Sharing is caring

Selamat pagi semua!

Pejam celik pejam celik.. minggu depan kita dah nak berhari raya. Cepat betul masa berlalu kan? Tak sedar pun. Anyway. last few week aku sempat singgah di Paradigm Mall, Kelana Jaya untuk berbuka kat sana. Sampai je kat concourse area, kelihatan deco rayanya berkonsepkan nostalgia 80-90an dengan kolaborasi bersama majalah Gila-Gila, majalah yang cukup famous masa aku kecik-kecik dulu.

Di setiap booth, kelihatan beberapa karektor dari siri yang cukup sinonim dengan majalah tersebut antaranya Tiga Dara Pingitan, Aku Budak Minang dan lain-lain lagi. Booth yang ada antaranya menampilkan kedai gunting rambut, kedai jahit, kedai runcit dan sebagainya. Selain daripada tu, kat booth-booth ni juga ada dijual majalah/buku dari penerbitan ni selain daripada barang-barang yang aku memang familiar masa zaman berhingus dulu.

Booth menampilkan kedai runcit.

Excited pulak bila ternampak segala macam jajan-jajan, gula-gula dan segala macam biskut-biskut-biskut yang selalu ko beli sama ada kat kedai runcit atau apek jual aiskrim mahupun bai roti. Dia punya excited sampai aku terlupa nak snap keseluruhan deco raya kat shopping mall ni! Hahahaha…

Antara jajan yang dijual.
Hat ni aku rajin beli masa sekolah rendah. Campur ngan air sejuk.

Dan background music yang mengiringi suasana raya ni pulak sungguh menusuk kalbu. Mana taknya.. lagu-lagu yang ko selalu dengar kat corong radio masa dulu. Dan lagu yang aku sertakan kat post tu adalah salah satu daripadanya. Lagu Riwayat Petani dendangan Ogy Ahmad Daud. Perghhhh.. memang memorilah! Aku sampai lupa kewujudan lagu ni walhal dulu ia selalu diputarkan kat radio. Tajuk dia memang aku tak ingat but intronya memang terpahat dalam kepala. Mujur terjumpa kat Youtube. Dan ketika tu baru aku sedar yang aku sebenarnya turut membesar dengan lagu-lagu kat Ogy.. tajuk-tajuk aku tak ingat tapi still boleh sing a long kalau sesekali terdengar lagu-lagu tu dimainkan kat Radio Klasik (salah satu radio station favorite aku… otai ke idokkk??? Hahahaha…).

Anyway, aku still rasa raya masa era 80-90an dulu… time aku kecik-kecik tu adalah yang paling best dan meriah. La ni bila dah tua.. keseronokan nak sambut raya tu dah tak ada sangat. Baju raya pun dah tua-tua ni aku tak kisah nak membeli sangat. Kadang-kadang pakai je baju-baju tahun lepas. But this year aku beli la jugak. Hahahaha. Warna biru muda lagi.  Yelah masa kecik dulu meriah sebab beraya dengan ramai geng-geng ko. Seminggu lebih puasa je aku dah sibuk pi beli kad raya nak bagi kat cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekelas. Tak lupa dengan pantun “pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas“! Tak ikhlas sangat kau memberi sebab nakkan balasan kan??? Hahahaha. Kad-kad raya tu masa aku darjah 2-3 pun aku still simpan lagi sebahagiannya. Pastu bila raya je… kad-kad raya ni antara part of raya deco. Lagi banyak kat raya ko dapat lagi meriah lah. Bukan setakat gantung dengan tali je, malah aku pernah pi carik ranting/dahan pokok, masukkan dalam tin susu… then kad-kad tu digantung kat situ. Ala-ala pokok krismas lah. Korang orang-orang lama tu mesti pernah buat kan? Macam gambar kat bawah ni yang aku Google.

Image source: http://1.bp.blogspot.com/-ox4ubOODRbU/UC2mlQmV-cI/AAAAAAAAD8A/ThqtY4UZe9Y/s1600/DSCN5103.JPG

Then balik kampung aku kat Kota Tinggi, Johor tu. Selalunya kami sekeluarga balik dengan bas. Walid time tu mana ada kereta. Kalau ada rezeki lebih sikit kami balik dengan teksi. Beraya dengan sedara-mara… main mercun, bunga api bagai. Tu belum lagi kira bab aku belajar menganyam ketupat dengan arwah makcik aku yang sampai la ni aku tak khatam-khatam lagi. La ni both grandparents aku belah Walid dengan Umi dah takde. So, dah tak kisah balik kampung pun. Kalau balik pun singgah sekejap je. Memang dah tak meriah macam dulu. Tambah-tambah lagi Baba (nenek belah Walid) dah pergi 3 tahun yang lepas. Allahyarhamah memang tinggal dengan kami sejak aku belum lahir lagi. Macam tu jugak dengan Arwah Ali (adik nombor 3 aku) yang meninggal dunia pada 3 Syawal tahun 2005 kerana sakit leukimia. Sedih gile beb!

That’s why la ni bila raya takdelah kami excited mana. Cuti raya ni kami manfaatkan sekeluarga pergi bercuti ke mana-mana sebab time ni je kami dapat berkumpul adik-beradik dan dapat berehat bersama. Dapatlah umi tu berehat sikit dari sibuk menguruskan rumahtangga non-stop!

Apa pun, bila sesekali memori datang menerpa, aku akan tersenyum sendiri mengingatkan betapa indahnya suasana bukan saja hari raya… time aku menjadi budak hingusan dulu.

Thanks Paradigm Mall dengan dekorasi raya yang mengusik jiwa!


Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.