A dream come true!

Alhamdulillah.. akhirnya penantian bakal menjadi kenyataan! Syukur pada-Mu Ya Rabb!

So… kenapa aku excited sangat ya? Well.. actually tadi dapat call daripada developer rumah yang aku beli kat Cyberjaya ni… katanya Insyallah bulan depan (August 2017) dah boleh hand-over key. Ada few things nak kena settlekan dalam this few weeks ni. Alhamdulillah.

Actually, aku tak plan pun nak beli rumah ni. Oh! By the way.. rumah yang aku beli ni jenis Service Apartment Studio unit di Cyberjaya. Cenonet je spacenya tapi aku memang suka jenis camni. Senang nak jaga. Aku tak suka jenis rumah besar-besar. Last time rumah yang aku beli kat Kajang dulu tu.. 3 bilik tapi rasa cam membazir je. Bukannya guna pun. Nak sewakan orang memang aku tak suka duduk dengan strangers. So, bila studio unit ni aku rasa sesuai sangat dengan hidup sebagai orang bujang ni. Nak consider space bila family ko datang visit pun.. dalam setahun sekali dua je depa datang KL. Tu pun stay semalam dua.

Dan yang paling aku suka tentang my new place ni ialah aku dapat beli corner unit yang dipasang floor-to-ceiling height glass window di sekelilingnya termasuklah tandas. Memang aku nak sangat jenis macam ni. Terang benderang la nanti rumah ni dengan natural lighting. Dan viewnya tak terhalang dengan blok bangunan sepertimana rumah lama aku di Kajang tu.

Walaupun ruang rumah baru aku ni terhad (only 10% banding dengan area rumah la ni kat Bangsar) tapi tetap suka. Ye la.. la ni pun aku dok lepak dalam bilik je. Semua benda buat dalam bilik. Sampai kalau boleh segala oven.. fridge tu nak angkut je dalam bilik! Hahaha…

Anyway… tu la. Apa pun.. syukur Alhamdulillah rezeki. Memang masa belajar kat MMU dulu pun aku memang berangan nak duduk Cyberjaya ni. Tak sangka impian jadi kenyataan. Aku suka area ni sebab satu.. ia bandar terancang dan hijau. Secondly.. international-crowd ramai kat sini. Facilities banyak.. nak makan senang. Dan yang penting tak berapa sibuk. Dan paling penting, aku keje pun kat sini dan sesekali je pergi ke office Kelana Jaya tu. So, memang sesuai sangat kalau aku stay area ni.

Anyway, gambar-gambar tu adalah cadangan interior untuk living dan bendroom aku. Minta tolong member aku designkan sepertimana yang aku dok imagine. Cozy kan? Cuma sekarang ni tengah dok pikir.. mana aku nak cekau fulussss nak start renovate ni????? Hahaha.. Takpolah.. marilah bekerja dengan lebih kuat lagi.

Dan nampak gayanya macam no vacation la next year sampai siap cantik rumah ni.  😭😭😭😭😭😭

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer