Sharing is caring

Image by Melissa Faust from Pixabay
Berapa ramai di antara kita yang lazimnya mempunyai semangat yang berkobar-kobar sebelum membeli barangan seperti gajet atau apa sahaja dan yakin kita akan menggunakannya sebaik mungkin? Akan tetapi apabila sudah dibeli, akhirnya ia jarang digunakan. Mungkin digunakan sekali dua sahaja dan selebihnya disimpan elok di dalam almari. Inilah yang aku namakan semangat hangat-hangat tahi ayam.

In my case, aku ada beli this gimbal.. DJI Osmo for mobile phone. Kira macam stabilizer untuk buat video recording menggunakan phone. Excited gile masa sebelum beli dan bila dah dapat kemain lagi test bagai. Asalnya, aku plan nak guna gajet ni untuk buat vlog aku.. so that nampak proper la sikit. Tapi after awhile, aku dah jarang guna dan kalau guna sesekali je. Sebabnya aku malas nak memasang dan mengangkut ke sana sini… walaupun saiznya takde la besar mana. Sudahnya.. acapkali aku just gunakan phone dan terus shoot je.

So.. apa yang aku cuba relatekan kat sini ialah.. bila kita berkehendakkan sesuatu, make sure kita betul-betul memerlukannya dan akan menggunakannya tu dalam hidup kita. Jangan sekadar untuk cuba-cuba.. atau curious nak tahu but then bila kita dah dapat apa yang kita hendakkan dan benda tu dah berada di depan mata, we take them for granted. Hilang semua semangat yang berkobar-kobar sebelum ni. Hilang semua appreciation yang sepatutnya ko berikan sebab mungkin benda yang ko nak tu tak seperti yang ko harapkan. And the worst part, sebenarnya ko rasa ko tak perlu pun benda alah tu.

And moral of the story, just make sure apa yang ko nak exactly in your life. If you think you really need it, then go for it. Tapi kalau ko tak sure dengan apa yang ko nak… hanya mungkin perasaan ko je yang bergelora masa awal-awal tu.. just forget it. End up, ko takkan menghargai apa yang ko bakal miliki.

0959 Cyberjaya



Sharing is caring
Written By

omaralattas

Dreams are free. So keep on dreaming. I am a dreamer. Love food and travelling. Can't live without music. And a joker most of the time.