Perginya di bulan mulia…
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Awal pagi tadi aku dikejutkan dengan khabar Enda Sehon, saudara/jiran sebelah rumah aku pergi menghadap Illahi pada jam 2.15 pagi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Allahyarhamah menghidap kanser. Last month, anak Allahyarhamah, Nadhir.. turut dijemput Illahi.
Enda Sehon (aku panggil Enda On) selain jiran sebelah rumah aku, juga merupakan rakan sekolah Umi dan saudara juga (sebelah suaminya, Ami Abdullah). Allahyarhamah sangat penyayang dan dikurniakan Allah dengan zuriat yang ramai dan sangat akrab antara satu dengan yang lain. Dan dia suka melayan adik aku, Salim. Salim pun memang rajin bertandang ke rumahnya lagi-lagi kalau tengok cerita Hindi atau P. Ramlee.
Terkilan pula tak dapat menziarahi Allahyarhamah semasa aku balik JB hari tu menguruskan Salim yang tak sihat. Sebab masa tu, Allahyarhamah dah bertolak ke Indonesia untuk rawatan.
Surely I’m gonna miss her so much… terutamanya bila balik JB dan lagilah bila Aidilfitri ni. Allahyarhamah sekeluarga akan singgah beraya di rumah kami dulu sebelum keluar beraya ke tempat lain. Dan surely akan teringat sambal tumis telur puyuhnya yang sedap tu.

Alfatihah buat Allahyarhamah Sharifah Sehon binti Syed Noh Alhabshi.
Semoga roh Enda On tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat rahmat Allah. Beruntung sungguh Allahyarhamah dijemput Allah di penghujung bulan Ramadhan yang mulia ni… yang penghujungnya penuh dengan maghfirah. Semoga suami, anak-anak dan seluruh keluarga Enda On tabah menghadapi ujian Allah ini.
Amin Allahumma Amin…

Leave a Comment