Peace Road Malaysia 2015

The PEACE ROAD 2015 with the theme “One Nation One Heart” is a call for the spirit of togetherness and mutual understanding among all Malaysians.

Hai semua.. apa kabar? How’s your weekend? Minggu ni aktiviti aku adalah sedikit menyihatkan. Pada hari ni (Ahad 16 Ogos 2015), walaupun serabut dengan kerja-kerja office, aku masih berkesempatan meluangkan sedikit untuk menyertai acara walk yang diadakan di Petaling Jaya. Tu pun Bai yang ajak join. Kalau tak, memang aku tak tahu pun.

Majlis bermula di Carpark Dewan Sivik MBPJ

Acara ini diadakan untuk meraikan kepelbagaian kaum dan mengeratkan jalinan muhibbah sesama kita sebagai rakyat Malaysia. Ia merupakan projek global untuk mewujudkan dunia yang lebih aman yang bermula pada tahun 2013 sebagai penghormatan kepada legasi Dr. dan Mrs. Sun Myung Moon dari South Korea yang mencetuskan idea keamanan sejagat.

Bayaran yang dikenakan adalah RM10.00 dan aku register pun last minit sebelum registration ditutup. Nak collect baju pun tak sempat.. so aku collect masa pagi sebelum event start. Tu pun ingat dah tak sempat dah nak collect.. tapi nasib baik event start lambat sedikit.

Selfie sebelum acara itu penting!

Terdapat 3 kategori untuk acara ni; Amateur Cyclist, Healthy Runners dan Happy Walkers. Bai dengan Joy ambil cycling, manakala aku dengan Erol just ambil Happy Walkers je. Tak larat la dah tua-tua ni nak cycling atau berlari. Hahaha…

Peserta-peserta larian yang pelbagai bangsa.

Anyway, flag off bermula sekitar jam 7.30 pagi di Carpark Dewan Sivik MBPJ. Route untuk runners dan walkers lebih kurang 4km. So, aku ngan Erol just berjalan santai-santai je. Tapi, masa tengah berjalan tu ada this Chinese auntie warga emas terjatuh sebelah aku. Maybe dia hampir-hampir nak pitam kot. Masa dia mula-mula terjatuh tu aku sedikit tergamam. Tapi cepat-cepat aku tolong husband dia angkat wifenya tu. Kesian betul. Dagu, siku, tapak tangan luka. Yelah.. dah jatuh atas permukaan jalan kan. Lepas dah tolong tu, aku suruh dia duduk, and this one Chinese lady passkan kat aku handyplast. Lepas cuci luka dia sikit dengan air mineral aku, aku tampal luka kat tapak tangan dan siku dia. That’s the least I can do la kan. Pastu dah make sure dia okay, kami pun beredar meneruskan walk. Hopefully dia okay la kan?

Aku dan Erol menghabiskan walk kami sekitar jam 8.30 pagi. Selepas mengambil goodiebag, kami lepak jap kat situ sebab ada cabutan nombor bertuah. tapi nan hadooo.. satu pun tak kena. Hahaha.. By the way, di tapak tu juga ada dipamerkan koleksi kereta-kereta vintage.

Dan sebelum pulang, kami berempat singgah di kedai mamak Al Berkat Curry House kat PJ tu, pekena roti banjir dengan telur setengah masak. Sia-sia je membakar kalori yang seciput tu! Hahaha…

Roti banjir dengan telur goyang. Yummeh!!

Apapun, we had great time kat situ. Insyallah kalau ada kesempatan aku nak join event camni lagi.

Till then.. HAPPY WEEKEND guys!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer