Eid Mubarak 2017

Tehran ~ February 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua pembaca budiman di luar sana. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan yang mulia diterima Allah dan kekal istiqamah dalam melakukan perkara-perkara yang baik tersebut.

Apapun please.. please.. please.. drive safe sepanjang perjalanan pergi dan balik tu ya. Ngerilah baca berita accident sana-sana kebelakangan ni.

1st Raya ni aku cam biasa je. Balik seawal jam 4.00 pagi dari KL dan sampai rumah kat JB ni tepat jam 7.00 pagi. Pastu tunggang-langgang pergi ke masjid membayar zakat fitrah sebelum solat Raya. Alhamdulillah sempat. Oh! Bagusnya aku balik awal pagi Raya ni PLUS highway tu clear giler! Smooth je perjalanan. Tu pun balik pagi Raya sebab nak balik 2 days earlier tu ada pulak dapat adhoc kerja plus tak larat nak drive sebab kepala pening.

So, hari ni tak ke mana pun. Just kat rumah layan saudara-mara yang datang beraya je. Nak pergi kubur tak sempat lagi. Maybe esok pagi shoot ke Mahmoodiah kejap ziarah kubur arwah tok, adik dan saudara-mara aku. Adik aku yang kat Terengganu tu.. esok pagi baru gerak anak-beranak balik sini. Meriah sikit kalau anak buah yang 3 orang tu ada. And tengoklah kalau dan lusa ajak derang naik KL sekali and plan nak pi somewhere merehatkan diri.

Anyway.. selamat bercuti kepada anda semua di luar sana ya.

p/s: Tak sabar nak post kat IG dengan hashtag #TeamRayaJohor!!! Hahahaha..

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer