Kalau sebut je Cyberjaya, mesti kebanyakan korang terbayang kawasan technology hub, tempat jin bertendang, area Middle Eastern bawak kereta cam orang gile dan macam-macam lagi lah.Tapi tahu tak korang, sebenarnya Cyberjaya ni adalah syurga makanan yang sedap-sedap juga. Selain dengan lambakan kedai makanan Arab (thanks to the Arab community here), terdapat juga beberapa restoran yang menyediakan masakan yang lazat-lazat.
These are the list of restaurants yang selalu aku pergi semasa lunch ataupun dinner, merangkumi restoran masakan Melayu, Arab dan lain-lain. Tapi ada juga antara restoran di sini yang sudah bertukar pemilik.
Semoga perkongsian ni bermanfaat bagi sesiapa yang ingin menjamu selera di “smart city” ni.
NASI CAMPUR, NASI PADANG & MASAKAN MELAYU/KAMPUNG
Restoran Asam Pedas Melaka, CBD2
Ini adalah antara salah satu restoran yang aku kerap pergi during lunch time. Asam pedas kat sini memang sedap. Macam makan kat rumah. Aku paling suka asam pedas ikan tenggiri (bahagian ekor). Puas hati bedal dengan sambal belacan goreng dia yang sedap tu. Pekena pulak dengan ulam-ulaman. Confirm korang tersadai lepas makan. Banyak jenis asam pedas kat sini; tetel, daging, pelbagai jenis ikan, pari dan telur ikan. Ada juga lauk-pauk lain. Selain tu, ada jual menu lain seperti mee ketam, mee udang dan lain-lain. Harganya sangat berpatutan dan paling penting, sedap macam masakan ibu di rumah.
Restoran Makang, CBD2
Kalau korang tercari-cari masakan Terengganu asli di Cyberjaya, korang boleh datang ke restoran ni. Makang menyediakan nasi dagang, nasi minyak dan nasi lemak untuk waktu sarapan. Nasi dagang kat sini memang terbaik! Favorite aku ialah nasi dagang dimakan dengan ayam goreng berempah, telur rebus dan lots of cili padi. Ada satu ketika, aku makan nasi dagang kat sini almost every day! Punyalah kemaruk. Selain kuih muih negeri Pantai Timur tersebut seperti keropok lekor, karipap inti ikan dan lain-lain. Nasi campur ketika waktu tengahari juga disediakan.
Restoran Semangkuk, CBD2
Restoran Semangkuk antara restoran favorite aku di Cyberjaya ni. Kalau korang nak pekena mee bandung berperisa asli Muor, di sinilah tempatnya. Bagi aku yang terbaik di Cyberjaya dan sebagai orang Johor, rasanya memang asli. Cukup rasa udang keringnya dan tidak gatal. Ada sesetengah restoran buat mee bandung, kuahnya berasa sos cili/tomota yang dicampur dengan telur. Mee bandung Muar apa camtu. Ada banyak pilihan mee bandung. Ada mee bandung tulang, daging, udang, udang banjir dan lain-lain. Selain daripada tu, banyak juga hidangan lain yang disediakan. Antaranya goreng pisang cheese, nasi daging kambing grilled, itik salai/daging salai masak lemak dan sebagainya. Korang bolehlah check out sendiri.
Restoran Selera Santai, CBD Perdana
Satu lagi restoran yang baru dibuka hari ni (15 November 2018). Terletak di CBD Perdana, sederet dengan Wong Solo dan Sharin Low. Menu istimewanya, ikan patin Sg. Pahang masak tempoyak, ayam dara dan pelbagai jenis lauk-pauk. Juga disediakan sarapan pagi ala carte atau buffet (RM6.00 seorang).
Nasi Padang @Restoran Bawang (Mafioso Shellaut), NeoCyber
So far, Nasi Padang terbaik aku pernah makan kat Cyberjaya ni. Kuah rendang, rendang paru, keli sambal dan sambal cili hijau & merah memang pembuka selera.
Nasi Kukus Famosa @CBD2
Aneka masakan Kelantan yang sangat sedap. My favorite, pari asam pedas, ayam kerutup, ayam goreng rempah. The best part ia beroperasi pada Sabtu & Ahad. Dan pada hari Ahad katanya disediakan menu kambing bakar!
Cafe Puffy Buffy @CBD2
Pilihan menu nasi campur yang banyak masa lunch time. Lauk singgang, sambal udang petai dan masak lemak memang menjadi pilihan aku. Masa breakfast pula, roti tampal Pak Ngah dengan sambal sotong memang terbaik. Laksam, lontong dan lain-lain pun ada.
A&K Kitchen @Cybersquare
Ikan patin Pahang masak tempoyak dengan daging salai masak lemaknya memang terbaik. Cukup rasa dan pedas! Siput sedut masak lemaknya pun sedap. Pakkal je jauh dengan office aku. Kalau tak, hari-hari aku bertandang masa lunch time.
Abe Mat @CBD2 (sudah bertukar kepada Che Mat Delights Restaurant
Pilihan masakan Pantai Timur antaranya ayam percik. Yang penting ada budu dan ulam-ulaman.
