Homemade coconut shake

Idea nak buat memang dah lama sejak aku kecewa selepas makan coconut shake kat Pantai Klebang, Melaka tu yang katanya sedap. Kat Langkawi tu pun sama. Cuma kat Batu Berendam, Melaka tu je la cam okay sikit. But tu pun bagi aku so-so je..
Coconut shake yang aku buat ni menggunakan 100% bahan dari kelapa dengan tambahan sedikit ice-cream vanilla. Senang je nak buat. Nah.. aku sharekan resepi.
Homemade Coconut Shake (untuk hidangan 2 orang)
Bahan-bahan:
- 1 biji kepala – diambil airnya dan dijadikan ice cube. Isinya diambil dan diletak tepi
- 1 kotak kecil santan – dijadikan ice cube
- 1 kotak air kelapa (tambahan)
- Serbuk gula melaka/kabung
- Sedikit ice cream vanilla
- Sedikit madu

Cara membuatnya:
- Masukkan ketulan ice cube santan, ice cube air kelapa dan isi kelapa di dalam pengisar. Tambahkan sedikit air kelapa untuk memudahkan proses mengisar.*
- Kisar bahan-bahan tersebut sampai halus.
- Masukkan ke dalam gelas.
- Tambah 1 scoop ice cream vanilla di atasnya.
- Taburkan satu sudu kecil serbuk gula melaka dan sedikit madu. Siap dihidang!
*kalau dapat guna air kelapa asli lagi best!


Senang je kan nak membuatnya? Yang penting baru betul rasa kelapa. Otherwise yang aku try dulu tu lebih kepada rasa ice cream vanilla. Kalau korang nak rasa manis.. boleh tambah extra serbuk gula melaka tu.

Selamat mencuba!!! Kalau dah try, jangan lupa komen.. sedap ke tak.. sebab ikut tekak aku cam sedap je.. hahaha..
1 biji kepala… mana nak cari. haha
KEPALA. wakaka