasinya.

Lokasi
29-01 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi
Tuesday to Friday (9am to 7pm)
Saturday & Sunday (9am to 10pm)
Closed on Mondays

Contact
Tel: +603 2201 3650
Email: pulp@papapalheta.com
Website: www.papapalheta.com


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.