#wishlist ~ Small Cafe

Frankly, aku dah lama bosan dengan kerja yang aku buat sekarang. I think I’m no longer a creative guy. Setiap kali nak buat design… aku rasa sangat bosan!

Image source: http://i1.trekearth.com/photos/146423/cafe-ii-te.jpg

Actually aku memang minat gile dalam bidang masakan. Dah banyak kali aku cakap dengan member aku yang aku ni sebenarnya dah silap pilih course dan pekerjaan. Hahahaha. Ye la dulu masa lepas SPM tu bengap tatau nak plan future. So merasalah kan dah tua-tua ni.

Dan aku selalu berangan mempunyai sebuah cafe kecil di sebuah negara empat musim. Yang bila musim bunganya, tingkap cafe aku akan dipenuhi dengan bunga pelbagai warna, dan apabila musim sejuk, pelanggan di dalamnya boleh menghirup kopi panas sambil memandang salji yang turun diluar. Begitu juga dengan suasana yang berbeza semasa musim luruh dan panas.

Dan apa yang pasti, aku bahagia mengusahakannya, memasak dan menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Bolehkah agaknya nak tercapai sebelum umur mencecah 40 tahun? Tinggal 5 tahun je ni… huhuhu… Hujung bulan ni pegi Seoul boleh la usha lokasinya… #ehhhh #berangan!!!

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.

0 comments On #wishlist ~ Small Cafe

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer