Sharing is caring

Ya.. kita bertemu lagi untuk resepi kedua kita iaitu Kastard Santan Gula Melaka!

Resepi ni pun sama gak macam tadi. Aku main hentam je. In fact aku tak sempat rasa lagi sedap ke tak. Hahaha.. Tapi aku rasa mesti rasa dia macam cendol je.. sebab bahan dia santan dengan gula melaka. Anyway, memandangkan aku malas nak keluar ke Pasar Ramadhan mencari juadah berbuka (dan aku sebenarnya dah tapau stock Chicken Kabsah untuk berbuka sepanjang weekend ni.. haha) so terpaksalah aku merajinkan diri ke dapur tengok bahan apa yang ada. Dan yang aku jumpa adalah beras, tepung kastard, santan dan gula melaka serbuk.

Ketepikan beras sebab aku malas nak masak yang leceh-leceh, aku decided nak buat something with this 3 main ingredients. Dan jadilah dessert yang tak seberapanya ini. So, these are the ingredients:

  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 2 kotak kecil santan segera
  • 1-2 cawan air
  • 2 sudu besar gula melaka serbuk
  • sedikit garam
  • chocolate chips (untuk ditabur)
  • sedikit madu

Cara-caranya:

  • Campurkan tepung kastard, 1 kotak santan kelapa, 1 cawan air dan 2 sudu besar gula. Gaul rata jangan sampai berketul. Kemudian masak atas api perlahan sampai likat dan angkat. Actually air tu boleh ditambah ikut kesesuaian.. kalau nampak terlalu likat boleh ditambah lagi. But make sure adunannya just nice.
  • Bila kastard dah masak, masa dia likat/panas-panas tu, masukkan dalam bekas atau gelas.
  • Kemudian dicurahkan santan ke atasnya (santan yang sekotak lagi tu) dan ditabur dengan serbuk gula melaka. Nak manis, korang letaklah banyak-banyak. Oh ya. santan tu korang campur sikit dengan sedikit garam biar ada sedikit masin-masin lemak.
  • Then taburlah sedikit chocolate chips dan sedikit madu. Dah siap!

Kemudian, masukkan dalam peti sejuk dan tunggulah waktu berbuka untuk korang ngap. Nanti aku update rasa dia camner.. sedap ke tak. Hahaha.

update: Okay dah rasa. Boleh tahan sedap. Hahaha.. cumanya kalau korang buat make sure kastardnya lembut sikit.. then just perfect. Aku punya ni terkeras sikit. Other than that.. sodap! Hehe..


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.