MIDDLE EASTERN CUISINE, CENTRAL ASIAN & WESTERN
Marrakesh Restaurant @NeoCyber (Morrocon/Arab food)
Menu favorite aku semestinya Maqloubeh Lamb. Sedap hawauuuu!!! Daging kambingnya lembut dan nasinya cukup rasa. Kena minta extra cilipadi baru layan!
Fino Piza @DPULZE Shopping Centre
Bagi penggemar pizza, anda boleh ke sini. Fino Piza telah membuka cawangannya yang ketiga di bandar pintar ini. Istimewanya pizza di sini ialah ia dimasak menggunakan oven kayu api. Terdapat juga pelbagai hidangan lain yang boleh dicuba.
Burger & Taco, Tamarind Square
Kalau korang penggemar burger dan taco, boleh try di sini. Burger di sini semuanya hand-made. So far aku baru try Fat Heifer dengan 2 keping beef patty. Memang sedap dan puas hati. Pattynya sangat juicy dan rasa dagingnya fresh. Banyak juga jenis-jenis burger lain dan taco yang korang boleh try.
Astana @Centrus, CBD3 (Kazakhstan-Russian)
Second branch in Malaysia. Yang pertama di Sri Petaling. Kalau teringin nak try daging kuda, boleh try kat sini. Nak shisha pun ada disediakan.
Julio’s Lounge @NeoCyber
Spot best nak lepak shisha sambil menikmati makanan. Philidelphia pizzanya sedap!
Al-Fyhaa Restaurant @NeoCyber (Syrian/Arab food)
One of my fav Arab restaurants. Ada pastries dan main course juga. Cream cheese pastrynya memang lemak berkrim. Lebanese hummus antara yang aku repeat order. And of course, the lemonade.. memang terbaik!
Culinary Pleasure @CBD2 (Arab/Fusion food)
Aku tak pasti sama adq restoran ni masih beroperasi lagi atau tak. Ada pelbagai menu yang menarik dan dessertnya yang sangat merambangkan mata. And its home-made icecream… memang sedap gile and very fatty!!!
ASIAN & FUSION
PhoStreet @DPULZE Shopping Centre
Bagi penggemar masakan Vietnam, boleh dapatkan authentic Vietnamese street food di sini. Pho atau beef noodle di sini sangat sedap dengan brothnya yang cukup rasa. Banyak juga pilihan menu yang lain. Portion makanannya boleh tahan dan cukup mengenyangkan. Harga bagi aku berpatutan but maybe abit pricey for some. Service cepat.
Herbs & Butter @Tamarind Square
Restoran ni menghidang masakan Melayu dan Barat dengan beberapa pilihan pencuci mulut yang lazat! Menu kat sini yang aku paling suka ialah Smoked Butter Beef, Nasi Daging Dendeng dan Laksa Johor. Terdapat juga hidangan lain seperti Mee Rebus, Laksa Sarawak, Nasi Abe We dan pelbagai lagi. Untuk pencucu mulut, Ali Bingsunya sedap! Dari segi harga adalah berpatutan dan portionnya cukup mengenyangkan.
Noodlelista @Tamarind Square
Noodlelista ni juga terletak di salah satu “Tree House” yang terdapat Tamarind Square. Restoran comel ni menghidangkan pelbagai hidangan yang sedap-sedap dengan harga yangs angat berpatutan. Aku dah try Mee Goreng Mamak kat sini dan aku rasa so far ni lah mee goreng mamak paling sedap aku pernah makan kat Cyberjaya. Terdapat banyak pilihan makanan yang korang boleh pilih kat sini. Antaranya Laksa Kedah, Rojak, Sardine Roll dan banyak lagi. Oh.. korang kena try Panna Cotta kat sini. Terbaik!!!
Mangkuk Ayam @DPULZE Shopping Centre
Restoran ini telah berpindah ke dalam Restoran Sana-Sini di D’Pulze. Kalau nak quick lunch, boleh try kat sini. Aku selalu repeat order set bubur ayamnya. Menu yang lain juga ada. Portion boleh tahan banyak dan harganya berpatutan.
Salam Noodles @CBD2 (Chinese Muslim)
Pelbagai pilihan hidangan mee dan nasi. Dan yang paling aku suka, lamb sticknya. Makan dengan chili oil yang disediakan. Sedap weh!
Mr. Dakgalbi @DPULZE Shopping Centre (Korean food)
Nak try dakgalbi ala-ala kat Myeongdong, Seoul tu.. boleh try di sini. Dijamin halal.
BBQ Chicken @DPULZE Shopping Centre (Korean food)
Lagi satu kedai makanan Korea di Cyberjaya. Spicy fried chicken dan pane mushroom soup sentiasa menjadi pilihan aku.
Ah Cheng Laksa @DPULZE Shopping Centre
So far aku rasa ni antara asam laksa yang paling sedap aku pernah makan. Tambah pula kalau korang letak dengan extra petis dan cilipadi potong. Maantoppp!!!
Leave a Comment